BAB 11

325 17 1
                                    

"Riy pergi ambil tomato dekat dalam peti ais tu" arah puan Hijla kepada anak angkatnya itu

"Baik ma" peti ais dia tuju.Apabila sudah dapat apa yang dicari terus dia bangun dan menuju ke arah wanita pertengahan umur itu semula

"Nah ma" plastik yang berisi beberapa buah tomato itu dihulur,namun tak pula mamanya itu mencapai

"Potongkan" ucap wanita itu tanpa memandang ke arahnya

Dia hanya mengangguk lalu mengambil pisau mahu memulakan kerjanya

"Hello my lives" bisik Khalid ditepi telinga Riy.Tersentak gadis itu apabila ditegur secara mengejut begitu

"Aduh,terkejut Riy" dia mengusap dadanya

Khalid hanya tertawa melihat tindak balas gadis itu

"Eh Khalid,nak tolong ke?" tegur mama apabila melihat kemesraan anaknya itu

"Eh tak adalah ma.Saja nak tengok nyawa-nyawa saya ni masak"

"Nyawa?" berkerut dahi wanita tua itu.Nyawa apa pula si khalid ni

"Yelah.Mama dan Riy ialah nyawa Khalid.Kalau korang berdua pergi,matilah Khalid" ucapnya tanpa rasa bersalah.Hanya ada senyuman yang menghiasi wajah kacak itu

"Ish,manis betullah mulut kau ni Khalid.Kan Riy?" terus Riy memandang wajah mama

Dia hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum sahaja

"Ah ni,Arasy dah sampai ke?" jelas wajahnya begitu teruja apabila menyebut nama Arasy

"Belum lagi" jawab Khalid

"Khalid,mama suka sangatlah dengan Arasy tu.Dah lah bekerjaya,ada syarikat sendiri,kacak,baik-" belum sempat puan Hijla mahu menyambung pujiannya terus  Khalid memotong

"Eh Mama ni,lebih bampak.Nafiyah yang nak kahwin dengan dia ke Mama yang nak kahwin dengan dia nii" usiknya

"Eh apalah kamu ni.Mama setia dengan papa ok" Khalid hanya membuat muka menyampah sahaja

Tak hormat orang singlet betul.Eh?

"Tapi kan.Kalau Nafiyah tak jadi kahwin dengan Arasy sekali pun.Mama tetap nak dia jadi menantu Mama" mulutnya tetap sibuk bergerak walaupun tangannya masih lincah memasak

"Macam mana nak jadi menantu mama kalau Nafiyah tak jadi kahwin dengan Arasy? Tak akanlah nak kahwinkan Khalid dengan Arasy pula" kelakar pula mamanya ini

"Eh apa pula,Riy kan ada" terus mati senyuman Khalid apabila mendengar bama Riy dikaitkan dengan perkahwinan

"Eh.Eh.Eh mama.Takde-takde.Riy tak termasuk ok.Biar Khalid je kahwin dengan Arasy kalau tak jadi" masih ada nada mengusik walaupun dirinya sudah tidak selesa dengan ayat Mamanya sebentar tadi

Riy yang sedang memotong sayur itu terus terkaku

"Eh kamu ni.Habis macam mana kamu nak bagi Mama cucu"berkerut dahinya

"Alah mama ni.Lelakikan boleh kahwin empat" ucapnya sambil mengangkat kening

"Macam-macamlah kamu ni.Dah lah pergi masuk,sibuk je.Riy dah habis potong ke tu?"

"Dah ma" wajah mama terus dia cari namun yang dia jumpa wajah Khalid
pula

"Ouch, you drove me away ma?" dia memegang dadanya.Gaya seperti sangat terkesan dengan ayat mamanya itu

"Yes mama halau kamu.Now you go go lah"

"Ish mama ni majuklah" terus dia melangkah keluar dari dapur itu

"Mengada" bisiknya bamun dapat didengari oleh Riy

Kepalanya sekarang sedang penuh dengan kata-kata mama.Lagi-lagi apabila dia mendapat tahu yang Kakaknya itu akan meninggalkan Arasy.Bagaimanalah wajah mama nanti apabila mendapat tahu tentang Kak Fiy nanti

DIA ATAU AKU?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang