Abang Mithali - Diluc

89 3 0
                                    

"Diluc, takkan kau nak aku bangun dari katil dan ambik makanan sendiri?" Kaeya yang masih terlentang di atas katil hanya mampu merungut kerana abang dia buat tak endah je.

"Yelah. Takkan aku yang kena ambikkan untuk kau?" Diluc jawab dengan selamba sambil melihat dokumen yang dia telah bawak dari rumah agam. Semata-mata hanya nak temankan adik dia yang sakit.

Baiknya- yelah tu.

"Aku ni pesakit."

"Siapa suruh sakit?"

"Siapa kata nak sakit!?"

"...Padan muka kau lah" Diluc masih teruskan menulis sesuatu di kertas dokumen.

Kaeya yang dah nampak Diluc taknak berganjak pun dari tempat duduk dia hanya mampu megeluh dengan pasrah dan terlebih dramatik.

Apa guna abang dia jenguk dan pelawa nak jaga dia tapi taknak ambikkan dia makanan?

"Diluc, kau sepatutnya abang aku. Kau sepatutnya jadi abang yang baik. Abang yang Mithali. Dilucc-" Satu bantal yang empuk dibaling tepat ke arah muka dia untuk senyapkan dia, nasib dia sempat elak. Dia nampak Diluc buat muka selambe je. Macam takda rasa bersalah dan Kaeya rasa nak maki je dia.

"Kaeya. Kau tu dah besar tapi perangai macam budak2." Kaeya boleh rasa yang Diluc tengah tersenyum sinis disebalik kertas dokumen yang dia pegang.

"Diluc. Kau ni kan-"

Aduh. Demam dia datang balik dan menjadi semakin teruk dengan melayan perangai abang dia yang tak guna ni.

"-tak guna betul-- Aahcoo-!" Kaeya bersin lagi, sambil cuba mencapai kotak tisu yang sepatutnya ada di meja sebelah dia. Ah, dia nak bersin lagi..

Sebuah kotak tisu terus dicampak ke arah muka dia dan kali ni terkena tepat kat muka.

"WOI-!" Kaeya menjerit sambil pegang hidung. Tak jadi nak bersin tapi dia masih ambik sehelai tisu.

"Lah. Kena pulak sorry." Diluc masih buat muka selamba dari tadi. Sambil dia berdiri dan silang tangan. Muka dia berkerut sikit macam tengah fikirkan sesuatu, Kaeya syak wasangka yang abang dia nak bunuh dia.

Tapi sebelum dia nak bercakap abang dia tanya.

"...Kau nak sup cendawan ke?"

Oh akhirnya.

"Hmm nak. Tapi nak ayam goreng jugak satu- lepastu nak aiskrim, kek, daging, air-"

"Tu bukan makanan untuk pesakit, Kaeya." Diluc mengerut dahi sambil menahan geram.

"Tapi. Adik laparr-" Kaeya bukannya lapar sangat pun. Saja aje nak buat abang dia marah. Maklumlah dia kan adik. Adik kan selalu kacau.

"Sup jelah untuk kau. Nanti sebelum tidur kau makan ubat."

"Erk-"

Kaeya terasa nak muntah balik bila dengar perkataan ubat. Ubat yang tak sedap tu. Baru dia nak merungut lagi Diluc dah keluar pun dari bilik dan mungkin ke dapur untuk buatkan sup dia.

"Heh. Abang Mithali.." Kaeya tersengih seorang diri. Rasa macam satu kebahagiaan sebab dapat kacau abang dia.


---
Notes:

Hehe ni buat saje2 je.

Rasa mcm nak buat diorang gaduh but with fluff and happy story.

(◠‿・)—☆

Ragbros - Diluc and KaeyaWhere stories live. Discover now