Bab 12

101 8 1
                                    

Aku telah mengekori kereta tersebut dari belakang untuk memastikan mata aku tidak salah melihatnya. Lagi-lagi bila seseorang yang aku kenali ada bersamanya, lagilah aku risau. Risau? Betulkah kau risau Arwisy? Hati aku mula berbisik.

Setibanya aku dihadapan sebuah rumah yang aku sendiri tidak pasti siapakah empunya rumah tersebut, aku mengambil keputusan untuk menunggu sahaja didalam kereta untuk sementara waktu. Aku tak nak ada sesiapa yang nampak kelibat aku dan Hayden. Belum tiba masanya lagi. Aku menoleh ke arah kiri untuk melihat reaksi Hayden. Riak mukanya jelas sekali sedang keliru. Mungkin dia tertanya-tanya, rumah siapa yang aku pergi ni? Aku sendiri tidak tahu.

"Aisy, kau bawak aku pergi mana ni? Kata nak balik kolej, ni dah sesat ni. Ini bukan kolej," dia memandang sekeliling kawasan itu. Mungkin sedang menganalisis ini kawasan apa dan dimana?

"Aku nak periksa dan pastikan sesuatu kejap," aku berkata sedemikian kepadanya agar dia faham mengapa dan kenapa aku dan dia boleh berada disini.

"Periksa dan pastikan apa pulak ni? Kau bukannya kenal pun orang yang kau ekori tu." Hayden mula merungut.

"Ish sabarlah!" aku menjelingnya.

Susah betul kalau ada kawan yang banyak bunyi ni. Bukan apa, kadangkala mulut Hayden ni boleh tahan jugak. Macam makcik-makcik pun ada. Aku melihat dua kelibat manusia tersebut keluar daripada kereta yang dinaiki oleh mereka berdua sebentar tadi. Salah satunya adalah Hanisya. Hanisya buat apa disini? Mengapa dia ada bersama dengan Arasy? Apa yang mereka telah rancang? Aku mesti kena ambil tahu.

Aku menggenggam jari-jemari sendiri sehingga menjadi penumbuk. Betapa bencinya aku apabila melihat Arasy bermesra dan ketawa bersama dengan Hanisya. Aku mendengus kasar. Kau cemburu ke Arwisy? Hati aku menyoal tuan empunya badan sekali lagi. Aku tergamam. Betulkah? Aku.. cemburu? Aku menggelengkan kepala sebagai tanda tidak setuju.

Hayden disebelah aku mengetuk bahu aku.

"Hoi! Kau dah kenapa? Geleng gelengkan kepala sendiri, gila ke apa?" dia memandang wajah aku untuk meminta kepastian.

Aku berdehem. Aku tak nak Hayden tahu tentang perasaan yang aku sendiri tidak pasti sama ada betul aku sudah jatuh cinta dan dilamun cinta ataupun tidak.

"Kau tunggu sini jaga kereta, boleh?" aku memandang wajahnya.

"Kenapa pulak? Aku pun nak ikut," dia membantah.

"Tak boleh. Kau kena duduk dalam kereta ni dan jaga kereta ni supaya kereta kesayangan aku ni tak calar atau rosak. Faham?" aku memberi arahan persis seorang cikgu.

Hayden mengeluh dan mula membebel seorang diri. Lambat-laun dia menganggukkan kepala tanda setuju.

"Good." aku mula keluar dari kereta secara perlahan-lahan dan menutup pintu kereta dengan perlahan. Tak nak membuat sembarang bunyi pun. Aku mesti berhati-hati kalau tidak keberadaan aku akan diketahui oleh mereka berdua.

Aku mengekori mereka dari belakang. Mereka mula menapak masuk ke dalam rumah tersebut dan aku jugak melakukan hal yang sama. Satu per satu anak tangga aku naiki. Sehinggalah tiba di suatu ruangan. Dari pandangan aku, apa yang aku boleh katakan ruangan ini seperti ruangan rahsia. Untuk apa? Aku sendiri tidak pasti. Aku memandang sekeliling rumah ini. Boleh tahan besar dan mewah. Dekorasi dalam rumah ini tidaklah terlalu menonjol sangat. Rumah ini jugak sunyi sepi, sepertinya tiada penghuni.

Aku menangkap bunyi orang yang sedang bercakap. Yang pastinya itu suara Hanisya dan jugak suara Arasy. Aku mengambil keputusan untuk mendengar perbualan mereka. Aku mesti tahu tujuan mereka ke sini dan apa yang sedang mereka rancangkan. Aku mengintai mereka dari celahan pintu yang terbuka sedikit. Dari situ aku boleh nampak Hanisya serta Arasy.

Aayan Arwisy ; Mr Cafe Barista (OG)Where stories live. Discover now