Hari ke 10 Ramadhan.
Aku mula mengemas barang-barang untuk berangkat pulang ke kolej kediaman. Memanglah aku kata aku dapat cuti sakit 2 hari sahaja tapi aku rasa ini dah melebih dari dua hari. Tapi tak mengapalah. Janji aku dapat luangkan masa bersama mama dan Aayin lebih lama sedikit untuk melepaskan rindu.
Setelah selesai mengemas barang, aku mengangkat beg-beg tersebut untuk diletakkan di dalam bonet kereta. Aku menutup bonet kereta tersebut apabila selesai menyusun barangan dan pergi ke arah mama untuk bersalaman dengan mama. Kena ambik berkat dahulu, takut nanti terjadi apa-apa tak sempat nak meminta maaf.
"Mama.. Aisy pergi dulu. Hati-hati duduk rumah tu, jangan lupa jaga kesihatan mama sekali kalau ada apa-apa call Aisy cepat. Jangan tunggu dah terlantar dekat hospital baru nak beritahu." aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan mama. Tak lupa juga untuk memberi pesanan kepada mama kerana aku tahu mama itu kadangkala lupa akan perkara tersebut.
"Hati-hati memandu kereta tu. Jangan bawak laju-laju sangat, ingat tu Aisy. Nyawa Aisy tu bukannya ada 9 macam kucing." mama memberi pesanan kepada aku jugak. Tahu yang aku ni kalau dah memandu macam nak tempah batu nisan awal-awal.
"Alah mama ni. Aisy memandu perlahan je lah mana ada laju," aku sengaja mahu menutup kesalahan sendiri haha.
"Dah pandai buat alasan. Sejak bila pandai buat alasan ni? Setahu mama.. Aisy tak pandai buat alasan," mula dah tu.. tak lain tak bukan nak mengusik anaknya sendiri.
"Mama ni..," aku menggosok belakang leher aku sendiri. Rasa janggal.
Lalu aku berdehem.
"Mama ingat.. bulan puasa ni tak elok menuduh orang sesuka hati tau ha. Kurang pahala mama nanti." aku sengaja nak usik mama. Tapi lain pulak yang jadi.
"Budak ni! Pandai menjawab!" mama mencubit lengan kiri aku dengan sangat kuat. Aduh! Terasa bisanya woo.
"Nak gurau sikit pun tak boleh." aku sengaja nak acah merajuk dengan mama. Macam mintak penampar pun ya.
"Dah pergi cepat kalau lambat gerak, nanti lagi lambat lah nak sampai ke kolej kediaman tu. Susah nanti," mama sudah mula membebel. Agaknya dia meluat kot tengok anaknya merajuk macam orang pondan. Geli tekak dengan kembang tekak.
"Nak bermanja lama sikit pun tak boleh ke mama?" aku menyoal mama. Tak lupa jugak buat nada sedih.
"Aisy ni, ada jugak mama cubit kamu lagi sekali nanti kang." mama sudah memberikan aku jelingan maut. Alahai mama ni. Tak sporting langsung.
Aku sengih sambil menunjukkan barisan gigi yang cantik tersusun rapi. Gigi aku tak kuning ya, siapa cakap kuning tak ada duit raya untuk korang.
"Okaylah mama Aisy gerak dulu lepastu nak kutip si Hayden tu pulak. Bising orang tua tu nanti kalau ambik dia lambat." seusai mencium tangan mama, aku berjalan untuk menuju ke arah kereta aku yang sudah bersiap sedia diparkir di luar rumah.
Mesti ramai yang heran, bukan Aayin satu universiti dengan aku ke? Ya memang tapi budak tu awal-awal lagi dia dah tolak pelawaan aku untuk balik bersama-sama. Katanya dia mahu balik sekali dengan Hanisya. Hanisya? Sudah sekian lama aku tak berjumpa dengannya. Maklumlah, aku sibuk dan dia pun sama. Jadi peluang untuk kami berjumpa itu sangatlah tipis. Aku pula, aku tak ada nombor telefon Hanisya. Bagaimana aku nak menghubunginya dan berjumpa dengannya?
