Darah memenuhi lantai putih itu, Clara terdiam. Lutut lemah, tidak dapat menggambarkannya di waktu itu
"Mak!!" Seru Clara kepada Pn Malika yang terbaring di lantai itu, lelaki yang memakai hoodie merah itu dikerling sebelum menatap wajah Pn Malika semula
"Mak jangan tutup mata lagi, please.."Rayu Clara dalam esakan
Tangan Pn Malika terketar ketar memegang pipi anak gadis itu dan tangan sebelah lagi memegang perut yang baru ditembak oleh lelaki tadi
"Jaga rumah pusaka ni ye? Susah macam mana sekali pun jangan sesekali berniat untuk menjualnya, ini satu satunya rumah arwah abah tinggalkan" Ujar Pn Malika dalam dengar dan tidak sahaja. Clara menggeleng
"Tak...mak tak boleh tinggalkan Ara" Sahut Clara sambil mengucup beberapa kali dahi Pn Malika yang berpeluh itu. Pn Malika tersenyum.
"MAK!!!" Jerit Clara apabila Pn Malika menutup mata, rumah itu bergema dengan tangisannya
"Allahuakbar!" Clara meraba-raba mukanya yang berpeluh itu
"Mimpi rupanya, tapi... kenapa kisah tu berulang?" Clara mencapai telefon bimbitnya dan mengerling jam. Tepat pukul 9.00 pagi. Clara mencapai tuala lalu masuk ke bilik air untuk mandi seusai mengemas tempat tidurnya
Clara membetulkan rambutnya di cermin sisi kereta Honda City miliknya itu seusai menutup pintu kereta. Dia melangkah masuk ke dalam restoran itu, tidaklah dikatakan mewah. Restoran yang dia datang bersama Ayra dan kini tidak lagi, dia menapak masuk kedalam. Dia memilih meja khas untuk dua orang
"Cik nak order apa?" Tanya seorang pelayan perempuan yang berdiri berhadapannya itu
"Beri saya Nasi goreng kampung satu lepas tu Nescafe suam satu, terima kasih" Sempat Clara senyum kepada pelayan perempuan itu sebelum pelayan itu pergi
"Total 9.50" Beritahu pelayan perempuan itu selepas Clara selesai menikmati makanan yang dipesannya tadi. Clara mencari short pursenya di dalan beg tangannya
'mana purse aku ni? takkan tertinggal pulak.. aduhhh' bicara Clara dalam hatinya
"Berapa total tadi?" Clara mengangkat kepala apabila datang dua orang wanita dalam lingkungan 60 tahun dan seorang lagi dalam lingkungan 30 lebih kepada pelayan tadi
"9.50" Sahut pelayan itu. Tengku Sharifah memberikan dua keping not 100 kepada pelayan tadi. Terbuntang mata Clara
"Simpan baki awak" Ujar Tengku Sharifah kepada pelayan tadi sebelum pelayan itu berlalu pergi
"Terima kasih" Kata Clara, Tengku Sharifah tersenyum
"By the way, saya Tengku Sharifah and this is my only eldest daughter. Tengku Amelia Ryana. Boleh panggil dia Lia" Clara mengangguk mendengar pengenalan itu
"Saya Clara, terima kasih Aunty dan Kak Lia sebab tolong saya tadi" Clara ketawa kecil
"Boleh Aunty ambik nombor telefon Clara? maybe nanti free boleh kita meet lagi" Ujar Tengku Sharifah sebelum Clara mengangguk
YOU ARE READING
Mr.Duda
Romance[On Going] 𝓣𝓱𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼-1 ᵀᵉⁿᵍᵏᵘ ᴬᵃʳᵒⁿ ᴿʸᵃⁿ -Seorang lelaki mempunyai status duda setelah berpisah dengan bekas isterinya kerana melahirkan anak sulungnya,handsome,tinggi,berdarah Itali dan Melayu ᴺᵘʳ ᶜˡᵃʳᵃ ᴬᵐᵃⁿᵈᵃ -Gadis yang berasal dari kam...