Bab 4

66 20 0
                                    

Hari ini merupakan hari perlawanan bola keranjang yang ditunggu-tunggu oleh aku kerana sudah sekian lama aku tidak bermain bola keranjang bersama kawan-kawan aku yang lain termasuklah, Hayden.

Ramai pelajar yang datang berkunjung ke gelanggang untuk melihat perlawanan yang bakal berlangsung sebentar sahaja lagi. Aku agak gemuruh dan gementar kerana ramai para gadis yang akan saksikan aku berlawan untuk hari ini. Siapa je yang tak gementar? Gelanggang ini sahaja sudah penuh dengan para gadis, manakala para lelaki? Batang hidung pun susah nak nampak.

Persetankan semua itu, aku mahu fokus untuk perlawanan kali ini kerana aku ialah kapten pasukan ini dan sudah semestinya semua mengharapkan aku untuk buat yang terbaik sekaligus dapat mengharumkan nama universiti kami ini. Universiti kami ini boleh dikatakan universiti yang paling banyak menang perlawanan bola keranjang dan yang pastinya berterima kasih pada aku. Aku bukan sahaja kapten, malah aku jugak sebahagian daripada para pemain yang boleh dikatakan amat penting.

Sedang aku leka menyalin pakaian tiba-tiba ada seorang pemain dari universiti lain datang ke arah aku. Aku memandang ke arahnya. Arasy Naufal. Kawan lama aku merangkap musuh aku sekarang ini. Macam mana dia boleh tahu aku ada dekat sini?

"Aayan Arwisy," dia menyebut namaku.

"Arasy Naufal," aku menyebut namanya.

"It's been a long time since we haven't met each other." dia menyandarkan belakang tubuhnya di almari besi sambil berpeluk tubuh memandang wajah aku.

"Dan siapalah agaknya yang putuskan hubungan persahabatan kita?" sengaja aku mahu mencabarnya.

Dia senyum sinis lalu dia menegakkan tubuh badannya dan berdiri di hadapan aku sambil merenung ke dalam anak mata aku. Renungan itu penuh dengan dendam dan juga marah.

"Jangan berpura-pura tak tahu Arwisy. Jangan ingat kau boleh terlepas. Kau! masih dibawah pantauan aku." katanya dengan nada yang tidak berpuas hati.

"Kau masih tak boleh lupakan kejadian 5 tahun lepas Arasy?" aku menyoalnya kesal.

"Tak! Mana mungkin sesenang itu untuk aku lupakan kejadian 5 tahun yang lepas Arwisy!" kemudian dia menumbuk almari besi yang berada dekat dengannya untuk melepaskan amarah.

"Arasy.. aku..," aku menghela nafas.

"Kau masih boleh hidup dengan aman dan damai setelah apa yang terjadi Arwisy?! Kau tak fikir ke tentang aku?! Tentang perkara itu?!" dia memegang kolar baju aku lalu dia menghempaskan tubuh badan aku di almari besi tersebut dan wajahnya sangat bengis ketika ini.

"Arasy! Kau sedar tak apa yang kau buat ini?!" aku menjerit dan menahan rasa sakit yang kurasakan di belakang tubuhku saat ini. Sedaya upaya aku cuba untuk redakan kemarahan Arasy.

"Sudahlah Arwisy! Jangan berpura-pura baik sedangkan kau lah manusia paling kejam aku pernah jumpa dan semudah itu kau melupakan hal yang terjadi diantara kita 5 tahun yang lepas!" dia menjerit di hadapan wajahku. Tidak aku sangka dia masih tidak mahu lupakan tragedi hitam yang terjadi diantara kami berdua.. atau mungkin patut aku cakap kami bertiga?

"Arwisy! Arasy!" jeritan Hayden itu mematikan lamunan aku buat seketika dan serta merta cengkaman tangan Arasy pada kolar baju aku dilepaskan oleh Hayden.

"Apa kau buat ini Arasy?! Tak faham ke aku cakap jangan ganggu hidup Arwisy lagi kan? Kau patut pergi, teammate kau sedang cari kau." aku lihat Arasy memandang wajah aku untuk seketika sebelum dia benar-benar meninggalkan aku dan Hayden berduaan di bilik persalinan ini.

"Hay.. aku..," aku tidak mampu ungkapkan sepatah kata pun. Aku buntu dan terkejut. Sudah lama aku tidak bersua muka dengan Arasy dan kini dia datang kembali untuk menganggu hidup aku? Tak cukupkah apa yang aku dah buat untuk dia 5 tahun yang lepas? Aku meraup wajah aku. Kesal.

"Arwisy, perlawanan dah nak bermula kalau kau hilang fokus nanti susah kita nak menang kali ini." Hayden mengingatkan aku bahawa masih ada perlawanan bola keranjang yang perlu diselesaikan. Aku menganggukkan kepala tanda faham.

