Bab 1

324 30 2
                                    

Sedang aku ralit mengelap meja ada seorang pelanggan yang datang ke cafe ini. Aku tidak kisah dia mahu datang ke sini tetapi dia datang pada waktu yang salah. Dia datang pada waktu break hour. Dia tidak lihat ke nota yang ditampal di hadapan pintu kaca itu? Nak tak nak, aku perlu tegur dia.

"Maaf cik, sekarang ini waktu break hour." tegur aku dengan ramah.

Aku lihat perempuan itu pandang aku semacam je, macam tak puas hati pun ya.

"Excuse me? Suka hati aku lah nak datang pada waktu bila. Waktu closing time ke, opening hours ke yang kau nak bising kenapa?" dia marah aku.

Eh dia ini, dia marah aku kenapa? Ada ke aku marah dia tadi? Sabar Arwisy. Dia itu pelanggan kau.

"Bukan macam itu cik cumanya sekarang kan waktu berehat. Jadinya cafe ini tutup buat sementara waktu dan ingin memberi ruang kepada pekerja untuk berehat, cik faham?" aku harap dia fahamlah sebabnya aku malas nak terangkan benda ini dua kali.

"Kau boleh tak jangan nak berlagak macam kau owner cafe ni? Dah lah muka tak ada rupa, ada hati nak jelaskan perkara ni macam kau manager atau bos cafe ini huh!" dia mendengus kasar. Agak biadap bagi aku.

Aku hanya mampu sabar. Aku tak nak marah-marah pada pelanggan tapi dah kalau macam ini perangai dia, memang aku kena ambik tindakan. Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan bicara.

"Cik, walaupun saya bukan manager mahupun bos cafe ini tapi saya rasa saya perlu jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pekerja tahu? Saya pun ada rasa tanggungjawab dalam diri saya, cik tak rasa begitu?" aku lihat dia hanya diam, mungkin sedang memikirkan sesuatu.

"Okay saya minta maaf, saya salah." dia menunduk. Nasib baiklah dia tidak panjangkan hal ini kalau tidak, aku tak rasa aku akan bukak kuliah menegur untuk kali yang kedua.

Aku tersenyum kecil. Benda ni bukannya kali pertama aku hadap. Jadi aku dah terbiasa.

"It's okay i understand it's not my first time hadap pelanggan yang macam kau." aku angkat bahu dengan selamba sebagai tanda aku tidak kisah.

"Tapi saya tetap salah tadi sebab dah biadap dengan awak." aku lihat dia mendongak untuk memandang aku. Aku ketawa kecil. Kenapa pendek sangat dia ni?

"Kau ni memang pendek ke? Lahir tak cukup zat ke?" sengaja aku nak buat dia marah. Aku lihat dia begitu terkejut sekali. Mungkin tidak menduga aku akan berkata begitu kepadanya.

"Hey! Amboi mulut tu memang tak ada insuran ke?" dia bercekak pinggang dengan pandangan seperti mak mak mahu marahkan anak.

"Ingat aku takut? Huh pendek." aku jalan untuk menuju ke arah kaunter.

"Dasar tiang! Hoi tiang! Nak ke mana tu?" dia mengikuti aku dari belakang.

Aku buat tak endah sahaja. Malas nak layan pelanggan pendek macam dia ni.

"Awak dengarlah apa saya nak cakap ni!" aku memusingkan tubuh badan untuk menghadap ke arah dia tapi nasib tidak menyebelahi orang pendek seperti dia. Dia terlanggar badan aku dan hampir jatuh tersungkur di atas lantai. Nasib sempat aku tahan tubuhnya dari jatuh ke lantai.

Kami saling berpandangan untuk seketika dan kau ingat aku baik sangat? Maaf, aku lepaskan dia dan biar dia jatuh atas lantai itu. Aku lihat dia pandang aku dengan pandangan yang sangat tidak berpuas hati.

"Apa? Kau ingat ini drama hindustan nak sambut, nak berpeluk dan nak menari? Aku tak ada masa oh by the way, you're welcome." aku terus tinggalkan dia di situ keseorangan.

Aku dengar dia menjerit. Bingit jugaklah telinga aku.

Aayan Arwisy ; Mr Cafe Barista (OG)Where stories live. Discover now