"Tak boleh tinggal lagi dua hari ke?" Tanya Nur Clara Amanda kepada kawan baiknya. Ayra
"Tak boleh lah beb, mak aku sakit. Tak ada sesiapa nak jaga mak aku selepas ayah aku meninggal" Ayra terpaksa pulang ke kampung asalnya dan menetap disana
"baiklah,aku faham" Clara menolong mengangkat beg bagasi kawan baiknya itu kedalam but kereta
"bye, hati hati" mereka berpelukan sebelum Ayra masuk di bahagian pemandu dan meluncur keluar dari rumah itu
setelah Clara duduk di sofa beberapa minit tiba tiba telefonnya berdering
kring!! kring!!
"Hello nenek!! Nenek sihat??" tanya Clara gembira
"waalaikumusalam, sihat" Terdiam Clara. siapa suruh lupa bagi salam, exited katakan
"ni bila Ara nak balik sini?" tanya Nek Mayah kepada cucu kesayangannya itu
"tengok la dulu, bulan depan ke. Ara sibuk sekarang" bohong Clara, dia bukannya saja saja tipu. Dia memang nak balik tapi dia malas hadap jem, hujung bulan macam tu dia balik lah
"iyelah, aku tutup talian dulu ye. Nak bagi ayam makan" kata Nek Mayah
"okay nenek"
Tut! panggilan dimatikan..
Riuh di dapur menganggu Tengku Aaron Ryan yang sedang ralit menonton cctv di mansionnya itu. Sebab itulah dia tak suka balik kampung!
"Ryan, mari lah lepak kat luar ni. Sampai bila berkurung aje dalam bilik" Panggil Tengku Sharifah iaitu ibu kepada Tengku Aaron Ryan
"nantilah Ryan keluar, nak rehatkan badan dulu" sejujurnya dia masih penat kerana memandu kereta tadi. Sengaja Tengku Sharifah memberi cuti kepada pemandunya untuk mengajak Tengku Aaron Ryan balik ke kampung. Sangat susah untuk mengajaknya ke kampung, ini pun tiga kali pujukan baru lah hendak pergi
Tok! Tok! Pintu biliknya diketuk
"ye mummy, kejap Ryan buka " Ryan membuka pintu dan...
"mummy nak ap-" matanya terus menjeling, haihh. Dia paling tidak suka sosok itu apabila pulang ke kampung halaman ibunya
"Kau nak apa?!" Tanya Ryan kasar
"Farah nak ajak abang ke taman. Nak tak?" Farah bermain bahu milik Ryan dengan kukunya itu
"tak nak aku, perlu eh main sentuh bahu aku macam tu?" Tahulah dia duda tapi dia tahu menjaga batas okay. Duda? dia baru umur 27 tahun dan bercerai dengan bekas isterinya dua tahun lalu
"Ala abang ni, susah lah!" Farah menghentak kaki di lantai sebelum berlalu pergi
YOU ARE READING
Mr.Duda
Romance[On Going] 𝓣𝓱𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼-1 ᵀᵉⁿᵍᵏᵘ ᴬᵃʳᵒⁿ ᴿʸᵃⁿ -Seorang lelaki mempunyai status duda setelah berpisah dengan bekas isterinya kerana melahirkan anak sulungnya,handsome,tinggi,berdarah Itali dan Melayu ᴺᵘʳ ᶜˡᵃʳᵃ ᴬᵐᵃⁿᵈᵃ -Gadis yang berasal dari kam...