"Aku tak tahu apa yang Arasy itu nak pada kau tapi fikirkan perkara itu kemudian. Aku nak kau fokus dulu untuk perlawanan ini, boleh?" Hayden menyoalku. Seraya itu dia menepuk bahu aku untuk memberikan semangat.

Aku memandang wajah Hayden dan menghadiahkan senyuman nipis buatnya untuk menyakinkannya bahawa aku baik-baik sahaja.

Kau yakin kau baik baik sahaja Arwisy? soal bisikan hatiku.

Hanisya p.o.v

Mana dia ini? Lama betul nak datang
Janji melayu betul lah kawan aku yang seorang ini. Oh! jangan tanya kawan yang mana yang penting bukan si Raisyia Amani tu. Ini kawan aku yang sama bidang pelajaran. Senang cerita aku ini orang yang peramah dan suka buat kawan. Dimana ada Hanisya, disitu ada gosip.

Aku mengerling jam di pergelangan tangan kanan aku. Tolonglah cepat! Aku sudah tidak sabar mahu menyaksikan perlawanan bola keranjang antara universiti kami dan universiti yang lain.

"Maaf lambat!" panjang umur inilah kawan aku, Aayin. Dia ini memang manusia yang paling lambat sekali. Kami semua sudah berjanji mahu datang pada pukul 3 tetapi dia boleh pula lenggang kangkung datang pada pukul 4. Agaknya kalau ada gempa bumi pun, dia masih boleh tidur dengan nyenyak sambil di ulik mimpi yang indah.

"Ah sudahlah kau! Jum masuk kita dah lambat ni." aku menarik pergelangan tangannya dengan kasar. Peduli apa aku kalau dia masih mahu hirup oksigen. Gara-gara dia berlari tadi untuk datang ke sini, dia sudah kekurangan oksigen.

Kami mengambil tempat duduk yang paling hadapan sekali, senang sikit nak cuci mata. Sementara menunggu waktu perlawanan bermula, aku ambil kesempatan ini untuk melihat keadaan sekeliling. Yelah aku ini bukannya gemar sangat mahu datang ke gelanggang ini. Aku tidak minat bersukan malah jauh sekali hendak bersukan. Gelanggang ini boleh dikatakan besar jugak, boleh muat kira-kira 2000 orang pelajar? Tapi aku rasa itu sedikit sahaja, tidaklah sebesar stadium. Tidak hanya itu, aku lihat gelanggang ini penuh dengan penonton. Siapa lagi kalau bukan penonton para gadis? Sudah pastinya mereka mahu cuci mata seperti aku.

Sedar tak sedar perlawanan pun sudah bermula. Aku bersorak dan memberikan sokongan padu kepada pasukan universiti kami. Sudah tentu aku menyokong mereka kerana mereka tidak pernah main kotor. Tak macam universiti lain yang sering main kotor semata-mata untuk menang tapi pada akhirnya mereka kalah jugak. Memburukkan nama universiti sahaja.

Ketika ini entah mengapa mata aku dapat menangkap kelibat seseorang yang aku kenali. Atau mungkin seseorang yang memang aku pernah kenali? Aku mengecilkan mata aku supaya aku dapat melihat dengan lebih jelas tapi malangnya dia bergerak dengan sangat pantas. Menyukarkan aku untuk melihatnya.

"Eh Aayin! Kau kenal tak mamat yang pakai baju nombor 10 tu?" aku menyoal Aayin yang berada disebelah aku. Aku lihat dia sedang sibuk menangkap gambar. Entah gambar siapa dia ambil.

"Baju nombor 10 tu?" dia memandang wajah aku untuk meminta kepastian.

Aku menganggukkan kepala.

"Kenal, kenapa?" dia menyoal aku kembali.

"Tak adalah, aku rasa kan aku pernah nampaklah mamat tu. Tapi dekat mana ya?" aku cuba untuk mengingatinya kembali tapi sukar kerana aku tidak dapat mengecam wajah tuan empunya badan.

"Kau suka dia ke?" Aayin mencuit pinggang aku.

"Hey! Baik sikit eh, tak ada masa aku nak suka dekat entah siapa-siapa. Semua orang dekat universiti ini tidak kena langsung dengan citarasa aku." aku menyandarkan belakang tubuh badan aku di kerusi.

"Kau memang, semua orang kau tak nak. Entah citarasa macam manalah yang kau berkenan di hati itu. Aku tertanya-tanya juga." Aayin menggelengkan kepalanya. Mungkin sudah penat mahu melayan karenah aku yang banyak songeh.

Malasnya mahu bahas tentang isu ini, nantilah aku cerita dekat dia. Sekarang ini misi aku cuma satu iaitu aku mahu kenal dengan mamat yang berbaju nombor 10 itu!

Aayan Arwisy ; Mr Cafe Barista (OG)Where stories live. Discover now