Page 16

28 0 0
                                    

Tengku Aaron Ryan menekan pedal minyak seperti tahap kemarahannya saat ini

"Kau boleh sabar tak?" Tanya Hans kepada Tengku Aaron Ryan yang tak boleh dibendung kemarahannya, Tengku Aaron Ryan bersama Hans manakala  dua buah kereta dibelakang ialah anak buahnya.Mereka sampai di mansion milik Kai

Dua orang yang menjaga di pintu mansion itu sedia mengangkat pistol untuk menembak Tengku Aaron Ryan tetapi dengan pantas anak buah Tengku Aaron Ryan menembak,Tengku Aaron Ryan sudah berada di dalam mansion itu

"Hoi!!Keluar!!Aku dah bagitahu jangan sentuh isteri aku tapi kau degil! Baik kau keluar sebelum aku hancurkan tempat ni" Marah Tengku Aaron Ryan sehingga keluar urat leher

"Cari aku?!" Tanya Kai yang berjalan dari arah gelap dan menuju ke hadapan Tengku Aaron Ryan,Tengku Aaron Ryan menendang Kai sehingga terbaring lalu menumbuknya bertubi-tubi

"Hubby,kenapa marah ni?" Datang seorang perempuan sexy di belakang Kai,Tengku Aaron Ryan terkejut dan tidak percaya

"Ma-ris-sa?" Dia mahu senyum atau sedih,dia juga tidak tahu

"Bukan ke kau.." Hans bertanya kepada Siti Marisa

"Mati? Masa tu doktor beri aku satu pilihan,sama ada aku atau anak aku.Then,aku pilih diri aku sebab aku tak sanggup kalau Ryan cari pengganti aku.Aku memilih untuk tinggal dengan Kai,adik aku.Tapi aku dapat satu berita yang suami aku kahwin dengan seorang gadis,finally? Aku dapat madu,bayangkan dua tahun,dua tahun aku fikir cara nak bersua muka dengan T.A.R Family, tapi tu semua angan-angan aku! Lepas aku dapat tahu yang dia kahwin lain,terus hancur jiwa raga aku!! Perasaan aku tak pernah sikit pun pudar tapi dia? Sekelip mata lupakan aku,mana janji dia nak hidup semati dengan aku?! Mana?!!" Terang Siti Marisa, Tengku Aaron Ryan menggeleng.Tidak percaya dengan apa yang didengar

"Tiap malam aku tak tidur,fikir pasal dia.Tapi dia tengah bahagia" Kata Siti Marisa lagi

"Aku seorang beria cari dia!! Aku sanggup gadai nyawa aku demi dia tapi dia sanggup gadai nyawa dia untuk perempuan tu?!! Tak sangka cinta aku bertepuk sebelah tangan sebelum ni" Siti Marisa ketawa sebelum berkata lagi "Lepas aku keluar di hospital aku pergi ke Itali sebab dia ada di sana,masa aku dekat Itali aku jumpa Kai.Tapi Ryan dah balik Malaysia.Aku suruh Kai beritahu keluarga dia yang aku dah takde and aku dikebumikan di tempat tinggal aku,aku tunggu dia datang Itali tapi tak, aku duduk di Itali untuk tenangkan diri aku and aku decide nak ikut Kai balik Malaysia lepas dia tamat belajar di Itali.Berapa bulan seterusnya,aku dapat tahu dia kahwin.Luluh hati aku!" Hans terkejut apabila melihat Tengku Aaron Ryan memeluk Siti Marisa. Dia dalam kepalanya sekarang sedang berfikir perasaan Clara bila sepupunya bertemu cintanya kembali

Mr.DudaWhere stories live. Discover now