Page 02

43 2 0
                                    

Mereka sekeluarga telah tiba di rumah agam milik Tengku Fateh beberapa minit lalu, baru saja Tengku Aaron Ryan ingin melabuhkan punggung di katil empuknya itu telefonnya berdering. Dia berdecit kecil, beberapa saat selepas dia merenung nama itu dia akhirnya menjawab panggilan tersebut

"Ada apa?" Tanya Tengku Aaron Ryan kepada salah seorang anak buahnya

"Mansion kita diserang lagi Tuan, sebahagian anak buah Kai telah mencederakan anak buah kita" Sahut anak buahnya di talian sebelah sana

"Jadi?" Tanya Tengku Aaron Ryan lagi

"Malam ni kau orang serang balik tempat dia orang dan....tak perlu aku beritahu, kau pasti dah tahu" Sambung Tengku Aaron Ryan sebelum menamatkan panggilan

"Tak guna kau Kai, lepas satu-satu masalah kau timbulkan. Bagilah aku masa nak menikmati dunia dulu" Sinis Tengku Aaron Ryan berkata sebelum ketawa

Sunyi di bilik itu hanya ditemani cengkerik,Clara menyilangkan tangannya di koridor bilik tidurnya sambil merenung bintang di langit

"Mak...kalau mak masih ada, mak takkan biarkan Ara berseorangan. Mak lah orang yang paling tak suka bila Ara menangis. Tapi kenapa mak biarkan Ara berseorangan?" Air mata Clara mengalir setiap kali mengingatkan kenangan bersama arwah maknya itu

Hilang segala lamunannya bila telefonnya berbunyi tanda mesej masuk, Clara mencapai telefon bimbitnya yang berada di meja kaca bulat tidak jauh dari koridor itu

My Ayra
:Beb, okay tak duduk seorang tu?

Clara tersenyum kecil tatkala mesej itu sampai kepadanya. Mujur masih ada yang ingin bertanya khabarnya

Aku okay

Selepas membalas mesej dia menutup telefonnya dan menutup pintu koridor. Seusai menutup lampu dan membaca doa tidur pendek sebelum dia lena ke alam mimpi

Mr.DudaWhere stories live. Discover now