"NURISSA ALYAA BANGUN!!!"
Aku terdengar suara orang menjerit kepadaku tapi aku memilih untuk memejam mata lagi malas nak bangun pagi-pagi ni awal lagi kot."Owhh kau tak nak bangun eh kau tahu tak lagi berapa minggu kau dah nak kahwin apa punya isteri la kalau sampai sekarang tak bangun lagi"
Abang Amir membebel lalu dia ke arah tingkap untuk membuka langsir bagi cahaya masuk."Ish Abang Amir ni awal lagi la bagi la adik tidur jap mengantuk ni"
Ya memang aku mengantuk tolong la bagi aku tidur sekejap aje lagi."Tak ada kau bangun nanti Aqeel nak datang rumah nak pergi butik cuba baju perkahwinan korang baik kau bangun"
Terus sahaja Abang Amir baling tuala di mukaku."Pergi mandi siap lagi 15 minit Aqeel nak sampai"
Kata Abang Amir."WHAT?! LAGI 15 MINIT?! KENAPA ABANG AMIR TAK BAGITAU ISHH"
Terus aku bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri."Aku dah kejut tadi merengek sangat ha padam la muka bangun lagi lewat"
Aku dengar pintu bilikku sudah tertutup maksudnya Abang Amir dah keluar dari bilikku."Ish Abang Amir ni kalau ada hal penting mesti bagitahu last minute tak suka la ceni!"
Omelku dalam tandas.Aku sudah bersiap memakai pakaian aku untuk ke butik bersama Aqeel. Aku menuruni satu per satu anak tangga.
"Haa turun pun bakal pengantin cepat Aqeel tunggu kat luar tu"
Mamaku mula menyapa aku di tangga."Iye mama nak pi ni salam mama"
Terus aku angkat tangan untuk salam mamaku."Alya pergi dulu mama jaga diri"
Terus aku keluar rumah lalu ku melihat Aqeel bersandar di keretanya."Lama tunggu Abang Qeel?"
Terus aku menyapanya."Masuk la panas ni nanti kau demam"
Terus Aqeel membuka pintu bahagian penumpang untuk mempelawa untuk aku masuk.aww gentleman laa Aqeel ni !
Terus aku masuk ke dalam kereta.
Aku dan Aqeel telah sampai di hadapan butik baju perkahwinan dan ya sekarang aku dan Aqeel sedang siapkan apa yang perlu untuk hari perkahwinan kami.
"Selamat Datang Tuan dan Puan dah booking slot?"
Terus pekerja di situ melangkah ke arah kami."Dah cari saja nama Aqeel Luthfi"
Dingin sahaja Aqeel bercakap memang tak reti mesra dengan orang ke macam mana?Terus sahaja aku pandang Aqeel.
"Kenapa kau pandang aku hm tahu la aku kacak lagi bergaya"
Tergelak kecil aku mendengar kata-kata Aqeel itu yakin sungguh ya Aqeel ni."Kacak lagi bergaya tu memang ada tapi cuba cakap elok-elok dengan orang tu lembut-lembut bukan cakap macam nak makan orang"
Kataku.Ternaik sebelah kening Aqeel.
"Lepas kahwin ni aku tak makan orang lain aku makan kau je"
Aqeel tersenyum sinis.Ya Allah menyesal aku cakap benda macam tu tadi.
"Ish Abang Qeel ni gatal"
Terus aku melangkah untuk mencuba baju nikah kami."Wait until you're mine sayang"
Kata Aqeel seorang diri hanya dia sahaja boleh mendengarnya.Aku mencuba baju pengantin itu sangat cantik apabila aku memakainya apa reaksi Aqeel ya kalau tengok?
"Puan boleh keluar Tuannya dah tak sabar nak tengok Puan"
Sapa pekerja di situ.Aku cuma mengangguk dan melangkah keluar dari bilik persalinan itu.
Aku melihat Aqeel sedang membaca majalah aku menyapanya.
"Abang Qeel okay tak?"
Sapaku.Tergamam Aqeel matanya tertumpu padaku.
Sah Aqeel sedang melihat penampilan aku dari atas ke bawah.
"Abang Qeel?"
Aku cuba menyedarkannya.

YOU ARE READING
Leftenan Aqeel Luthfi (OG)
RomancePada mulanya pertemuan yang kali pertama mereka berjumpa , mereka berjumpa buat pertama kali oleh kerana Alya meneman abangnya ke pangkalan untuk abangnya menyelesaikan sesuatu hal kerjanya di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) oleh ker...