Bab 1

587 17 2
                                    

      NURISSA Alya. Adik kepada Amir Qushairi. Perwatakannya yang ceria dan manja itu telah menarik perhatian seorang jejaka iaitu kawan Amir Qushairi. Disebabkan itu dia nekad mahu jadikan Nurissa Alya sebagai peneman hidupnya. Selamanya..

                                                                              

     "ABANG Amir bila Abang Amir nak balik? Alya rindu Abang Amir la, ke Abang Amir tak sayang Alya dah? Abang Amir suka kan bagi Alya duduk rumah sorang-sorang?" Bebelku di dalam telefon yang sedang bercakap dengan Abang Amir , aku dah lama tak jumpa dia. Abang Amir ialah abang aku , dia bekerja sebagai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Tanggungjawabnya sangat besar kerana ia memilih untuk berbakti di tanah air Malaysia ini.

Amir meletakkan telefonnya di sebelah. Lalu ia sandarkan telefon bimbitnya. Sambil menggosok baju boleh la sembang dengan adiknya ni. Banyak drama sangat.
"Alah kau, kalau aku balik kau suka cari pasai dengan aku, baik aku tak payah balik kalau aku balik pun kau kikis duit aku. Habisla duit aku nanti."

Aku mendengus geram. Geram dengan perangai Abang Amir ni. Terus mukaku masam.
"Ish Abang Amir ni orang cakap rindu , rindu la! Lagipun mama papa pun rindu Abang Amir, balik la cepat Abang Amir tapi betul jugak apa Abang Amir cakap memang Alya nak kikis duit Abang Amir macam tahu tahu je."

Amir menjegilkan matanya ke atas.
"Cakap dekat mama papa esok aku balik tapi tak pasti pukul berapa sampai rumah.. maybe aku gerak pagi sampai petang ataupun balik petang sampai malam. Kau nak apa-apa tak? Kalau nak aku belikan untuk kau, kalau kau tak nak alhamdullilah jimat duit aku"

Muka aku dari masam terus bertukar ceria.
"Ehh rezeki jangan ditolak. Mestilah nak! Abang Amir nanti balik belikan Alya chocolate banyak banyak tau dah lama Alya tak makan chocolate craving la pulak"

"Ha ye la aku ada kerja ni nak kena buat, aku kena letak telefon ni. Kirim salam dekat mama papa, ingat pesanan aku ni jangan layan sangat dengan jantan luar sana tu kita tak tau apa mereka nak buat kat kita. Ha ni aku nak pi dah, jaga diri Assalammulaikum"
kata Amir lalu meletakkan telefonnya.

Aku membalas salam Abang Amir setelah dia meletakkan telefonnya.

"Waalaikummussalam.. Orang bagi la jawap salam dulu baru letak call perangai tak reti nak ubah betul Abang Amir ni"
                                                                              

      AMIR kembali ke dormnya untuk mengemas baju. Esok dah boleh balik ke rumahnya, baik kemas siap siap esok tak lah kalut sangat. Semasa dia mengemas pakaiannya bahunya ditepuk oleh Aqeel Luthfi.
"Oi mak kau hijau! Ish Qeel kau dah kenapa tiba-tiba tepuk bahu aku, terkejut aku tau dak aku liku pala hang satgi kut"
Keluar dah longhat kedah Amir sorang ni.

Aqeel Luthfi hanya menayangkan senyuman yang tidak bersalah, menampakkan lesung pipitnya menambahkan lagi ketampanan diri seorang Aqeel Luthfi.
"Alah kau ni bukan selalu aku kenakan kau. Eh kau kemas baju ni nak balik rumah parents kau ke?"

Amir Qushairi hanya mengganguk kepalanya.

"Ha la hang nak tau dak adik aku Alya tu duk bising kat aku bila aku ni nak balik dia kata rindu aku la apala tapi macam aku tak tau perangai adik aku Alya tu, nanti balik dia cari gaduh dengan aku pastu dia kikis duit aku, tapi tak apala nama pun adik-beradik aku pun ada adik sorang ja dia ja adik aku. So kalau apa-apa dia nak aku kena tunaikan. Aku ada seorang ja adik perempuan. Dia ja tahu apa-apa masalah aku, dia yang akan jadi pendengar, kami selalu kongsi masalah tapi kadang kadang cakap dengan dia kena tahan sabar jugak. Aku pernah cerita kan betapa annoyingnya adik aku tu haih"

Aqeel hanya mengganguk kepalanya. Memang setiap kali Amir ni geram dengan adiknya, mesti dia kena tadah telinga dengar bebelan si Amir.

