BAB 5

529 24 1
                                    

"Aku balik dulu ye mi.Tak sangka yang kita ni dah nak jadi besan.Tak sabar aku"Aku yang berada di belakang abang khalid hanya mendengar sahaja ucapan mereka

"Tulah tu,aku pun tak sangka" gelak pula mereka,tadi bukan nak balik ke.Ish cepatlah,dah lah malu aku tak hilang lagi

Tiba-tiba mata wanita pertengahan umur itu memandang aku.Haih tak aku tahu pula nama mak cik itu ye.Tak selesa aku jadinya bila matanya menatap aku tidak lepas.Mata aku larikan

"Nanti mi,bolehlah aku satukan anak perempuan kau lagi sorang ni dengan anak lelaki aku lagi satu tu.Mesti dia suka.Dah lah comel manis pula itu" aku sudah tidak terkata.Gila ke.Ishhh tak sukaa cepatlah balik.Bukan nak menghalau tapi makin merepek pula apa yang mak cik ini kata

Aku gigit bibir

Suara abang khalid tersengih menampar gegendang telinga aku.Aku memandang dia

"Mak cik,saya rasa tak perlu kut.Tak akanlah dua-dua mak cik nak kebas.Bagilah peluang dekat orang lain pula masuk meminang keluarga ni" selepas sahaja berkata begitu.Dia terus tertawa.Seperti baru sahaja membuat lawak

"Ha ahlah betul juga tu.Tapi Mak cik berkenan juga dengan Riy ni" dapat aku lihat wajahnya berubah sedikit namun cepat-cepat dia ubah menjadi biasa

"Alah mak cik,tak yahlah berkenan sangat dengan dia.Mak cik mana tahu perangai sebenar dia ni.Saya je yang tahu" suara kak fiy yang seakan syaitan menghasut itu kedengaran

Aku hanya senyum sahaja.Malas mahu mengambil kisah.Eh tadi kata nak balik asal pula lama memanjang borak kat sini.Hish baliklahh

"Ish tak baik awak cakap macam tu dekat adik awak sendiri" Aku melihat lelaki itu

"Yelah Encik Arasy" Aku lihat Kak Fiy yang sedang menjulingkan biji matanya keatas.Jadi nama dia Arasylah.Hem.Aku baru tahu

Aku melihat Arasy yang sedang tersenyum melihat gelagat buah hatinya itu.Matanya tidak di kalihkan langsung.Lurus sahaja pandanganya melihat buah hatinya itu sambil tersenyum

Hati aku terselit rasa cemburu sedikit.Namun aku tutup dengan senyuman

"Kita orang balik dululah.Terlama pula kita borak ye" suara gelak ketawa mereka kedengaran

"Yelah bye"

"Yelah bye,eh Arasy jangan tatap lama sangat muka anak dara tu.Tak elok.Apalah kamu ni"

"Alah ma sekejap je" matanya masih melihat kearah Kak Fiy yang sudah malu diperlakukan demikian

"Tak ada tak ada,jom balik.Aku pergi dulu ye mi.Bye" mereka semua sudah keluar dan masuk kedalam kereta mereka.Termenung aku seketika

"Riy,jom masuk" ucap Abang Khalid lembut.Terus pandangan aku terkalih kearahnya

"Hmm,ye" ucap aku sambil tersenyum

"Kenapa Riy.Ada masalah ke.Kalau ada ceritalah dekat abang.Mana tahu abang boleh tolong" 'abang tak akan boleh tolong Riy' bisik hati aku

Aku senyum palsu.Kemudian kepala aku geleng.Kini hanya tinggal aku dan abang Khalid sahaja diluar.Mereka semua sudah masuk kedalam rumah.Akibat termenung tadi tak perasan aku yang mereka sudah masuk

"Tak adalah.Riy tak ada masalah pun.Abang jangan risau ye" mukanya yang serius aku tatap

"Kalau macam tu jom lah kita masuk" tangan aku dia paut.Mahu menarik aku masuk.Aku hanya membiarkan sahaja.Dari kecil aku dan abang Khalid memang berkelakuan begini.

Aku masuk kedalam keluarga ini masa umur aku 8 tahun.Aku memang rapat dengan Abang Khalid sahaja.Kalau dengan Kak Fiy aku asyik menjadi mangsa bulinya.Kalau bersama abang khalil aku akan dimanjakan




DIA ATAU AKU?Where stories live. Discover now