Esok sudah bermulanya masuk bulan Ramadhan. Aku tak sabar nak menyambut bulan Ramadhan. Nasib baik aku sudah keluar dari wad dan aku boleh berpuasa tanpa perlu ganti puasa. Hari ini aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah mama setelah sekian lama tidak berjumpa dengan mama. Mama tidak tahu aku balik hari ini, jadi bolehlah beri dia kejutan.
Aku membawa sejambak bunga bersama dengan aku. Bunga tulip warna merah jambu. Mama sangat sukakan bunga tulip kalau boleh, setiap rumah ini mahu dipenuhkan dengan hanya bunga tulip sahaja.
Aku mengetuk pintu beberapa kali. Tiada sahutan. Aku memegang tombol pintu dan cuba untuk memulas tombol pintu tersebut. Tidak berkunci. Hairan. Aku melangkah masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum.." aku memberi salam dan melihat sekeliling rumah. Gelap.
"Mama? Aayin?" aku memanggil mereka berdua.
Aku berjalan secara perlahan-lahan. Berjaga-jaga. Takut jikalau ada seseorang yang ingin menyerang aku dari belakang, depan, tepi, kiri atau kanan.
Aku mencari suis lampu. Jumpa. Tak tunggu lama aku tekan suis lampu itu dan keadaan rumah kembali menjadi terang. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Mama, Aayin, Hayden dan pasukan bola keranjang dari universiti aku sedang berada di ruang tamu. Mereka sama-sama tersenyum ke arah aku. Adakah mereka buat begini untuk menyambut aku pulang? Aku tergelak kecil. Aku pandang wajah mama.
"Ma.. apa semua ni?" aku meminta penjelasan dari mama.
"Mama buat semua ni sebab nak raikan kemenangan kumpulan bola keranjang kamu, Aisy. Bukan itu je, mama jugak nak sambut anak lelaki mama sebab dia dah balik hari ini." mama tersenyum manis. Lalu dia mengusap pipi aku dengan penuh kasih sayang.
Aku memeluk tubuh mama.
"Mama ni.. susah-susah jelah. Aisy tak perlukan semua ini pun, Aisy dah besar."
"Kamu memang dah besar tapi bagi mama, kamu masih lagi budak kecil."
"Mama.. malulah depan semua orang ni." aku mencebik.
Mama hanya ketawa. Aku bahagia. Bahagia dikurniakan keluarga yang kecil seperti ini. Aku menghulurkan sejambak bunga tulip itu kepada mama.
"Per la donna più bella che ho di fronte." tutur aku dalam bahasa Itali.
Mama mengambil sejambak bunga tersebut lalu mama memeluk tubuh aku dengan sangat erat.
"Grazie." katanya. Aku tersenyum kecil.
Aku melepaskan pelukan tersebut dan tatap wajah mama.
"Jum kita makan! Aisy dah lapar ni." aku membawa mama untuk pergi ke arah meja makan.
Terdapat pelbagai jenis makanan yang terhidang di atas meja makan. Semuanya nampak menyelerakan. Aku pandang wajah mama.
"Mama ke yang masak semua ini?" aku tanya mama.
Mama menggelengkan kepala.
"Aayin pun ada tolong jugak. Tak akanlah mama nak buat semua ini sorang-sorang? Nanti Aisy jugak yang membebel dekat mama sebab terlalu banyak buat kerja yang berat-berat." terang mama dengan panjang lebar. Aku senyum padanya.
"Yelah.. nanti kalau mama jatuh sakit macam mana? Aisy jugak yang risaukan mama."
Aku menarik sebuah kerusi dan menyuruh mama untuk duduk terlebih dahulu. Sementara itu, aku juga menolong mama untuk ambilkan makanan. Aku menghulurkan makanan tersebut kepada mama.
Aku mengambil tempat di sebelah Hayden. Kami semua menjamu selera. Ada jugak yang berkongsi cerita semasa makan.
Selesai sahaja makan, aku membasuh pinggan di dapur. Lupa nak beritahu, Hanisya juga ada. Aku mengajaknya untuk makan bersama-sama dengan kami. Dia terima pelawaan aku.
"Biarlah saya tolong awak," Hanisya sudah bersiap-sedia untuk menolong aku membasuh pinggan. Tapi aku hanya menggelengkan kepala aku.
"Tak apa, aku boleh buat sendiri. Kau pergilah buat kerja yang lain ke." aku menghalaunya.
Dia mencebik.
"Saya nak tolong awak. Apa salahnya?" dia memandang wajah aku.
Aku memandang wajahnya dan tersenyum.
"Kau dah banyak tolong aku Hanisya. Jadi tak perlulah susahkan diri kau untuk tolong aku lagi."
"Tapi saya tak pernah pun merungut tentang betapa susahnya saya kena tolong awak Arwisy," dia menyambung percakapannya.
"Malah saya ikhlas nak tolong awak sebab saya dah anggap awak macam kawan saya sendiri." dia senyum. Senyum ikhlas.
Kawan? Adakah itu sebagai satu tanda permulaan untuk mengeratkan hubungan kami? Aku membalas senyumannya.
"So let me help you." Hanisya menyinsingkan lengan baju kemejanya supaya mudah untuk dia melakukan aktiviti membasuh pinggan.
Aku hanya membiarkan sahaja. Kalau aku menyuruh untuk dia tidak melakukannya, aku gerenti dia tidak akan berputus-asa. Malahan dia akan memujuk aku supaya membenarkan dia untuk menolong aku. Ada ada sahajalah perangai Hanisya ini.
Aku syak, dia seorang yang rajin dan suka menolong orang yang dalam kesusahan. Baguslah kalau macam tu. Kerana pada kebiasaannya, orang yang kaya-raya ini selalunya tidak tahu buat semua kerja rumah kerana semua kerja itu dibuat oleh pembantu rumah mereka. Lain pula dengan Hanisya, dia tahu serba serbi tentang kerja rumah, memasak, mengemas dan sebagainya.
YOU ARE READING
Aayan Arwisy ; Mr Cafe Barista (OG)
RomanceRahsia? Dia telah menyimpan satu rahsia yang paling besar dalam hidup dia. Tiada siapa tahu apa yang telah terjadi pada 5 tahun yang lepas. Di mana kejadian tersebut telah mengubah nasib hidup Aayan Arwisy 100%. Dia ditangkap dan dituduh membunuh s...