Arwisy p.o.v
Akhirnya aku sudah boleh keluar dari hospital ini. Aku rimas duduk sini sebab asyik kena terperap. Tak boleh jalan jauh sangat. Kena pantau seolah-olah aku ni baru je kena lenyek dengan lori.
Sudah 2 hari aku tidak nampak kelibat Hanisya. Ke mana agaknya dia menghilang? Memang dia dah tak sudi nak jenguk aku sebab aku halau dia ke? Aku mengeluh. Aku mengemas barang yang patut untuk dibawa pulang sebentar lagi.
Sedang leka aku mengemas tiba-tiba aku terdengar satu ketukan di pintu wad. Aku memandang ke arah pintu tersebut. Siapa agaknya yang datang? Tak akan Aayin.
"Masuklah pintu tak kunci pun," aku mempelawanya masuk.
Aku lihat ada seorang jejaka di depan pintu wad aku. Boleh tahan kacak jugak dia ini. Ya jejaka, kau orang tak salah baca. Tapi siapakah dia?
"Kau siapa?" aku menilik tubuh badan dia dari atas sampai bawah. Heran sebab aku tak pernah kenal dengan dia dan tidak tahu siapakah dia.
"Aku Fayyadh. Fayyadh Dzulfahmi. Aku kawan Hanisya. Dia cakap dia nak tolong kau mengemas hari ini, jadi dia bawak aku datang sini jugak."
Aku menganggukkan kepala tanda faham.
"Mana Hanisya?" aku mencari kelibat Hanisya tetapi hampa. Dia tiada.
"Kejap lagi dia sampai, dia tengah uruskan bil hospital." Fayyadh memberi tahu aku.
"Bil hospital? Dia bayarkan?" aku memandang wajah Fayyadh dengan riak muka yang tidak percaya.
Dia menganggukkan kepalanya.
Aku mengeluh dan terus keluar dari wad tersebut untuk mencari Hanisya.
Hanisya p.o.v
Selesai sahaja mendapatkan resit aku terus memusingkan tubuh badan aku untuk menuju ke wad Arwisy. Tapi entah mana silap aku, muka aku terlanggar satu benda yang keras. Benda keras itu sedang berada dihadapan aku. Sedang merenung wajah aku seperti mahu telan aku hidup-hidup. Aku mendongak untuk memandang wajahnya dan ternyata dia adalah Arwisy.
"Arwisy," aku tidak sangka dia tahu keberadaan aku. Nasib baik jantung aku masih berfungsi. Mesti Fayyadh yang memberi tahu dia. Memang nak kena Fayyadh ni.
"Apa awak buat dekat sini?" aku menyoalnya.
"Apa aku buat dekat sini? Kau tu, kenapa kau sibuk nak bayarkan bil hospital aku?" tanyanya dengan suara yang dingin.
"Saya cuma nak tolong awak je Arwisy."
"Tolong? I don't need your help Hanisya. Cukuplah aku dah susahkan kau sebab kau dah bawak aku ke hospital masa aku tengah tidak sedarkan diri." dia mengeluh.
"Itu cuma perkara kecil je Arwisy," aku cuba untuk menjelaskannya tapi dia lebih pantas memotong percakapan aku.
"Hanisya.. berapa kali aku nak kena ulang untuk bagi kau faham ni?" dia merenung ke dalam anak mata aku. Warna matanya.. cantik. Bersinar. Mungkin sebab cahaya matahari yang sedang terpancar di hadapan wajah dia sekarang ini. Sehinggakan aku boleh melihat warna anak mata Arwisy.
Aku terpaku seketika. Hanisya tolonglah jangan buat perangai miang kau dekat sini. Aku berdehem dan memandang wajah dia semula.
"Saya nak tolong awak pun salah ke Arwisy?" aku menyoalnya sambil berpeluk tubuh. Berani membalas pandangan matanya.
Dia mengeluh sekali lagi. Kenapa dia kerap mengeluh ni? Ada sesuatu yang menganggu fikiran dia ke sewaktu aku tinggalkan dia selama 2 hari?
