Aku dengar gadis itu menjerit memanggil aku. Aku dengan malasnya menoleh ke arah gadis tersebut untuk melihat dia.
"Apa kau nak? Cakap cepat sikit aku tak ada masa." kata aku dengan sedikit tegas.
"Marah kita nampak, awak tu kenapa tak tolong saya huh? Dah elok-elok awak sambut saya tadi tapi awak lepaskan saya macam tu je kenapa?!" dia memarahi ku.
"I already told you right? Kau ingat ini cerita hindustan ke nak kena sambut lepastu berpusing pasang lagu dramatik? Tak kuasa aku."
Aku terus pergi ke arah kaunter dan ingin menyambung kerja aku yang tergendala sebentar tadi. Gara-gara ada seorang pelanggan yang menganggu aku.
"Tadi awak bukan main baik lagi dengan saya siap berencik cik bagai. Sekarang ini apa? Biadap dengan saya pulak." katanya.
Aku memandangnya dan melepaskan satu keluhan kecil "Sebab aku ingat kau ni sopan santun tapi rupanya banyak bercakap macam mulut murai, tahu?"
"Ewah ewah dia kata kita ni macam mulut murai." dia bercekak pinggang.
"Ya dan memang betul pun. Kau je yang tak sedar diri." malas aku mahu melayannya. Lagi dilayan makin menjadi mulut murai dia itu.
"Arwisy," dia menyebut namaku. Aku memandangnya.
"How do you-," belum sempat aku mahu bertanya, dia memotong percakapan aku.
"Nametag awak." baru aku teringat yang aku memakai nametag.
"Ingatkan kau stalk aku." sengaja mahu kena kan dia.
"Hey! Baik sikit eh, tak ada masa saya nak stalk mamat mulut puaka macam awak ni." dia menjeling tajam.
"Mulut puaka? Macam mana kau tahu aku ni mulut puaka? Kau rasa ke?" aku pandang dia. Aku nampak warna pipinya sudah berubah menjadi warna merah, malu kot? Baru usik sikit.
Aku berhenti dari membuat kerja aku untuk seketika dan aku berjalan untuk menuju ke arah gadis tersebut. Entah apa yang menghasut aku. Aku dapat satu idea yang nakal. Idea mahu kenakan gadis ini.
"You're indeed intimidating," aku berdiri dihadapannya.
Aku lihat dia mendongak untuk memandang ke arah aku dan aku menunduk untuk memandang dia. Kami saling berpandangan. Aku membongkokkan sedikit tubuh badan aku untuk menyamakan paras ketinggian aku dengan dia supaya dia tak adalah susah sangat nak mendongak pandang aku yang tinggi lampai ni.
"Kau cakap aku mulut puaka kan? Macam mana kau tahu aku mulut puaka hurm?" aku menyoalnya.
"A-apa awak ni," dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Aku tanya ni."
"Saya cuma agak je, awak ni kenapa? Itupun awak nak tanya ke?" dia memberanikan diri untuk memandang aku semula.
Aku senyum sinis. "Siapa suruh kau bagi jawapannya yang bukan-bukan."
"Mana ada saya bagi jawapan yang bukan-bukan!" dia tidak berpuas hati.
"Okay then kalau aku mintak tutorial boleh?" aku senyum penuh makna.
"Tutorial apa pulak ni? Malas lah nak layan mamat mulut puaka macam awak ni."
"Satu je, please?" aku meminta izinnya.
Aku lihat dia mengeluh, mungkin tidak mampu untuk menolak permintaan aku itu. Aku senyum sinis. Bagus! Dia masuk perangkap aku.
"Okay fine, apa dia? Cepatlah." dia mengesa aku.
"Tutorial," sengaja aku bagi ayat yang tergantung dan sejurus itu aku rapatkan muka aku ke arah mukanya sambil memandang tepat ke dalam anak matanya.
"Tutorial untuk tahu mulut orang tu puaka ataupun tidak."
Aku nampak dia menelan air liur. Mungkin dia sangkakan yang aku ni mamat bermulut puaka plus gatal! Tapi aku biarkan saja sebab..
Aku nak kenakan dia!
Aku lihat dia memandang aku. Mungkin dia tidak percaya dengan permintaan aku itu.
"Betul nak tahu?" dia meminta kepastian dan aku menganggukkan kepala.
Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan aku nampak dia pejamkan matanya dan hampir saja bibir kami bertemu. Aku terus jentik dahi dia dengan sekuat hati.
"Ouch! Apa ni?!" dia memarahi ku. Sambil-sambil itu tangan dia sibuk menggosok dahinya yang dijentik oleh aku sebenar tadi.
"Itu makan dia! Gatal sangat kan." puas hati aku. Puas hati sebab dapat ajar gadis tersebut.
"Arwisy!" dia menghentakkan kakinya tanda protes!
"Lain kali, jangan gatal sangat takut ulat beluncas pun lari tengok perangai kau macam ni." dan aku jentik dahi dia untuk kali yang terakhir sebelum aku menyambung tugas aku yang tergendala.
"Tunggulah nanti! Ada ubi ada batas ada hari saya balas!" dia terus keluar dari cafe itu setelah berkata sebegitu.
Akhirnya! Keluar jugak gadis mulut murai itu.
YOU ARE READING
Aayan Arwisy ; Mr Cafe Barista (OG)
RomanceRahsia? Dia telah menyimpan satu rahsia yang paling besar dalam hidup dia. Tiada siapa tahu apa yang telah terjadi pada 5 tahun yang lepas. Di mana kejadian tersebut telah mengubah nasib hidup Aayan Arwisy 100%. Dia ditangkap dan dituduh membunuh s...