"NURISSA Alya" Aku terdengar punca suara itu pantas aku cari di mana punca suara itu.
Aku melihat Harits abang kepada Aqeel mendekatiku.
"Ya saya.. awak ni" Aku cuba mengimbas kembali ingatanku.
"Harits Luthfi abang kepada Aqeel" Terus dia memberhentikan langkahnya di hadapanku.
"Owh ada apa-apa ke saya boleh tolong Abang Harits?" Aku tanyakan soalan kot dia ada apa-apa nak aku tolong.
"K-kau panggil aku abang?" Terkejut Harits apabila Nurissa Alya ni panggil dia dengan panggilan 'Abang Harits'.
Aku hanya mengganguk kepala.
"Iye Abang Harits""Memang kau panggil orang lelaki yang kau jumpa abang ke macam mana?" Harits memandangku.
"Kalau orang yang tua dari saya memang saya akan tambah panggilan Abang, kalau panggil nama sahaja nampak macam lain tu saya tambah abang" Ujarku.
Harits mengangguk kepala berkali-kali.
"Kau memang suka sembang dengan orang mebahasakan saya awak ke?"Aku hanya senyum dan mengganguk.
"Betul apa yang Abang Harits cakap, saya memang akan bahasakan saya awak dalam perbualan""Patut la Aqeel pilih kau lemah lembut orangnya" Tergelak kecil Harits.
"Tapi saya pelik la kenapa la dia tiba-tiba pilih saya pastu masuk meminang senyap-senyap pulak tu" Aku kongsi cerita dengan Harits tak apa kan dia pun akan jadi bakal abang iparku.
Tapi Harits tidak menjawab soalanku dia mengubah topik perbualan.
"Aku tengok kau cantik juga kenapa la kau tak jadi isteri aku ja?"Terus badanku kaku tak tahu ingin membalas apa yang Harits cakap.
"Apa kata kau jadi isteri aku kita nikah lari nak? Ataupun aku gantikan tempat adik aku Aqeel tu" Penuh yakin Harits bercakap.
"Kau nak kahwin lari dengan dia? Apa? Kau nak gantikan tempat aku dan kahwin dengan Alya hm?"
Aqeel mula menghampiri Harits dan aku.Dan ya mukanya ketat yang ditayangkan seperti singa macam menunggu mangsa untuk ditikam macam nak makan orang, takut aku tengok.
"Kalau aku berani buat macam tu kau nak buat apa dekat aku?" Harits tersenyum sinis.
Aqeel sudah mengepal penumbuk bila-bila masa sahaja boleh layangkan penumbuk ke muka Harits.
"Aku tengok pun bakal adik ipar aku ni lawa apa kata dia tukar status jadi bakal isteri aku mungkin?" Jelas tergelak mengejek Harits.
Tanpa aku sedar Aqeel sudah melayangkan penumbuknya ke pipi Harits.
"YA ALLAH ABANG QEEL BUAT APA NI SEDAR TAK APA ABANG QEEL BUAT?!"
Bentakku terus aku berlari mendekati Harits yang sudah terbaring."Kau nak pertahankan dia kenapa?" Aku dengar suara Aqeel seperti bergetar.
"Ya Allah kalau awak marah pun jangan guna kekerasan kawal emosi awak" Aku nasihat kepada Aqeel.
"Abang Harits okay? Sakit mana-mana?" Risau aku kalau apa-apa jadi dekat Harits ni.
"Risau jugak eh kau dekat aku? Calon isteri yang sesuai la kau ni" Dalam sakitnya boleh buat lawak Aqeel layang penumbuk sekali lagi apa tak guna.
"Tak ada masa nak melawak Abang Harits nasib tak ada lebam ka apa-apa kira okay la tu"
Aku sedikit tidak selesa dengan Harits ni."Aku cakap serius buat apa aku nak tipu hm?" Harits mula bangun.
"Tapi saya takkan pilih awak Abang Harits saya setia pada Abang Qeel saja"
Aku kembali ke Aqeel untuk berbincang.Pantas Aqeel menarik tanganku yang berlapis dengan baju untuk ke arah keretanya.
"Eh kenapa Abang Qeel tarik saya? Nak pergi mana?"
Aku toleh belakang nampak Harits melihat ke arahku dan Aqeel."Ikut aku saja la banyak cakap"
Terus dia membuka pintu kereta bahagian penumpang untuk mempelawa aku masuk."Ish macam mana nak jadi suami saya kalau marah je memandang"
Aku mula muncungkan bibir.Aqeel geleng kepala dan tergelak kecil lalu dia masuk di bahagian penumpang.
"Kita nak pergi mana Abang Qeel?"
Soalku."Ada la"
Ringkas sahaja jawapan dia.
Semasa perjalanan hanya ditemankan sunyi antara aku dan Aqeel.
"Kau rasa aku garang ke?"
Aqeel mula bercakap denganku setelah sekian lama kami berdiam."Boleh tahan Abang Qeel tak boleh kawal perasaan baran Abang Qeel macam mana nanti kalau saya jadi isteri Abang Qeel? Saya buat salah then Abang Qeel marah saya Abang Qeel akan sakiti saya who knows right?"
Ujarku penuh keyakinan."Lepas kahwin kau hadap la perangai aku, baru kau kenal siapa Aqeel Luthfi masa tu tau la nasib kau."
Tersengih-sengih Aqeel.Gulp!
Terus menegak bulu aroma aku. Ni aku takut nak kahwin ni.
"Err.. Ha Abang Qeel saya nak tanya boleh?"
Terus sahaja aku ubah topik."Tanya la"
Seperti biasa ringkas sahaja jawapan Aqeel."Memang Abang Qeel panggil perkataan yang kasar ke bila perbualan? Macam 'kau,aku,hang' nanti lepas kita kahwin mesti Abang Qeel gunakan bahasa macam tu kan?"
Terus sahaja aku menoleh ke arahnya."Macam aku cakap tunggu lepas kahwin kau akan kenal Aqeel Luthfi"
Jawapan yang sama Aqeel bagi kepadaku.Haish cam tak best je bab ni xpe gess tunggu part seterusnya nanti saya fikir macam mana nak bagi interesting hehe.😍🫶🏻

YOU ARE READING
Leftenan Aqeel Luthfi (OG)
RomancePada mulanya pertemuan yang kali pertama mereka berjumpa , mereka berjumpa buat pertama kali oleh kerana Alya meneman abangnya ke pangkalan untuk abangnya menyelesaikan sesuatu hal kerjanya di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) oleh ker...