Dia melihat dirinya di pantulan cermin yang sudah berpakaian kemas itu
Tudung juga sudah dipakai mengikut keselesaan dia
Dia cuba mengukir senyuman namun yang dia lihat hanya senyuman yang penuh dengan kepahitan
Mana taknya,hadir perkahwinan lelaki yang dia cinta
Dia mengeluh.Wajahnya yang berada di dalam cermin itu dia pandang
"Ok Riy,kuat.Dia bukan jodoh kau.Tolong jangan nangis" senyuman paksa dia ukir
Tok Tok
"Riy dah siap ke?" suara mama di sebalik pintu menampar gegendang telinganya
"Dah ma!" terus pintu bilik
itu dia buka.Wajah berseri puan Hijla menghiasi kornea matanya"Pergi tengokkan Nafiyah.Tolong dia siap-siap ke.Mama nak pergi layan tetamu yang dh hadir tu.Awal pula diorang datang"
"Baik ma" ucapnya sambil menganggukkan kepala dan tersenyum
Bilik Kakak angkatnya itu dia tuju
Tok! Tok!
"Kak Fiy,Riy masuk ye?" tombol pintu bilik dia pulas
Bukak sahaja pintu itu.Dapat dia melihat Nafiyah yang sedang termenung dihadapan cermin.Tubuhnya sudah siap berbaju pengantin.Namun wajahnya kelihatan sangat muram
Riy gigit bibirnya
"Kak Fiy?" bahu gadis itu dia sentuh
Tersentak Nafiyah apabila bahunya disentuh .Kepalanya terus berpusung menghadap Riy
"Akak ok ke?" Nafiyah menggelengkan kepalanya sebelum menarik laci meja soleknya dan mengeluarkan sehelai kertas yang sudah di lipat kemas
Tangan Riy dia ambil dan
meletakkan kertas itu kedalam genggaman gadis itu"Kau baca,masa majlis dah nak mula" dahi Riy berkerut
Kenapa pula? Aduh
Namun dia tetap menganggukkan kepalanya
Mata Nafiyyah sudah berkaca
"Mana yang lain?"
"Aku suruh diorang keluar"
"Akak.Riy,cuma nak cakap.Riy harap Akak buat pilihan yang betul dan boleh membahagiakan Akak"
"Itu urusan aku.Jangan nak hiraukan.Kau fikir je urusan kau sendiri" dengan berlagaknya dia menuturkan ayat itu
Masih tak berubah
"Nak Riy tolong apa-apa ke?"
"Tak.Kau boleh keluar" ucapnya tanpa memandang wajah gadis itu
Riy hanya membalas dengan anggukan sahaja sebelum melangkah keluar dari bilik itu
Selepas sahaja pintu itu ditutup terus dia mengeluarkan kertas yang baru sahaja gadis itu bagi
Hatinya mendesak untuk dia membuka lipatan kertas itu namun belum sempat dia membuka lipatan kertas itu ada seseorang memanggilnya
Terus dia menyimpan kertas itu di dalam poket baju kurungnya
Wajah muram. seorang gadis didalam cermin itu dia tatap dalam.Itu benarkah dia?
Bukan ini yang dia mahukan.Bukan ini yang dia pinta
Patutnya sekarang dia perlu merasa gembira,bahagia
Namun lain pula yang terjadi
Luar tingkap dia pandang.Mahu melihat sekiranya ada kelibat kereta honda civic yang akan mengambilnya sebentar nanti.Ye dia akan pergi.Pergi meninggalkan keluarganya dan juga seorang lelaki bernama Arasy Mikhael

ANDA SEDANG MEMBACA
DIA ATAU AKU?
Romance-SLOW UPDATE!!!!⚠️⚠️ -Maaf kerna aku tak cinta- Cinta yang tidak kesampaian,itulah cinta seorang perempuan yang bernama Al-Anshariyyah Dia jatuh cinta kepada seorang lelaki yang sebenarnya bakal abang iparnya,namun dia tahu dia tidak akan pernah dap...