Page 06

31 1 0
                                    

Clara menilik syarikat megah itu, kalau luar dah mewah dalam apatah lagi. Bicara Clara dalam hati,tanpa membuang masa dia terus masuk ke dalam pejabat itu

T.A.R SDN BHD

"Dah habis baca?"Tanya Tengku Aaron Ryan di hadapannya, dia meletakkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar membuatkan semua pekerja di situ tergoda tapi tidak bagi Clara. Ia perempuan yang susah untuk jatuh cinta

Lambat laun Clara mengangguk

"Sha, bawa dia ke pejabat saya" Arah Tengku Aaron Ryan kepada salah seorang pekerjanya sebelum ia berlalu pergi

"Jom" Clara mengangguk sebelum langkahnya diatur mengikut jejak Sha

Mereka berdua masuk ke dalam pejabat milik Tengku Aaron Ryan, Clara berdiri berhadapan Tengku Aaron Ryan

"Ehem, so.. Nur Clara Amanda?" Tanya Tengku Aaron Ryan sambil menunjukkan ke arah Clara menggunakan ibu jarinya. Clara mengangguk

"Okey.. awak boleh mula kerja. Sha, bawa dia kenal-kenal kawasan pejabat ni. Kalau dah siap boleh tunjukkan tempat di berada" Sha mengangguk setelah menerima arahan

"Bila sampai?" Tanya Tengku Aaron Ryan kepada abang iparnya sebelum ia berjabat tangan

"Baru aje" Jawab Tengku Arman, dia baru pulang dari outstation di Sabah. Dia mendapat panggilan dari Tengku Amelia Ryana kerana ingin membuat majlis terus dia mengambil cuti untuk beberapa hari

"Kenapa semua berkumpul ni?" Tanya Tengku Aaron Ryan yang sedari tadi bermain dengan anak buahnya yang baru lahir itu

"Ni bonda nak bagitahu, bonda nak buat majlis cukur jambul anak kakak kamu minggu depan" Tengku Amelia Ryana mempunya dua orang anak, Tengku Aadil Rafael berumur 9 tahun dan Tengku Aadila Rasya baru 1 bulan 1 hari. Lelaki dan perempuan. Tengku Aaron Ryan mengangguk faham

"Bonda nak ajak orang yang special untuk datang minggu depan, nanti Ryan ajak lah juga kawan- kawan kamu tu ye" Ujar Tengku Sharifah ceria. Tengku Aaron Ryan mengangguk

Mr.DudaWhere stories live. Discover now