Arwisy p.o.v
Aku terdengar sayup-sayup bunyi orang yang sedang bercakap. Entah apa yang mereka bualkan aku tidak pasti. Aku terlalu penat untuk membuka mata. Tapi aku kenal satu suara itu. Mama.
"Arwisy.. macam mana boleh jadi macam ni." mama mengeluh di tepi sisi katil aku. Dapat aku dengari tangisan halus dari mama yang sedang menangis. Aku ingin lihat wajah mama. Aku ingin sentuh wajah mama. Aku ingin usap air mata mama yang sedang mengalir tapi aku tidak mampu. Berapa lamakah aku tidak akan sedarkan diri? Aku sendiri tidak pasti.
3 hari kemudian
|
Hanisya p.o.v
Kini aku dapat lihat dengan lebih jelas wajah yang membiarkan aku jatuh tersungkur atas lantai cafe pada seminggu yang lepas. Kacak jugak dia ini ya? Warna kulitnya tak terlalu putih dan tak terlalu gelap sangat. Lengan biceps dia pulak boleh tahan besar jugak eh, hari-hari angkat dumbbell ke? Aku menatap wajahnya yang semakin lama semakin membaik. Tidak seperti sebelum ini yang lebamnya macam kena lenyek dengan lori.
"Muka handsome macam kau ni pun kena baling dengan bola ya? Apa agaknya yang terjadi antara kau dengan kawan kau tu." aku tanya soalan macam tu dekat depan muka dia. Alah bukannya dia boleh jawab pun. Dia pun sudah 3 hari tidak sedarkan diri.
"Kenapa kau nak tahu sangat?" speaking of the devil. Suara garau itu menyapa gegendang telinga aku. Aku tak salah dengar kan? Atau ada roh lain yang tolong jawabkan?
Aku lihat Arwisy sudah sedar sepenuhnya. Dia kini sedang memandang wajah aku. Alamak bila pulak dia sedar ni? Kenapa aku tak perasan pun? Aku berdehem.
"Mana ada saya nak tahu. Pandai-pandai je." aku menjeling Arwisy tajam. Dia berdecit. Kenapa mamat bermulut puaka ni dari hari itu lagi macam tak puas hati dengan aku?
"Awak ni memang dari hari itu lagi ke tak puas hati dengan saya?" aku menyoalnya.
"Kau pergilah balik. Aku tak perlukan sesiapa untuk jaga aku dekat sini." dia tidak menjawab soalan aku. Sebaliknya dia menghalau aku pergi.
"Awak patut berterima kasih sebab tak ada sesiapa yang nak jagakan awak waktu awak tengah sakit. Mak awak yang mintak pertolongan dari saya." aku menjelaskan perkara tersebut kepada dia. Haraplah dia faham.
"I don't need your explanation. You may go. Aku nak bersendirian." dia tidak kisah langsung tentang penjelasan aku.
"Awak ni memang sejenis yang malas nak faham orang ke?" aku memandang wajahnya. Aku geram sebab sikapnya boleh tahan keras kepala juga.
Dia memandang wajah aku pula dan mengangkat sebelah keningnya.
"Aku bukannya tak faham kau dan aku dengar apa yang kau jelaskan tadi cuma.. aku perlukan masa aku untuk bersendirian." pandangan mata dia pada ketika itu sangatlah redup. Seolah-olah ingin memberitahu aku sesuatu tapi lagi cepat dia tunjukkan emosi tersebut lagi cepat pandangan mata itu hilang.
"Kau boleh pergi." dia memalingkan wajahnya ke arah tingkap disebelah kiri.
Tanpa membuang masa aku mengambil barang aku dan bergegas keluar dari wad dia. Sakit hati sebab diperlakukan begitu oleh Arwisy. Tapi dia perlukan masa Hanisya. Aku mengeluh perlahan. Aku berdoa semoga dia tidak lakukan perkara yang boleh mencederakan diri dia sendiri. Aku mengambil keputusan untuk datang lagi pada hari esok.
Esok
|
Arwisy p.o.v
Aku membuka mata dengan perlahan-lahan. Perkara pertama yang aku nampak ialah gadis mulut murai itu. Dia buat apa lagi disini? Bukankah aku sudah suruh dia untuk tidak datang lagi? Aku bangun dari pembaringan. Aku menatap wajah gadis itu. Dia sedang tidur di atas katil aku. Tapi hanya kepala sahaja bukan tidur disebelah aku.
YOU ARE READING
Aayan Arwisy ; Mr Cafe Barista (OG)
RomanceRahsia? Dia telah menyimpan satu rahsia yang paling besar dalam hidup dia. Tiada siapa tahu apa yang telah terjadi pada 5 tahun yang lepas. Di mana kejadian tersebut telah mengubah nasib hidup Aayan Arwisy 100%. Dia ditangkap dan dituduh membunuh s...