Aku memulakan pemanduan setelah selesai membaca doa dan bismillah. Bismillah itu penting ya kawan-kawan. Sebelum nak memulakan sesuatu perkara, jangan lupa baca bismillah. Terutama sekali waktu makan. Aku tahu didalam kalangan orang-orang kita ni lupa nak baca bismillah kadang-kadang. Bila dah nampak makanan di depan mata, lupa sudah mahu membaca doa makan dan bismillah.
Aku memandu kereta untuk pergi ke rumah Hayden. Dia sekarang ini sedang berada di rumah ibunya. Katanya, sudah lama tidak berjumpa dan ya memang benarlah apa yang dia katakan itu. Disebabkan kami jarang mendapat cuti, assignment pulak bertimbun seperti tiada hari esok. Terpaksalah menangguh untuk pulang ke rumah ibu bapa dan fokus pada kerja yang perlu disiapkan dalam masa yang terdekat. Tapi orang tua tu dia mana ada dapat cuti sakit. Aku seorang je yang dapat cuti sakit. Dia sesat. Sakit apa pun tak tahu orang tua tu. Sakit otak agaknya.
Aku hanya mampu menggelengkan kepala apabila mendengar jawapan yang sangat tidak masuk akal dari dia. Nak tahu alasan dia apa? Dia seronok jaga orang yang sedang sakit. Podah! Dia mana ada jaga aku, mama dan Aayin yang jaga aku. Dia? Tolong menambahkan lagi sakit aku adalah. Sakit kepala layan orang tua tu.
Sedar tak sedar, dah sampai depan rumah orang tua ni. Aku membunyikan hon sebagai tanda aku sudah sampai di hadapan rumahnya. Dia tu pekak sikit, orang sebelah panggil pun tak dengar dia tu. Aku menyandarkan belakang tubuh aku pada kerusi kereta. Nak tunggu dia bersiap. Sambil-sambil itu aku boleh dengar lagu dekat radio. Sedang leka aku mendengar perbualan di corong radio, aku tidak ternampak seseorang.
Aku mengecilkan mata aku supaya dapat melihat dengan lebih jelas. Memang sah itu dia. Aku hanya memerhatikan mereka dari dalam kereta sahaja kerana aku tidak mahu membuat keputusan yang terburu-buru. Parah jadinya nanti. Takut kantoi pulak kalau aku main serbu je. Mana Hayden ni lama betul lah, macam orang perempuan bila bersiap.
Aku menoleh ke arah kiri dan kanan untuk memastikan Hayden siap pada tepat waktunya. Panjang umur. Aku sudah nampak batang hidung kawan aku.
"Kau buat apa? Berak ke? Lama betul lah," aku menjelingnya.
Dia hanya sengih.
"Maaflah bro. Tadi aku cari kasut kegemaran aku tu yang lama sikit tu," dia menjelaskan perkara tersebut kepada aku. Ah sudahlah. Aku dah tayar hati.
"Yelah. Dah cepat pakai tali pinggang keledar tu." aku mengarahkannya supaya memakai tali pinggang keledar. Bukan apa, risau nanti ini adalah kali terakhir untuk dia hidup serta bernafas. Jadi sebagai kawan yang baik, aku pun suruh dia pakai tali pinggang keledar.
Setelah Hayden memakai tali pinggang keledar, aku memecutkan kereta untuk mengekori dua orang yang aku kenali. Aku mesti kena tahu diaorang hendak pergi ke mana kalau tidak melepas lah aku nanti. Dan yang paling penting, kenapa Hanisya ada dengan orang tersebut? Adakah mereka saling mengenali antara satu sama lain? Adakah mereka menyorokkan sesuatu daripada pengetahuan aku?
YOU ARE READING
Aayan Arwisy ; Mr Cafe Barista (OG)
RomanceRahsia? Dia telah menyimpan satu rahsia yang paling besar dalam hidup dia. Tiada siapa tahu apa yang telah terjadi pada 5 tahun yang lepas. Di mana kejadian tersebut telah mengubah nasib hidup Aayan Arwisy 100%. Dia ditangkap dan dituduh membunuh s...