"Ada sesuatu yang menganggu fikiran awak ke Arwisy?" aku lihat reaksi mukanya begitu terkejut. Mungkin terkejut sebab aku dapat membaca air mukanya. Air mukanya jelas sekali sedang menunjukkan kerisauan. Risau tentang apa pun aku tidak pasti.
"Kalau awak nak meluah-," tidak sempat aku mahu menghabiskan ayat, dia sudah dahulu menyambung percakapan aku.
"Aku tak nak dan tak akan beritahu orang lain tentang masalah yang sedang aku hadapi. I can face it alone." dia memberi jaminan bahawa dia boleh menghadapi masalah itu dengan sendiri.
Giliran aku pula yang mengeluh.
"Awak, saya tak habis cakap lagi kan. Awak ni memang suka potong percakapan orang ke?" geram aku dengan dia ini. Rasa nak cubit.
"Siapa suruh kau cakap lambat sangat." dia menjeling aku.
"Awak tu yang tak reti sabar." aku tidak mahu kalah. Cari modal nak bergaduh ditengah-tengah hospital ni.
"Aku yang kena pulak?" dia memandang wajah aku semula. Seolah-olah tidak percaya aku menyalahkannya.
"Ya sebab awak itu tak ada kesabaran dalam diri. Semua nak kena cepat je. Inilah lelaki, dah lah jalan pun cepat. Mentang-mentang kaki mereka tu panjang macam galah." entah kenapa aku mula membebel dihadapannya. Mungkin sudah geram sangat.
Dia ketawa kecil apabila mendengar aku membebel. Apa yang kelakar sangat?
"Mulut kau ni memang tak boleh nak berhenti dari bercakap atau membebel ke? Macam mulut murai." dia mengutuk aku pulak.
"Ooh mulut murai kalau saya diam selama setahun jangan tanya saya kenapa!"
Aku terus melanggar bahu dia dan meninggalkan dia keseorangan di kaunter hospital itu. Sakit hati. Sikit sikit mulut murai, mulut murai inilah yang banyak menolong dia tahu? Aku dengar dia menjerit memanggil nama aku dari belakang. Aku buat tak endah. Lantak kau lah situ.
Belum sempat aku nak membelok ke arah kanan, pinggang aku ditarik secara kasar dari belakang dan hampir menyebabkan aku jatuh tersungkur. Nasib baik ada tangan kekar yang sedang mengelilingi pinggang aku. Dia menyelamatkan aku daripada terjatuh. Sekali lagi. Aku memandang wajahnya. Dia memandang wajah aku. Seperti Deja Vu.
Dia membantu aku untuk berdiri. Nasib baik dia tak lepaskan aku untuk jatuh diatas lantai kali ini. Aku membetulkan baju aku.
"Maaf cik saya tak nampak cik tadi," kata seorang pakcik tua. Pakcik itu meminta maaf pada aku sebab dia sedang menolak troli yang penuh dengan ubat-ubatan. Aku senyum padanya.
"Tak apa pakcik, salah saya. Saya yang lalai." aku memberitahunya.
Pakcik itu senyum lalu dia kembali untuk menyambung tugasnya yang tergendala akibat ada aksi kuch kuch ho taehyung. Aku memandang wajah Arwisy.
"Jumlah kita dah lambat ni." aku jalan terlebih dahulu untuk menuju ke arah wad Arwisy.
Aku haraplah dia tak ungkit tentang kejadian tadi sebab aku tak nak malu 7 keturunan! Habislah aku kalau dia ungkit nanti.
YOU ARE READING
Aayan Arwisy ; Mr Cafe Barista (OG)
RomanceRahsia? Dia telah menyimpan satu rahsia yang paling besar dalam hidup dia. Tiada siapa tahu apa yang telah terjadi pada 5 tahun yang lepas. Di mana kejadian tersebut telah mengubah nasib hidup Aayan Arwisy 100%. Dia ditangkap dan dituduh membunuh s...