Rhea buka matanya. Lampu bilik buat dia terjaga. Belum pun matahari naik tapi lampu bilik sudah naik dulu. Bau minyak wangi vanilla bercambur bau bunga rose menusuk ke hidung.
Rhea pandang ke bawah dimana kakinya berada. Sakura sedang struggle pakai seluar. "Seluar tu dah ketat. Pakailah seluar lain."
"Saya masih kurus. Saya takkan gemuk~!" Sakura terus pakai seluar itu juga namun tersekat dibahagian punggung. Rhea ketawa. Dia bangun dan menarik belakang seluar Sakura.
"Saiz XS. Awak gila? Pergi tukar seluar sekarang!"
"Aloh...ni seluar masa saya form 5. Sajalah nak cuba balik mana tahu muat." Katanya lalu buka semula. Rhea hanya tersenyum dan geleng kepala. Sakura ambil satu seluar kelabu yang mahal lalu disarung.
"You're going for a work?"
"Yes. Saya akan balik tepat pukul 6. Saya akan tiba di rumah tepat pukul 6. Janji."
"...yelah tu. Any request for dinner?"
"Aaa...saya teringin nak makan sotong goreng kicap."
"I can do that." Rhea hulurkan tangan kanannya. "Nak duit. Nak beli sotong."
"Ouh! Ouh, yes. I'm a wife now." Sakura ambil dompetnya didalam almari kemudian hulurkan RM100 kepada Rhea. Rhea mencebik.
"Ini je?"
"Sotong je kan?"
"1KG sotong dah RM35. Lepastu barang dapur lain? Ingat sekarang macam dulu? Tambah lagi 0."
"Maksudnya?"
"RM1000."
"Haih. Kenapalah ekonomi turun?" Sakura hulurkan kadnya. "Kalau ada problem, password dia 246872."
"Kejap." Rhea ambil telefonnya. "Berapa tadi?"
"246872."
"Okey. Set. Don't missed me tau? Buat kerja elok-elok." Rhea senyum manis. Sengaja dia picit bonjolan Sakura buat Sakura memberikan senyuman nakal kepadanya. Comel.
"Don't worry. I'll be fast."
***********
Memang betul tepat pukul 6 kereta Sakura berhenti depan rumah. Rhea yang sedang hidang makanan atas meja pun kagum dengan janjinya yang betul-betul ditepati."Welcome home."
"Erm, sedapnya bau!" Sakura buka coat dia. Berkerut dahi Rhea. Dia tahan dada Sakura dan melihat kearah kesan ciuman didadanya.
"Apa ni? Are you cheating?"
"Ah, alamak." Sakura berkerut. "Jangan salah faham tapi ni dari kesan bibir Elma."
"Siapa Elma?"
"Rakan sekerja. Dia jatuh tadi dan saya depan dia. Gincu dia terkena dada saya. Maaf."
"I see. I need to trust you sebab tak mungkin nerd macam awak boleh curang." Rhea ketap bibir. Bila dia ketap bibir, matanya membulat menampakkan sisi comelnya. Sakura pun melanga melihat kecomelan Rhea ketika ini.
"What?"
"Takde apalah. Jom makan?"
"Well, I cooked what you want and I bought some wine. Don't drink it today. You nak kerja esok."
"Alright."
"So, what happened at your work? Tell me. I wanna know."
"Awak nak dengar cerita saya?"
"Yes, please."
Sakura senyum lebar. "Well...kalau awak nak tahu saya bukanlah CEO kat tempat tu. Walaupun tu syarikat keluarga kita but I have a lot to learn first and tahu tak boss dalam tu annoying gila? Semua orang tak suka dia termasuk saya! Dia suka arah orang tau tapi dia sibuk mengorat si Tasya tu. Dahlah tua."
YOU ARE READING
Vouchsafe (Omegaverse)
RomanceSakura Javier berkahwin dengan seseorang yang dia tidak kenal iaitu Rhea White. Sejujurnya mereka bersua tak berapa kisah sangat sebab masing-masing dah tua dan tiada pasangan. Pada malam pertama, Sakura teringin mahu rasmikan Rhea namun malangnya R...