Cemburu

919 39 0
                                    

Dua Minggu kemudian.....

Kini tarikh perkahwinan mereka semakin dekat.Becky semakin selesa dengan Freen,Freen yang banyak bersabar dengan kerenah Becky yang kadang kala di luar batas.

Freen sentiasa menurut permintaan Becky yang kadang menguji kesabarannya.Nasiblah tinggal 2 minggu lagi wedding mereka persiapan semua di uruskan oleh Mrs Amstrong dan Mrs Nun.

Nara Group makin kukuh apabila Mr Armstrong memberi kepercayaan untuk menjalankan kerjasama mereka untuk masa akan datang.Gabungan ini memberi impak yang positif pada kedua-dua belah pihak.

"Sherly masuk,"arah Freen.

Pintu di ketuk lalu wajah secretary muncul.Sherly sudah memegang beberapa dokumen dan tablet di tangan.

"Ini dokumen yang harus di sign segera.Boss ini kali 3 Miss Heidi call harini.Saya tak tahu nak bagi jawapan apa lagi."Sherly memberitahu apa yang terjadi.

"Abaikan dia bukan siapa-siapa kalau dia datang lagi cakap saya ada meeting di luar."Freen masih memandang dokumen yang di tangannya."

"Baiklah.. untuk harini boss kena pergi ke Siam Mall untuk acara amal dalam jam 2.00 pm boss nak saya inform Khun Becky ke."Sherly cuba ingin kepastian bosnya.

"Untuk harini saya pergi seorang Becky ada acara dengan syarikat hartanah."
Sherly mengangguk faham.

"Baik boss,saya keluar dulu."Freen tiada respon hanya memandang mengiringi Sherly keluar dari biliknya.

"Heidi....apa lagi dia nak." Freen menyandar kerusi lalu melepaskan keluhan yang berat.

Memori lama kembali menerjah.

5 tahun lalu....

Pesawat selamat mendarat di Perth, Australia.Freen kembali lebih awal sebelum cuti semester habis,lalu menuju ke apartement seseorang.

Rindu pada Heidi yang berada di rumah menunggu dirinya kembali.Freen sudah membeli oleh-oleh dari Thailand untuk kekasihnya.

Beberapa ketika kemudian Freen sampai di apartment.Dia tidak memberitahu kekasihnya dia pulang lebih awal sebagai kejutan untuk kekasihnya.

Pintu apartment di buka Freen sambil jambangan bunga rose di tangan dan sebentuk kalung dalam kotak baldu dari Thailand.Pasti Heidi suka.

Freen tersenyum lalu dia meletakkan luggage di sisi sofa dan cuba mencari kelibat Heidi di dapur tetapi tiada pasti masih tidur lagi.Freen menuju ke bilik lalu memulas tombol pintu.

Pintu dibuka perlahan-lahan cuba tidak membuat suara.Mata freen memandang ke arah katil.

Zaaazzz......

Seperti di sambar petir apabila melihat kearah katil.Ada orang asing di sebelah Heidi.Seorang lelaki.

Mata Freen mula berkaca.Menahan segala-galanya,hancur berkecai hatinya.Melihat keadaan yang di luar jangkauan.

Bunga dan kotak baldu terlepas dari tangan.Heidi tersedar dari tidur melihat Freen berada di hadapan pintu bilik.Terkejut bukan kepalang Heidi ketika itu.

"F...Freen...."terketat suara Heidi.

Freen tidak berkata apa-apa lalu melangkah keluar dari bilik mengambil luggage di sofa.Heidi bangun lalu mengejar Freen.

"Freen....tunggu."teriak Heidi.
Freen lakukan langkah keluar dari apartement Heidi.

"Freen....tunggu...."Heidi menahan lengan Freen.

Tetapi Freen melepaskan satu tamparan untuk Heidi.Heidi memegang pipinya.

"Ini yang I dapat bila balik sini.Suprise...."kata Freen dengan sinis sambil mata berkaca.

YOU MY DEEP LOVE [FREENBECKY MALAY VERSION]Where stories live. Discover now