Page 09

29 0 0
                                    

Clara sedang rancak berbual dengan Tengku Sharifah sambil makan kuih-muih,dia tiada selera ingin makan nasi. Datang enam orang lelaki menyapa Tengku Sharifah di meja bulat itu, dia hanya mengenali Tengku Aaron Ryan dan sebelah bosnya adalah Hans tetapi dia tidak mengenali. Seingat Clara dia terlanggar lelaki itu di mall tempoh hari

"Maklong,lamanya tak jumpa" Hans memeluk belakang Tengku Sharifah sebelum mereka enam orang itu duduk berhadapan Clara. Maklong?

Clara memandang ke dalam pinggannya yang berisi kuih,tidak mahu melihat rakan-rakan Tengku Aaron Ryan melihatnya

"Clara duduk kejap ye, Aunty nak sambut tetamu" Beritahu Sharifah kepada Clara,Clara memegang tangan Tengku Sharifah supaya tidak mahu Tengku Sharifah pergi tetapi dia faham akan Tengku Sharifah, jika dia ada tetamu pun dia melakukan hal yang sama. Dan tinggalah dia dan rakan-rakan Tengku Aaron Ryan yang lain

Dia hanya diam mendengar Tengku Aaron Ryan berbual, takkan da nak berbual juga? Nanti orang kata kena sampuk lagaknya. Semua di meja itu berhenti berbual bila mendengar deringan telefon Clara,cepat-cepat Clara menjawab panggilan Ayra

"Beb,aku mintak maaf sangat-sangat,Faiz kemalangan jadi aku kena pergi hospital ni. Kau okay ke balik dengan grab or teksi?"Tanya Ayra di panggilan sebelah sana, Faiz merupakan tunang Ayra dan lagi beberapa bulan mereka akan berkahwin

"Erm,okay lah macam tu.Nanti aku mintak tolong Kai jemput aku" Balas Clara, Hans menyiku Tengku Aaron Ryan dia berbisik ditelinga Tengku Aaron Ryan "Betulkan aku cakap? Tunang dia si mamat gila tu lah"

Setelah panggilan dimatikan Clara terkedu melihat keenam-enam orang itu memandang kearahnya

"Kau langgar aku haritu takde pulak kau nak mintak maaf eh?" Tanya Hans, Clara terkejut tiada angin tiada ribut datang tanya dengan soalan begitu. Hampehh!

"Saya mintak maaf, awak bagitahu mak sedara awak saya dah nak balik" Clara mengangkat punggung tiba-tiba namanya dipanggil,dia memandang ke belakang.Tengku Sharifah,Ha sudah! Macam mana nak lepas pula ni?

"Clara dah nak balik?" Tanya Tengku Sharifah kepada Clara yang sedan membetulkan beg tangan

"Haah Aunty, dah nak balik" Jawab Clara lembut, Tengku Sharifah mencari kelibat Ayra tetapi tiada "Mana Ayra?"

"Tunang dia kemalangan,dia tak boleh datang" Sahut Clara jujur

"Ryan,tolong hantar dia balik.Dia ni perempuan kalau apa-apa jadi bahaya" Kata Tengku Sharifah, Hans berbisik ditelinga Tengku Aaron Ryan lagi "Korek rahsia dia tau?"

"Jom lah" Kata Tengku Aaron Ryan setelah berfikir sejenak, Clara menyalami tangan Tengku Sharifah lalu mengikut langkah Tengku Aaron Ryan

Mr.DudaWhere stories live. Discover now