BAB 10

547 29 1
                                    

Tok! Tok!

"Masuk" pintu yang tertutup dibuka

Wajah gadis berkaca mata menghiasi kornea matanya

"Tuan" suara gementar setiausahanya membuatkan dahinya berkerut

"Kenapa Ifa?" pertanyaan itu membuatkan gadis itu lebih gementar

"Tuan..Sa-ya ada beri-ta buruk" wajah tampan milik bossnya itu tidak berani dia tatap

"Cakap"  mata dia pejamkan sebelum mengucap kalimat yang pasti akan membuat bossnya itu naik angin

"Saya dapat tahu yang duit syarikat hilang" senafas dia menuturkan ayat itu

"What!? Macam mana boleh hilang?! Berapa hilang?!!" naik angin dia begini.Duit syarikat hilang? Siapalah yang tergamak melakukan hal sedemikian

"Yang itu saya tak pasti.Duit yang hilang itu dalam.....Li-lima ratus ribu"terus membulat matanya apabila mendengar perkataan dari setiausahanya itu.Bibir dia gigit

"Call Encik Aidan,cakap saya nak jumpa.Want to talk about something important"

"Baik tuan" badan dia tunduk sebelum berlalu keluar dari situ

Tangan dia genggam erat.Rasa sakit dan serabut mula menjalar di kepalanya

Kepala dia pegang.Sakit kepala dia memikirkan hal yang mendesak dirinya baru-baru ini.Mahu gila dibuatnya

Akhirnya keluar jua keluhan dari bibirnya.Hatinya yang sudah sedia panas makin bertambah panas apabila mendengar berita barusan tadi




"Good morning,my beautiful girl!"

"Eh! Ya Allah,nak tercabut jantung Riy.Abang ni"

"Termenung apa sampai tak perasan abang masuk dapur ni?" soalnya dengan nada risau.Dapat dia lihat di wajah cantik gadis itu ada terselit kesedihan

"Tak ada apa-apalah" teko yang berisi air tea itu kembali dia kacau

Khalid senyum tipis

"Betul ke? Kalau ada masalah bagitahu je dekat abang" wajah manis itu dia tatap dalam.Naik risau Riy apabila ditatap begitu

"Kenapa abang pandang Riy macam tu? Macam Riy ada buat salah je"

"Memang ada pun" wajahnya kembali seperti biasa.Namun matanya masih melekat erat di muka gadis itu

"Riy ada buat salah apa?" berkerut dahi bersih gadis itu

"One day,you will know"ucapnya sambil mengangkat keningnya.Gaya annoying

Dahinya masih berkerut.Apa pasal dengan abang angkatnya ini.Makin lama,makin lain.Naik pelik dia

"Eh dia ni.Cakap jelah"

"Tak nak" dia menjelir lidah sebelum berlari keluar dari dapur

"Eh!" pusing kepalanya.Umur dah 28 tahun pun perangai tetap macam
budak-budak

"Riy! Tea tu dah siap ke?!" lupa pula dia tentang tea tadi

"Dah,dah siap! sekejap ye" jeritnya









Tea yang berada di dalam teko itu dia tuang ke dalam cawan.Tangan Khalid yang mahu menolong dia tepis

Cawan yang sudah diisi itu dia beri kepada semua yang berada di atas meja itu

Namun saat dia
mahu beri kepada Nafiyah.Dengan sengaja Nafiyah menepis cawan itu sehingga terjatuh

"Eh! Kau ni tak ada mata ke?!! Habis basah baju aku! Panas pula tu!! aduhhh" lama-lama boleh cair taik telinganya apabila menerima tengkingan dari Nafiyah ini

DIA ATAU AKU?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang