Bab 3

87 21 0
                                    

Arwisy p.o.v

Setelah gadis itu pergi aku nampak kelibat kawan aku, Hayden. Hayden sedang menahan tawanya dari meletus. Entah apa yang kelakar bagi dia pun aku tidak pasti.

"Apa yang kelakar sangat huh?" aku memandangnya.

"Tak adalah, cara kau bergaduh dengan pelanggan tu dan cara kau layan pelanggan tu nampak macam kelakar." selamba dia berkata.

"Bagi aku biasa je. Tak ada pulak aku mengorat dia bagi ayat manis seperti dalam drama." sambil-sambil itu tangan aku sibuk mengelap kaunter yang penuh dengan debu.

"Arwisy, kau tahu apa? Aku ni kawan kau tau. Aku boleh nampak apa yang orang lain tak boleh nampak."

"Nampak apa pulak ni?" aku memandangnya dengan pandangan yang penuh persoalan di dalam kepala.

"Aku dapat rasakan yang tahun ni aku bakal makan nasi minyak dari kau." setelah berkata begitu dia terus ketawa.

Wah wah! Ke situ pulak dia fikir. Banyak handsome muka dia. Aku terus menggelengkan kepala.

"Kau ni kalau tak fikir tentang kahwin memang tak sah eh?" aku menyoalnya.

"Eh biarlah, okay apa aku fikir tentang perkahwinan kau sebab aku tahu yang kau ni bukan sejenis fikir tentang semua benda ini Arwisy." dia sudah mula mengeluarkan auta dan fakta dia mengenai aku.

"Aku ni bukan kenal kau sehari dua. Aku kenal kau dah 3 tahun walaupun 3 tahun itu singkat tapi aku rasa macam dah berkawan lama dengan kau Arwisy," dia memandang wajah aku.

"Lagi satu, kawan mana je yang tak nak tengok kawan dia bahagia? Mestilah aku nak tengok! Lagi lagi perangai macam kau ni yang memang tak fikir tentang cinta, asyik fokus pada kerjaya je."

Aku mengeluh. Hayden memang tahu yang aku ni bukanlah sejenis fikir tentang cinta malah jauh sekali nak fikir. Cinta? Untuk apa? Untuk sakitkan hati aku? Baik aku laburkan duit aku pada game atau barang-barang kereta dan motor, lagi seronok.

"Ha tengok tu! Aku tengah sibuk ceramah kau tentang cinta ni yang kau sibuk fikir tentang hal lain kenapa? Dengar ke tidak aku cakap apa ni Arwisy." Hayden menggoncangkan tubuh aku beberapa kali.

"Ish! Ya aku dengarlah ni aku belum pekak lagi." aku menjeling Hayden tajam. "Dari aku layan kau, ada baiknya aku siapkan apa yang patut sebab sekejap lagi cafe nak dibuka semula break hour nak habis." aku meninggalkan Hayden keseorangan di kaunter.

Hanisya p.o.v

Aku mendengus kasar lalu aku terus keluar dari cafe itu sebab kalau duduk lama-lama dalam cafe itu nanti aku risau cafe itu akan meletup disebabkan aku. Aku berjalan untuk menuju ke arah kereta aku yang diparkir tidak jauh dari cafe tersebut. Setelah berjaya masuk ke dalam kereta, aku terus menjerit untuk melepaskan rasa geram yang terbuku di dada. Tak guna punya mamat bermulut puaka!

Raisyia disebelah aku begitu terkejut sekali apabila melihat perangai aku yang berubah serta-merta.

"Hey babe! Kau ni kenapa? Cuba cerita dekat aku apa yang terjadi." pujuknya dengan nada yang tenang.

"Tak adalah! Tadi ada mamat bermulut puaka mana entah pekerja cafe itu aku rasa. Dia biarkan aku jatuh atas lantai!" akhirnya aku luahkan jugak rasa ketidakpuasan hati ini.

"Oh my god babe! Kenapa dia buat macam tu dekat kau? Dia tak tahu ke yang baju kau ni baju mahal dan yang paling penting kau baru beli!"

"Itulah yang membuatkan aku rasa geram sangat-sangat dengan dia! Rasa nak patah-patah kan gigi dia lepastu nak cincang daging dia jadi 24 bahagian!" aku genggam stereng kereta untuk melepaskan amarah aku pada mamat itu.

"Okay babe calm down, kau tak boleh macam ni. It's not good for your health." Raisyia cuba untuk menenangkan aku.

Aku tarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya dengan lembut, betul kata Raisyia. Aku tak boleh begini kerana tidak bagus untuk kesihatan aku. No stress stress! Kalau stress nanti kulit berkedut macam orang tua. Itulah yang kami fikir.

"Okay now kita nak buat apa? Aku lapar ni, kau ada idea nak makan dekat mana?" aku memandang wajah Raisyia. Berharap sangat dia dapat membantu untuk menyelesaikan masalah aku yang satu ini.

"Apa kata kita makan dekat satu restoran ni? Ada satu restoran ni baru bukak." dia memberi cadangan.

"Dekat mana restoran tu?" aku menyoalnya dan bersiap sedia untuk memandu ke destinasi kami.

"Tak jauh mana pun adalah dalam 5 minit perjalanan?" dia seperti ragu-ragu. Dia menggaru pipinya yang tidak gatal.

"Kau betul betul lah Raisyia Amani. Ada yang kena tinggal sekejap lagi nanti." aku sudah mula hilang sabar. Orang perempuan kalau lapar janganlah di ajak main. Nanti silap haribulan, ada kepala manusia yang hilang.

"Actually kan babe," dia memandang wajah aku dengan mimik muka kesian. Aku dapat mengagak apa yang bakal keluar dari mulut dia sebentar lagi.

"Aku lupa sebenarnya restoran tu dekat mana." dia tayang senyuman dia yang tak berapa nak comel itu. Ya, tak comel sebab aku tengah tahan lapar memang tak aku nak puji kawan aku pada waktu sebegini.

"Kau kan-" aku rasa nak cekik manusia sekarang ini. Nasib baiklah aku masih ada sikap berperikemanusiaan kalau tidak memang arwah kawan aku yang seorang ini.

Aku malas mahu melayannya lebih baik aku meneruskan perjalanan kami. Biar hilang dari bumi ini pun tak apa, sekurang-kurangnya insaf sikit kawan aku dekat sebelah ini.

Aayan Arwisy ; Mr Cafe Barista (OG)Where stories live. Discover now