"Nah,kau gosok elok-elok tau.Mahal ni,jual kau pun belum tentu dapat beli baju ni" pedih telinga aku apabila mendengar ayat Ka Fiy itu.Namun aku diamkan sahaja tidak mahu bersikap kurang sopan terhadap dia
"Baik" baju itu aku gosok dengan berhati-hati
"Fiy,arasy dah sampai" aku berpaling.Kak Fiy yang sedang menguruskan wajahnya itu terus terlihat gelisah
"Cepatlah,gosok baju aku tu" dia bercakap dengar suara perlahan.Takut gamaknya tetamu dengar
Nak juga aku tahu siapa bakal abang ipar aku.Hehe.Teruja pula.Aku harap dia seorang yang ramah.Takut pula dia seperti Kak Fiy.Tiba-tiba ada Kak Fiy 2.0 pula.Mahu pecah kepala aku
Baju yang sudah siap digosok itu aku letak di atas katilnya
"Dah keluar" dia menolak badan aku.Aku hanya pasrah sahaja di tolak demikian
Kaki aku langkah menuruni anak tangga.Dapat aku lihat seorang wanita pertengahan umur memakai pakaian berwarna soft pink.Aku turun tangga lagi.Kali ini aku dapat melihat lelaki pertengahan umur,dia juga memakai baju berwarna soft pink.Maching ler tu
Saat kaki aku menjejak ke anak tangga bawah.Dapat aku lihat bakal abang ipar aku.Senyuman yang menghiasi bibir tadi terus memudar.Dahi aku kerut
Seolah tidak percaya yang bakal abang ipar aku ialah lelaki yang hampir melanggar aku itu.Dan baru semalam aku dan dia berjumpa
Hati aku rasa seperti di tikam,perasaan aku jangan di katakan.Hancur sehancur hancurnya
Baru sahaja aku mahu menyukainya namun sekarang dia hadir sebagai bakal abang ipar aku.Ye aku aku memang mudah untuk menyukai seseorang dan disebabkan itulah aku benci dengan diri aku sendiri
"Riy,kenapa ni?" mereka semua melihat kearah aku dan mama.Aku pandang wajah mama,dapat aku lihat wajahnya seperti risau akan tindak balas aku
Aku menggeleng kepala
"Tak ada apa" aku melihat ke arah mereka dan mata aku semula jadi tertuju ke arah lelaki itu.Wajahnya juga seperti terkejut akan kehadiran aku
Aku mengalihkan mata aku ke tempat lain
"Eh Nafiyah" suara wanita tua pertengahan umur itu menampar telinga aku
"Mak cik,lama dah ke sampai" mereka berpelukan dan berciuman
"Baru je" orang sekeliling kini sudah tidak menghiraukan aku lagi.Kini semua tertumpu kepada Kak Fiy.Namun dapat aku lihat mata lelaki itu masih melekat kepada aku dan itu membiatkan aku tidak selesa.Terus aku pergi ke dapur.Mahu meredakan hati yang sedang terbakar
Singki aku tuju.Mata aku sudah berkaca.Aku tidak percaya dia adalah kekasih Kak Fiy.Mesti mereka sudah lama berkenalan oleh kerana sekarang dia sudah mahu merisik
Aku merenung air yang jatuh setitik di singki itu.Tiba-tiba air itu kelihatan perlahan.Dunia aku seakan perlahan.Air mata aku juga sudah tidak segan silu menonjolkan diri.Jatuh tanpa aku kelip
Hati aku seperti dipanah oleh busur panah yang berapi.Entah mengapa aku rasa sakit seperti ini.Aku cuba tahan,namun terlalu sakit untuk aku menahan.Bilik air aku tuju.Tidak mahu ada orang melihat aku menangis
Sebentar aku termenung dihadapan cermin.Mungkin aku memang ditakdirkan begini.Memang dia jodoh Kak Fiy bukan aku.Baru sahaja hati aku ini menyukai seseorang namun sudah terlalu lambat.Aku akan berhenti menyukainya.Rasa ini taklah terlalu dalam,boleh baiki lagi.Cuma aku kecewa sahaja
Ruang tamu aku tuju
"Riy,pergi mana tadi?" aku hanya tersenyum nipis sahaja.Wajah lelaki itu aku tidak pandang langsung
"Pergi tandas sekejap"
"Ini anak bongsu kau ke mi?" tanya wanita pertengahan umur itu sambil memandang kearah aku
"Ye"
"Cantiknya anak kau yang lagi seorang ni.Kenapa muka dia tak serupa dengan Nafiyah ye?" aku memandang ke arah Kak Fiy.Wajahnya jelas memerah.Bengang agaknya apabila dibezakan oleh aku
"Riy ni memang putih,Nafiyah ni gelap sikit.Memang ramai orang tanya macam tu" aku tundukkan wajah
"Riy naik dulu ye ma" tidak betah lagi aku mahu berdiri di sini
"Hah naiklah" sebelum naik keatas aku memandang sekilas ke arah pasangan sejoli itu.Dapat aku lihat lelaki itu mencuri pandang kearah aku
Sakit namun aku diamkan sahaja
"Riy" abang khalid yang menegur aku hiraukan.Pintu bilik terus aku tuju.Sudah tidak tahan lagi mahu menahan rasa hati ini
Pintu bilik terus aku kunci.Kali ini meja solek aku tuju.Kerusi aku pegang.Termenung aku seketika
"Jap.Ok.Huh.Sekarang ni.Bakal abang ipar kau adalah orang yang kau tersuka.Jadi sekarang kau kena move on.Faham? lagi sekali aku kata,kau kena 'move on'" nafas aku tarik kemudian hembus.Berkali-kali aku melakukan itu.Mahu menenangkan diri
Aku menuju ke arah beranda bilik aku.Mahu menghirup udara segar.Seketika aku termenung.Namun tiba-tiba mata melekat kearah fugira seorang lelaki berbadan tegap.Aku hanya dapat melihat bahagian belakang badannya sahaja.Tidak dapat aku lihat wajahnya.Kepala aku sengetkan.Tertanya-tanya siapakah itu.Kalau nak cakap abang khalil macam tak
Aku kecilkan mata,badan aku kedepankan.Tiba-tiba badan itu berpusing dan tanpa sengaja matanya melihat kearah aku.Kedudukan aku yang memalukan itu membuatkan dia ketawa.Terus tegak tubuh aku.Eh jap cam aku kenal.Terus mata aku memandang dia yang sedang tersengih memandang aku
Lelaki tu!! Maluuuu!! terus aku masuk kedalam bilik aku semula.Mulut aku yang ternganga aku tutup dengan mulut aku.Mata aku membulat.Maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.Sudahlah kedudukan aku itu memalukan gila.Dengan muka aku.Haishhhhh
Aku baru fikirkan dia tadi pula itu.Hish apalah nasib aku.Tadi sedih lepastu kecewa sekarang ni malu pula
STRESSS!!
![](https://img.wattpad.com/cover/363214710-288-k38685.jpg)
YOU ARE READING
DIA ATAU AKU?
Romance-SLOW UPDATE!!!!⚠️⚠️ -Maaf kerna aku tak cinta- Cinta yang tidak kesampaian,itulah cinta seorang perempuan yang bernama Al-Anshariyyah Dia jatuh cinta kepada seorang lelaki yang sebenarnya bakal abang iparnya,namun dia tahu dia tidak akan pernah dap...