"Kau bila nak kahwin?" Tanya Hans kepada sepupunya itu
"Aku dah tak ada perasaan dekat mana mana perempuan dah" Sahut Tengku Aaron Ryan sebelum menatap semula wajah Hans
"Kau boleh cuba kan?" Tanya Hans lagi, dia memang sengaja ingin panaskan hati sepupunya itu
"Lepas arwah meninggal, aku berjanji pada diri aku bahawa aku tak nak jatuh cinta lagi dah" Jawab Tengku Aaron Ryan sambil mengambil air gas yang dibeli oleh Hans tadi
"Oh by the way, macam mana fail-fail yang bakal pengusaha aku?" Tanya Tengku Aaron Ryan cuba untuk menukar topik perbualan. Hans memandang wajah Tengku Aaron Ryan dia sudah tahu perangai sepupunya seorang itu
"Semua dah siap, tinggal kau mintak je" Sahut Hans.
"Esok aku nak" Ujar Tengku Aaron Ryan lalu keluar dari pejabatnya itu
"Haih, perempuan mana yang nak kalau semua kerja nak mudah. Nasib kau cousin aku Ryan.." Hans mengata sepupunya itu setelah bayangan Tengku Aaron Ryan hilang dari pandangan matanya
Pintu utama rumah agam itu dibuka oleh pembantu rumahnya yang bernama Nelly setelah mendengar Tengku Aaron Ryan menekan loceng yang berada di dinding tepi pintu utama itu
"Bonda mana?" Tanya Tengku Aaron Ryan kepada pembantu rumah itu
"Nelly, awak boleh sambung kerja" Beritahu Tengku Sharifah yang sedang turun anak tanggan itu, Nelly mengangguk sebelum ia berlalu pergi
"Ada apa bonda nak bincang?" Tanya Tengku Aaron Ryan kepada Tengku Sharifah. Kemudian, dia melihat Tengku Fateh dan Tengku Amelia Ryana yang sedang menuju ke sofa berhadapan televisyen itu, Tengku Amelia Ryana melabuhkan punggung di sofa berhadapannya itu. Manakala Tengku Fateh pula melabuhkan punggung di tepi Tengku Sharifah. Isterinya.
"Dengar cerita Ryan nak cari pengusaha kan?" Tanya Tengku Sharifah, Tengku Aaron Ryan mengangguk sebelum berkata
"Then? Bonda nak jadi pengusaha Ryan ke?" Sahut Tengku Aaron Ryan sebelum tertawa kecil
"Ish ke situ pula, bukan lah. Bonda nak..." Jeda.
"Bonda ada kenal seorang gadis ni, dia sebatang kara je. Bonda nak dia jadi pengusaha kau" Tengku Amelia Ryana menyampuk
"Tengok lah macam mana, Ryan penat. Ryan naik dulu, goodnight" Kata Tengku Aaron Ryan sebelum naik ke biliknya itu
"Yang awak nak sangat budak tu jadi pengusaha dia tu apa pasal? Suka hati dialah siapa dia nak. Buat macam awak pula bos" Kata Tengku Fateh kepada isterinya walaupun matanya masih membaca surat akhbar ditangannya itu
"Hey, jangan sedap mulut cakap eh. Dia tu baik tau, lemah lembut, hormat orang tua. Macam calon menantu dah saya tengok, bukan macam si Dayang tu. Lagipun bang dia tak ada mak bapak dah tau. Kesian saya tengok, kebetulan anak kita tu nak cari pengusaha and dia pun tengah cari kerja" Balas Tengku Sharifah. Sempat lagi dia mengutuk anak sedaranya itu
YOU ARE READING
Mr.Duda
Romance[On Going] 𝓣𝓱𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼-1 ᵀᵉⁿᵍᵏᵘ ᴬᵃʳᵒⁿ ᴿʸᵃⁿ -Seorang lelaki mempunyai status duda setelah berpisah dengan bekas isterinya kerana melahirkan anak sulungnya,handsome,tinggi,berdarah Itali dan Melayu ᴺᵘʳ ᶜˡᵃʳᵃ ᴬᵐᵃⁿᵈᵃ -Gadis yang berasal dari kam...