Amir angkat kepalanya setelah siap mengemas pakaiannya.
"Eh kau tak kemas baju kau ke? Tak balik rumah parents kau?"

Aqeel hanya menggeleng kepala.
"Nanti aku balik la, lagipun ada kerja aku nak buat kat pangkalan ni. Eh aku nak ajak kau makan jom aku belanja."

Amir hanya mengganguk kepalanya.
"Jarang kau belanja aku ni tapi kalau namanya rezeki boleh la jom!"

Setelah sampai di kedai mamak, mereka membuat pesanan terlebih dahulu. Amir memanggil pelayan untuk mengambil oder mereka berdua.

"Bagi 1 teh tarik panas , Teh O panas 1 dan Mee Goreng mamak 2"
Kata Amir kepada pelayan yang mengambil oder mereka.

Setelah membuat pesanan Amir membuka perbualan.

"Weh Qeel nanti teman aku pi kedai, aku nak beli chocolate"
Amir mengeluarkan telefon bimbitnya, nak tengok list chocolate yang dihantar oleh adiknya.

Kening Aqeel terangkat sebelah.
"Tak silap aku kau bukan suka makan benda manis ni. Tiba tiba nak makan, kau beli untuk awek kau ke? Ada awek tak bagitau aku"

Amir mengulingkan matanya ke atas.
"Aku? Aku ada awek? Bab ni lambat lagi. Aku tak ada masa fikir tentang cinta. Aku focus kerja aku dengan family aku saja. Aku nak beli chocolate sebab adik aku Alya tu yang mintak."

Aqeel membuat mulut 'O' tanda dia faham.

Setelah makanan mereka sampai mereka menjamu selera dahulu. Habis sahaja makan, Aqeel terus bangun dari kerusinya lalu ke kaunter untuk membayar. Mereka masuk ke dalam kereta lalu bergerak untuk pergi ke kedai chocolate.

Sampai sahaja di kedai banyak pilihan chocolate. Amir sudah tidak tahu untuk membeli yang mana dia bukan pengemar makan chocolate jadi dia serahkan kepada Aqeel untuk tolong memilihkan chocolate yang harus dibeli.

Habis sahaja memilih, mereka ke kaunter untuk membayar chocolate yang dipilih oleh Aqeel pilihan chocolate Aqeel ialah chocolate Kinder Bueno White Chocolate kerana dia tahu semua wanita pasti suka chocolate itu.

"Pelik lah kau ni Qeel semua jenis chocolate kau tahu. Apa yang adik tulis pandai kau cari siap tambah apa nama chocolate tu? Kinder Bueno White chocolate ha tu! Kau mesti selalu beli dekat orang tersayang kan?" Sambil membawa bakul yang penuh dengan manisan mereka berdua ke kaunter untuk membayar.

"Aku tanya pekerja kat situ tadi tengok kau cari sampai tahun depan tak jumpa." Aqeel membantu Amir untuk meletakkan chocolate di atas kaunter pembayaran.

"Patutlah laju aje kau cari, tanya pekerja rupanya.. baru nak puji kau melambung" Amir membayar chocolate itu dan terus ke arah kereta.

"Kau nak singgah mana lagi Qeel sebelum balik pangkalan? Aku tak singgah mana dah ni" Amir startkan enjin keretanya lalu lihat Aqeel di bahagian penumpang.

"Tak ada singgah mana. Balik terus lah badan aku dah penat layan kau." Terus Aqeel menutup matanya.

"Haih aku yang bawak kereta kau sedap sedap tidur patutnya teman la aku bawak kereta ni sembang dengan aku ini tidak tidur." Si Amir ni muka dah bebel dia, baik Aqeel tidur malas dah nak layan.

Leftenan Aqeel Luthfi  (OG)Where stories live. Discover now