Page 08

23 0 0
                                    

Hari ini adalah majlis cukur jambul bermula, Clara mengenakan baju kurung berwarna lilac purple dan heels berwarna putih. Perempuan yang bernama Nur Clara Amanda ialah seorang yang susah memakai baju kurung, tetapi hari ini dengan keterpaksaan dia memakai baju kurung walaupun rambutnya terdedah. Dan ya. Dia freehair tetapi tidaklah sexy seperti perempuan kaki kelab! Clara turun dari biliknya untuk ke ruang tamu, Ayra terkedu melihat kawan baiknya itu

"Nampak ayu, semoga Nur Clara Amanda berterusan berpakaian begini Ya Allah. Amin" Sempat Ayra menadah tangan untuk berdoa untuk kawan baiknya itu sebelum mengaminkan doa

"Berdoa tu berdoalah jugak, kita ni dah lambat. Dari tadi kau duk cucuk peniti tu aku tengok" Ujar Clara yang melihat kawan baiknya nan seorang itu sedang cuba mengemaskan tudungnya dengan peniti itu

"Ye kejap..Okey dah, jom" Kata Ayra selepas selesai mengemaskan tudungnya. Mereka berdua masuk ke dalam kereta Myvi milik Ayra seusai mengunci pintu rumah, tiba-tiba saja tayar keretanya pancit jadi sebab itu dia tumpang Ayra

"Okay jom gerak"

Setelah beberapa lama memandu akhirnya sampai juga mereka berdua di rumah agam milik Tengku Fateh

"Clara!" Tengku Sharifah datang kepada Clara yang baru sampai itu dipeluk erat, Ayra menyalami Tengku Sharifah

"Asalamualaikum makcik" Ujar Ayra semasa menyalami tangan Tengku Sharifah. Clara menyepak kaki Ayra lalu memberi isyarat mata, Ayra sudah faham

"Asalamualaikum Aunty.." Ucap Ayra semula

"Waalaikumusalam, meh jemput masuk" Pelawa Tengku Sharifah kepada dua orang tetamunya

"Ayra,kau tolong ambikkan barang tu yang aku letak kat pintu belakang" Ayra mengangguk

Hans memukul Tengku Aaron Ryan "Weh weh weh" Tengku Aaron Ryan,Tengku Firaz Amsyar,Arif dan juga Fawwaz melihat siapa punya gelaran hingga Hans begitu terkejut

"Perempuan tu lah yang langgar aku minggu lepas haritu, dekat mall" Hans menunjukkan menggunakan jari telunjuknya ke arah Clara

"Dia tu pengusaha aku bongok!" Sahut Tengku Aaron Ryan setelah siap meneliti Clara

"Yang tu aku tak kisah, tapi yang aku kisahnya Kai musuh kau tu tunang dia!" Sahut Hans laju, bab mengumpat kalah makcik bawang tau?! Rakan-rakannya terkejut apabila mendapat tahu kebenaran

Mr.DudaWhere stories live. Discover now