BAB 8

527 27 3
                                    

Masuk sahaja dia di dalam rumah.Dia sudah dimarahi

Kerja siapa lagi kalau bukan Nafiyah

"Apa nak jadilah kamu ni Riy.Banyak pelanggan tak suka dengan cara kamu bekerja.Buat kerja lambat sangat!" dia hanya menundukkan wajahnya

Sekarang ini tiada masa mahu mengadu.Jika dia mengeluh tentang kerjanya yang terlalu banyak,paling kurang pun,dia akan ditampar

"Haihh,nak kerja ,papa bagi.Tapi bila dah kerja,macam ni pula yang kamu buat dekat kedai
papa.Kamu ni ada niat nak lingkupkan kedai papa ke?!" ternaik bahu Riy apabila menerima tengkingan daripada Datuk Nasri

"Papa tanya ni! Dah tak ada mulut ke nak jawab?!" tekingnnya lagi

"Tak pa.Maaf" perlahan sahaja suaranya menyapa pendengaran Datuk Nasri

"Mama kecewalah dengan Riy.Cubalah jadi macam kakak kamu tu.Berpelajaran,rajin,bijak,pandai uruskan kerja.Mungkin sebab itulah dia dah ada orang ikat.Kamu tu,entah-entah sampai tua pun tak akan ada orang nak" berdesing telinga dia apabila mendengar ayat mama angkatnya itu

"Pergi naik atas! Buat sakit mata mama dengan papa je tengok muka Riy" tambah mama angkatnya itu lagi

Tanpa menunggu lama terus dia menuju ke arah biliknya.Tidak betah lagi mahu menerima tengkingan daripada kedua orang tua angkatnya itu

Dia pandang cermin.Wajahnya jelas tergambar kepenatan.Namun tiada sesiapa perasan akan kepenatannya

Penat.Penat sangat

Hari-hari dia kerja,belajar,namun mereka semua tetap gelarkan dia sebagai gadis tak guna

Di tempat belajarnya ada kawan-kawan yang selalu membulinya

Di rumah ada keluarga yang selalu memarahinya

Matanya yang dari tadi berkaca akhirnya jatuh jua.Dia tidak sanggup lagi mahu menanggung penderitaan ini.Dari kecil dia selalu dimarahi atas kesalahan kakaknya

Kadang-kadang dia sering terfikir.Jika mereka tidak menyukai dia.Mengapa mereka mengambil dia sebagai ahli keluarga mereka?

Hanya abang khalid sahaja yang menerimanya

Air matanya sudah lebat membasahi pipi.Namun pelik.Tiada suara esak tangis yang keluar dari bibirnya.Wajahnya hanya menggambarkan kepenatan sahaja

Dia pegang cermin yang menghiasi wajahnya

"Bersangka baiklah dengan Allah SWT Riy.Jangan sesekali kau salahkan takdir yang telah Allah beri kepada kau" selepas dia berkata begitu.Suara esak tangisnya mula kedengaran.Semakin
lama semakin kuat,sehingga dia terpaksa menutup mulutnya supaya orang diluar tidak mendengarnya

Dia memeluk lututnya sambil menutup mulutnya.Hanya Allah SWT sahaja yang tahu rasa sakit yang dia lalui sekarang ini,atau untuk di kemudian hari






Terlalu banyak kerja yang dia harus lakukan.Sehingga tiada masa mahu berehat.Bunyi deringan telefon
mematikan tumpuannya kepada pekerjaannya.Panggilan tersebut di angkat

"Assalamualaikum sayanggg,kenapa call saya ni" perkataan 'sayang' saja dia leretkan

"Waalaikummusalam.Tak ada apa-apa,saya cuma nak dengar suara awak je.Rindu" dia kerutkan dahi apabila mendengar perkataan rindu dari,pujaan hatinya ini.Tangannya jua sudah berhenti daripada melakukan kerja

"Tak pernah-pernah awak cakap rindu dekat saya.Tapi hari ini dah masuk ke dua kali awak cakap rindu dekat saya.Why sayang,awak ada masalah ke.Tell me?"

"Eh,nak cakap rindu dekat tunang sendiri pun tak boleh ke?" tersenyum
lebar dia apabila mendengar ayat 'tunang' dari bibir wanita pujaannya itu

"Boleh sangat sayang.Lagi-lagi bila orang tu awak,lagi saya suka" usik dia.Tumpuannya kini sudah kepada Nafiyah.Pekerjaannya nanti dia sambunglah.Nafiyah lagi penting

DIA ATAU AKU?Where stories live. Discover now