Hari ini merupakan hari yang pertama bulan Ramadhan. Aku mengambil keputusan untuk berpuasa di rumah mama memandangkan aku masih ada lagi baki 2 hari sahaja mc cuti sakit. Sekarang ini aku tengah teman Aayin untuk membeli barang dapur sebab katanya dia tak nak terburu-buru beli last minute nanti tak ada mood nak memasak katanya.
"Banyak betul kau beli. Kenapa tak beli satu pasaraya ni je." aku menjelingnya. Aayin memandang aku tajam.
"Abang ni, kan mama jugak yang nak masak nanti. Mama suruh beli banyak ni sebab nanti senang. Tak perlu ulang-alik keluar semata-mata untuk beli yang baru. Abang tu dah lah pemalas" dia membebel. Sempat jugak dia mengutuk aku dihujung ayatnya itu.
Aku mengusap kepalanya secara kasar. Sengaja nak rosakkan owning tudung bawal dia. Dia merungut.
"Abang! Habis rosak owning tudung Aayin!" dia memuncungkan bibirnya. Dah macam itik dah.
Aku hanya ketawakan dia.
"Sikit sikit owning. Dah cantik dah tu. Tak perlu nak sempurna sangat owning tudung tu. Dah jum bayar." aku menolak troli dan berjalan untuk menuju ke arah kaunter pembayaran. Lagi dilayan, aku risau mulut dia muncung sedepa nanti.
"Abang ni," dia mula mengikuti aku dari belakang.
"Abang," dia memanggil aku. Aku hanya menganggukkan kepala sebagai tanda dia boleh meneruskan percakapannya.
"Abang tak nak kahwin ke?" dia tanya aku soalan maut.
Aku memandang wajahnya dan mengangkat sebelah keningku. Kahwin? Aku tak pernah terfikir lagi tentang perkara itu.
"Kenapa tiba-tiba tanya soalan macam tu?" setibanya di kaunter pembayaran, aku menyusun barang yang hendak di bayar di atas kaunter. Pekerja itu mula scan barang-barang tersebut.
"Tak adalah umur abang pun dah 28 tahun, tak akan tak nak kahwin? Nak jadi duda kaya raya sampai 7 keturunan tak habis baru nak kahwin ke?" Aayin membantu aku untuk menyusun barang di atas kaunter. Aku mengeluh seketika. Aayin ni personaliti dia sama macam mama aku iaitu kuat membebel.
"Abang boleh kahwin di kemudian hari. Aayin tu, jangan sibuk nak menggatal usha anak teruna orang pulak di universiti. Jangan ingat abang tak tahu. Jaga pandangan dan tundukkan pandangan, takut nanti boleh jadi zina mata, Aayin." aku memberi amaran. Macamlah aku tak tahu perangai dia yang satu itu, gatal.
Dia menganggukkan kepala tanda faham.
"Baik abang. Aayin janji Aayin buat lagi." dia sengih.
Aku mencubit lengannya. Geram. Kan dah mendapat satu sepit ketam dari aku. Dia mengadu sakit.
"Abang!" dia membalas dengan menumbuk lengan aku secara kuat. Amboi, main kasar nampak.
Aku ingin membalas serangannya tapi tak jadi sebab akak kaunter tu dah pandang kami berdua semacam je. Aku sengih lalu mengeluarkan kad kredit aku untuk dibayar. Selesai sahaja membuat pembayaran, aku paksa Aayin tolak troli tu. Siapa suruh tumbuk lengan aku tadi. Aku ketawa jahat.
Sedang leka aku memandang ke arah kiri dan kanan, ada satu suara yang menegur kami dari belakang. Aku menoleh ke arah tuan empunya badan tersebut. Fayyadh rupanya. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan aku. Aku menyambut huluran tangannya.
"Assalamualaikum.. Arwisy seorang je ke?" dia memberi salam sekaligus menyoal aku.
"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh tak adalah," aku menjawab salamnya dan menoleh ke arah Aayin sebagai tanda isyarat aku tidak keseorangan.
Dia menoleh ke arah yang sama lalu dia tersenyum apabila melihat Aayin.
"Dengan isteri ke?" hampir tersedak kami berdua apabila dia tanya soalan yang macam tu. Nampak sangat muka kami berdua ni jauh beza. Aku hanya ketawa kecil untuk menghindari suasana yang janggal diantara kami bertiga.
"Erk- Aayin perkenalkan ini, Fayyadh. Fayyadh, ini Aayin." aku memperkenalkan mereka berdua. Aku malas mahu menjawab soalan Fayyadh.
