SAMPAI sahaja di rumah banglo itu iaitu rumah Aqeel.
"Mak ayah Abang Qeel ada dalam ke?"
Takut-takut juga aku segan nak berjumpa dengan mereka."Jangan risau mama papa kau pun ada sekali dah turun" Aqeel mula keluar dari kereta.
Hendak sahaja aku membuka pintu kereta Aqeel terus membuka pintu di bahagian penumpang aishh gentleman betul ya Aqeel ni.
"Terima kasih" Aku senyum lalu melangkah untuk masuk ke dalam rumah.
Kami melangkah masuk bersama tetapi Aqeel memberhentikan langkahnya sama juga aku, memberhentikan langkahku.
"Kenapa Harits dekat sini mummy daddy ajak ke?"
Tegang sahaja aku melihat wajah Aqeel seperti mahu marah pun ada."Yoo relax aku datang nak dekatkan silaturahhim antara keluarga dan aku baru dapat tahu nanti aku bakal dapat adik ipar" Ujar Harits.
Ya, Harits Luthfi abang kepada Aqeel Luthfi mereka memang kalau jumpa bagai anjing dan kucing tak pernah berbaik ada sahaja benda nak gaduh.
"Qeel tanya mummy daddy kenapa dia dekat sini?" Aqeel mengulang soalan yang sama kepada Datin Sri Amira.
"Dia baru balik Qeel dari luar negara dah habis pengajian dekat sana jadi dia balik Malaysia semula" Lembut sahaja percakapan Datin Sri Amira.
"Eh Alya sini duduk kita dah boleh mula perbincangan" Mamaku sudah pelawa aku untuk duduk di sebelahnya.
Aku cuma akur dan labuhkan punggung ke sofa sebelah mamaku.
Aku duduk berhadapan dengan Abang Aqeel iaitu Harits tak selesa pula aku duduk depan dia aku dapat merasakan dia tengok aku dari atas kebawah.
Aish Alya buang perasaan perasan kau tu buat apa dia nak tengok kau aish.
"Nama apa?"
Aku memandang ke arah punca suara itu dari Harits rupanya."Nurissa Alya" Aku cuma menjawap menundukkan kepala.
"Cantik namanya seperti orangnya" Tersengih-sengih Harits tu ish gatal.
"Sebelum aku gaduh dengan kau better kau tutup mulut Harits" Tegas sahaja Aqeel memberi arahan.
Lantas Harits mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda mengalah.
"Ehem so boleh kita mula perbincangan?" Abang Amir mula mengambil alih keadaan yang sunyi itu.
Semua hanya mengangguk tanda setuju.
"Aqeel nak kahwin dengan Alya secepat yang mungkin" Terus Aqeel memandang aku.
Dan aku pula ya terkejut dah kenapa nak kahwin awal-awal baru nak enjoy masa bujang aku sebelum aku berkahwin.
Sepatutnya ambil la masa 1 tahun baru kahwin ke ni baru bertunang dah ajak kahwin omelku dalam hati.
"Aqeel perkahwinan ni bukan benda boleh buat main" Abang Amir mula nasihat.
"Aku tahu bukan benda main Amir sebab itu aku terus buat keputusan macam ni"
Terus Aqeel mengeluh."Aqeel nak kahwin dengan Alya lagi berapa bulan cuba bagitahu kami" Mamaku sudah mula bersuara.
"Kalau boleh lagi 2 bulan terus kahwin boleh?" Aqeel serius je cakapnya aku tengok.
"Ye tak pun tak sabar nak ada anak dengan adik aku tahan la sikit kawal iman kau tu" Abang Amir buat dah lawak bodoh dia tu.
Gulp!
Takut aku dengarnya aish macam tu ke Abang Amir fikir kalau macam tu aku kena hati-hati dengan Aqeel ni.
"Kau jangan buat lawak bodoh dekat sini orang semua serius kau boleh buat lawak bodoh" Aqeel mula pasrah dengan Amir ni.
"Dah dah jangan bergaduh mummy daddy okay je Aqeel nak kahwin lagi 2 bulan tapi pihak keluarga Alya okay?"
Datin Sri mula meleraikan pergaulan itu."Kami okay je asalkan anak perempuan kami bahagia dan kami harap sangat Aqeel boleh jagakan anak perempuan kami dengan sempurna" Ujar Tuan Emir.
Eh bahagia? Boleh ke aku bahagia dengan Aqeel ni dah la aku tengok pun dah garang pastu boleh dia mai masuk meminang senyap-senyap aish.
"Baiklah nanti saya akan uruskan majlis perkahwinan ni nanti apa-apa urusan saya uruskan" Datin Sri Amira mula menyelesaikan masalah ini.
Aku pergi ke luar rumah untuk mengambil udara segar manakala keluargaku dan keluarga Aqeel sedang berbual.
"Nurissa Alya" Aku terdengar suara itu pantas aku cari di mana punca suara itu.
Aku melihat Harits abang kepada Aqeel datang mendekatiku.

YOU ARE READING
Leftenan Aqeel Luthfi (OG)
RomancePada mulanya pertemuan yang kali pertama mereka berjumpa , mereka berjumpa buat pertama kali oleh kerana Alya meneman abangnya ke pangkalan untuk abangnya menyelesaikan sesuatu hal kerjanya di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) oleh ker...