Bab 5

55 15 0
                                    

Arwisy p.o.v

Perlawanan sudah bermula. Aku harus cuba sedaya upaya untuk menangkan perlawanan kali ini sebab ini adalah perlawanan yang terakhir bagi aku sebelum aku tamat sesi pelajaran tapi ianya sukar sebab ada musuh lama aku, Arasy. Dia main kasar. Kenapa dia bencikan aku sangat? Hal peribadi tak boleh ke ketepikan dahulu?

Aku berlari ke hadapan dengan sangat pantas untuk mengambil peluang merebut bola. Setelah berjaya, aku nampak Hayden menuju ke arah aku sambil membuat isyarat tangan menyuruh aku baling bola itu kepadanya. Tak tunggu lama lagi, aku baling sahaja bola itu kepadanya. Hayden menangkapnya dengan tangkas sekali. Hayden berlari ke arah tiang gol untuk menjaringkan bola. Hayden berjaya menjaringkan bola tersebut dan kumpulan kami berjaya mendapat skor yang pertama.

Perlawanan tetap diteruskan sehinggalah kami berjaya sampai ke tahap yang akhir, tinggal lagi beberapa masa sahaja lagi. Aku tidak pasti sama ada aku mampu ataupun tidak untuk menang perlawanan kali ini. Perlawanan kali ini agak sengit disebabkan pihak lawan main kasar. Mereka semua tidak mahu menyerah kalah. Ada beberapa orang pemain dari kumpulan kami yang tercedera disebabkan oleh mereka. Aku sebagai kapten mestilah aku buntu dan risau. Arasy nampaknya memang nak aku tahu yang dia betul betul maksudkan setiap patah perkataan yang keluar dari bibirnya.

Kami diberi masa selama 5 minit untuk berehat. Skor kami dengan pihak lawan tidak jauh beza pun tapi pihak lawan mendapat skor yang paling tinggi setakat ini. Aku memandang semua ahli kumpulan aku. Aku perlu memberikan semangat kepada mereka semua supaya mereka tidak berputus asa. Aku bangun dan memandang satu per satu wajah mereka semua.

"Aku tahu kau orang semua mesti hampir berputus-asa kan? Aku pun sama tapi kita kena buat yang terbaik untuk team kita. Untuk mengharumkan nama universiti kita kalau kau orang berputus-asa sekarang, macam mana kita nak menang?" aku dengar Hayden menyambung percakapan aku.

"Kau orang ingat tak? Dulu kita ni digelarkan sebagai team yang lemah sebab tak tahu cara main kasar tapi itu semua tak penting sebab kita main bola keranjang ni dengan tujuan untuk mengharumkan nama universiti dan tunjukkan pada mereka semua bahawa kita pun boleh menang tanpa gunakan cara yang kasar dan kotor," dia berhenti seketika dan memandang wajah aku untuk memberi aku peluang meneruskan percakapan.

"Jadi aku nak kau orang jangan berputus-asa sekarang. Tunjukkan pada mereka bahawa kita University of Clair De Lune boleh menang tanpa guna cara kasar dan kotor." aku lihat mereka semua sudah yakin kali ini. Bagus. Ini yang aku mahukan. Aku memandang wajah Hayden. Hayden menganggukkan kepala tanda faham.

"A?" Hayden menyoal. Itu adalah slogan untuk kumpulan kami.

"Team!" mereka semua menyahut dengan bersemangat sekali.

Setelah itu kami semua keluar dari bilik persalinan untuk menuju ke gelanggang semula dengan semangat yang berkobar-kobar. Aku tidak sabar mahu habiskan perlawanan ini.

Aku lihat Arasy sedang memerhatikan aku. Entah apa yang dia sedang fikirkan. Apabila mata kami bertentangan, dia tersenyum sinis melihat aku. Aku malas mahu melayannya. Aku terus pergi ke arah teammate aku.

Perlawanan bermula semula. Kami kena dapatkan skor yang tinggi supaya senang untuk mendahului team Arasy. Aku berlari untuk mendapatkan bola tetapi gagal kerana Arasy terlebih dahulu merebut bola tersebut dari teammate nya. Aku mendengus kasar.

Aku berlari ke arah lain untuk menghentikan Arasy dari menjaringkan gol. Aku lihat Arasy bergerak ke kanan dengan sangat pantas sehinggakan sukar untuk aku merampas bola itu darinya. Aku tidak berputus asa, aku memberi isyarat pada Hayden. Aku lihat Hayden berlari ke arah Arasy untuk mendapatkan bola dan waktu itu juga Arasy sudah membaling bola tersebut kepada teammate nya. Hayden melompat sedikit dan menangkap bola tersebut. Setelah berjaya dia berlari ke arah aku untuk memberikan bola tersebut kepada aku. Aku tidak tunggu banyak masa lagi. Aku terus berlari ke arah tiang gol dan menunggu Hayden untuk membaling bola itu pada aku.

Tiba-tiba sahaja Arasy muncul disebelah Hayden. Entah dari mana dia muncul. Arasy merampas bola tersebut dari tangan Hayden. Arasy memandang wajah aku untuk seketika dengan pandangan yang sukar ditafsir. Adakah dia sedang merancang sesuatu tanpa pengetahuan aku? Atau mungkin dia sudah bersiap-sedia untuk membunuh aku?

Tanpa aku sedar Arasy sudahpun membaling bola tersebut ke arah aku dengan pantas. Bola itu terkena muka aku dan aku jatuh tersungkur ke belakang. Pandangan mata aku mulai kabur. Entah apa yang sedang terjadi aku tidak dapat berfikir. Kepala aku sakit dan berdenyut-denyut. Aku sukar untuk bernafas.

Kali terakhir yang aku dengar adalah wisel ditiup oleh pengadil dan suara orang disekeliling aku mula hilang. Aku pejamkan mata untuk seketika. Berharap yang semua ini adalah mimpi apabila aku bangun nanti dan tanpa sedar aku sudah tidak sedarkan diri.

Aayan Arwisy ; Mr Cafe Barista (OG)Where stories live. Discover now