Ada sebab kenapa aku tak nak semua orang tahu bahawa Aayin ini adalah adik aku. Pertama, aku tak nak mereka semua serbu adik aku dengan tanya soalan seperti ini 'abang awak dah berpunya ke?' 'abang awak masih available tak?' 'saya nak jadi kakak ipar awak' dan sebagainya. Aku tahu Aayin akan cepat rimas jadi untuk mengelakkan dari hal tersebut terjadi, aku rahsiakan hubungan kami berdua. Yang kedua, aku tak nak orang lain menganggu privasi kami. Hanya Hayden seorang sahaja yang tahu bahawa Aayin ini adalah adik aku. Hanisya? Hanisya sendiri tidak tahu. Aku rahsiakan daripadanya. Sekian daripada aku. Aku memandang wajah Fayyadh.
"Aku ada hal ni, lain kali kita berborak lagi ya? Assalamualaikum." aku memberi salam dan seraya itu aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya. Dia menyambut huluran tangan aku.
"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.."
Aku tersenyum kecil lalu kami berdua meninggalkan dia keseorangan di situ. Mungkin suatu hari nanti aku akan bongkarkan semua rahsia ini. Tetapi bukan sekarang.
7:27PM, waktu berbuka puasa.
Hari pertama puasa tak adalah mencabar sangat. Semuanya berjalan dengan lancar. Juadah untuk berbuka hari ini, mama masak makanan kegemaran aku iaitu asam pedas. Sudah sekian lama aku tidak merasa air tangan mama. Sedap seperti biasa. Tidak hanya itu, mama jugak ada masak hidangan sampingan seperti kailan ikan masin. Selesai sahaja berbuka puasa, aku bersiap-sedia untuk pergi ke masjid untuk menunaikan solat Isyak serta solat sunat terawih.
Aku pergi seorang diri sahaja memandangkan mama dan Aayin membuat keputusan untuk duduk di rumah dan melakukan solat sunat terawih di rumah. Tiba-tiba Hayden menelefon aku dan ajak aku untuk pergi bersama dengan dia. Hayden yang ajak aku ikut je. Kami jalan kaki untuk ke masjid kerana masjid tersebut tak adalah jauh mana dari rumah mama aku. Hayden parking motor dekat rumah aku.
21:45, selesai solat sunat terawih.
Aku dengan Hayden membuat keputusan untuk pulang terus ke rumah kerana hari sudah lewat malam. Aku risaukan keselamatan mama dan Aayin kerana mereka berdua sahaja yang tinggal di rumah, tiada kaum lelaki. Setelah bersalaman dengan jemaah masjid dan pak imam, kami meminta izin untuk pulang.
Aku dengan Hayden jalan kaki. Suasana agak sunyi pada malam itu. Aku memandang wajah Hayden untuk menghilangkan rasa janggal.
"Hay.. kau ingat tak dulu kau suka curi selipar jemaah masjid sebab dulu selipar kau selalu hilang," aku membuka topik.
Hayden ketawa terbahak-bahak. Mungkin dia baru ingat tentang perkara tersebut.
"Betul cakap kau. Dulu selipar aku selalu hilang, entah siapa yang curi. Padahal selipar jamban je." dia menggelengkan kepalanya.
Tiba-tiba aku rasa macam seram sejuk je.. rasa macam ada yang tak kena. Aku dengan Hayden saling berpandangan. Aku menggelengkan kepala sebagai tanda 'kau jangan nak tegur'.
Kami berdua membuat keputusan untuk menoleh ke arah belakang dan alangkah terkejutnya kami apabila ternampak kelibat seseorang yang memakai baju warna putih, pakai bedak sejuk sedang menaiki skuter dengan kelajuan yang sederhana. Apa lagi, lari lintang-pukang lah jawabnya!
Hayden berhenti untuk menghirup oksigen lalu berkata..
"Arwisy selipar aku! Tertinggal woi!" dia memberitahu aku dalam keadaan yang tengah gelabah.
"Alah esok je lah kutip selipar kau tu!" tanpa membuang masa aku menarik tangannya supaya mempercepatkan langkah kakinya untuk pulang ke rumah terus.
Selipar Hayden pun tertinggal padahal baru je sembang tentang selipar dia yang hilang sebenar tadi. Aku tak nak pergi terawih jalan kaki lagi!
YOU ARE READING
Aayan Arwisy ; Mr Cafe Barista (OG)
RomanceRahsia? Dia telah menyimpan satu rahsia yang paling besar dalam hidup dia. Tiada siapa tahu apa yang telah terjadi pada 5 tahun yang lepas. Di mana kejadian tersebut telah mengubah nasib hidup Aayan Arwisy 100%. Dia ditangkap dan dituduh membunuh s...