BAB 7

685 25 4
                                    

"Lambat betul! kau tahu tak dah setengah jam aku tunggu kau?!" dia hanya diam sahaja menerima tekingan daripada pelanggannya itu.Memang salah dia pun,sebab lalai

Tapi dia bukan saja,nak hantar lambat. Dia tak cukup tangan mahu melakukan semua kerja yang ada di kedai

"Aku dari lapar tadi terus jadi kenyang,tunggu kau tahu tak!?" ternaik bahu dia apabila menerima tekingan itu lagi.Tapi dia sudah terbiasa jadi tak rasa mahu menangislah.Dah berapa banyak kali dia ditengking dengan Kakaknya sendiri.Nasib ada abangnya yang mampu menenangkan hati dia

"Macam manalah kau buat kerja?! ni,kek aku ni dah lah terbalik" naik hangin dia apabila melihat keknya yang sudah hancur sedikit itu

"Apa yang bising-bising ni" naik pusing dia apabila mendengar suara tekingan dari meja staffnya itu

Dan apabila dia masuk.Dia sudah melihat bakal adik iparnya itu ditengking

Panas hati dia apabila adik pada wanita yang dia sayang itu dimarahi oleh pekerjanya

"Eh boss?" wajah lelaki itu sudah ketakutan

"Saya tanya,apa yang bising sangat dari tadi" nadanya tidaklah tinggi namun masih terselit ketegasan

"Saya minta maaf.Saya bising sebab dia ni hantar makanan lambat.Setengah jam saya tunggu" jari telunjuknya dia hala kan ke arah wajah gadis itu

Arasy yang sudah berdiri disebelah Riy itu memandang kearah jari telunjuk tersebut

Tangannya yang berada didalam poket seluar,dia keluarkan.Lalu dia menolak jari itu menggunakan jari telunjuknya itu kebawah

Matanya memandang jejaka yang dari tadi bersikap kurang sopan kepada adik gadisnya itu.Dia kembali memasukkan tangannya kedalam poket seluarnya

Bibirnya menyenget

"Saya tak tahu pula yang saya ada staff biadap macam ini" suara dia kuatkan,saja supaya mereka semua mendengar.Siapa suruh diam saja apabila melihat orang lain ditindas

"Jaga adap,jaga tingkah laku.Jika mahu bekerja di dalam syarikat ini" dia berhenti sejenak.Kepala dia pusingkan kembali memandang lelaki itu

"Jadi,jika tidak boleh patuh.Fired" semuanya sudah tunduk ketakutan

Lelaki yang memarahinya tadi itu,sudah menikus memandang kebawah

Arasy tersenyum lagi.Smirk.

Dia merapati gadis berbadan kecil itu

"Baliklah" lembut sahaja dia menuturkan ayatnya

"Terima kasih" Riy tundukkan kepala sebelum dia menghilang disebalik pintu

Entah apalah yang arasy mahu lakukan kepada pekerjanya yang tidak sopan itu.Namun itu juga salah dia.Dia harap tiada apa-apa yang terjadi kepada jejaka itu






"Dapat juga aku rehat" penat seharian bekerja,sehingga lupa untuk berehat.Terasa seperti tulangnnya sudah mereput

Suara deringan telefon itu mematikan ketenangannya.Cepat-cepat dia mengangkat telefon itu.Takut dimarahi.Kerana kali terakhir dia sudah dimarahi oleh ahli keluarga angkatnya itu.Kecuali abang khalid.Selalu berlembut kepada dia

"Woi! asal ada pelanggan ni komen negatif dekat post kedai papa! Aduh,aku dah agak dah,yang kau ni tak boleh di harap" salam tiada,ucapan hi pun tiada,terus serbu sahaja

"Assalamualaikum.Maaf, tadi Riy ada terbuat silap"

"Aduhhh,aku bagitahu papa!" terus panggilan itu dimatikan

Terkelip-kelip matanya,apabila panggilan itu sudah mati

"Haih,apalah nasib aku" dia menundukkan kepala.Terasa mahu menangis,matanya sudah berkaca.Namun hanya sebentar sahaja apabila ada pelanggan masuk.Cepat-cepat dia seka air mata yang hampir jatuh.Dia melihat wanita yang sedang menilik kek dan manisan yang tersedia itu

DIA ATAU AKU?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang