Page 17

25 1 0
                                    

Hampir seminggu Tengku Aaron Ryan tidak pulang ,sekarang Clara sudah berada di vila milik Tengku Aaron Ryan, sudah hampir empat bulan dia orang berkahwin dan ini pertama kali Tengku Aaron Ryan tidak pulang

Ting! Tong! loceng vila itu berbunyi,Clara sudah tahu itu pasti Tengku Aaron Ryan, apabila ia membuka pintu dia melihat bukan Tengku Aaron Ryan tapi Fawwaz,Riz dan Tengku Firaz Amsyar.

"Eh, ada apa ye?" Tanya Clara lembut kepada kawan baik suaminya

"Ryan ada tak?" Riz bertanya sambil mengintai sikit dalam vila itu,kosong.Clara menggeleng

"Bukan ke dia outstation dengan korang ke?" Tanya Clara,takkan Tengku Aaron Ryan menipunya! Kerana tidak mahu Clara fikir bukan-bukan> cepat-cepat Tengku Firaz Amsyar menjawab "Oh ye,ye.Kami baru balik dari outstation ingatkan dah balik sini,mungkin dia ngopi-ngopi,takpelah kami balik dulu.Asalamualaikum"
Seusai memberi salam mereka meminta diri.Setelah melihat pintu vila itu ditutup dan dikunci dari dalam mereka berkata

"Outstation?Sejak bila Ryan outstaion?" Tanya Arif pelik "Tah sanggup dia tinggal Clara kat vila sebesar gajah tu seorang diri?" Ujar Riz sambil melihat kawasan bukit yang gelap itu. Seram!

Ting! Iphone milik Tengku Firaz Amsyar berbunyi tanda mesej masuk

Hans: Ryan jumpa isteri lama dia, Marisa tak mati

Tergamam mereka bertiga apabila dapat tahu berita daripada Hans yang Siti Marisa masih hidup,setelah lama mereka di vila itu akhirnya mereka pulang

"Kau pregnant kut" Kata Ayra dari panggilan sebelah sana "Esok pagi kau siap awal,aku bawa kau check" siapa tak pelik, hari-hari muntah mesti ada apa-apa, sudah penat dia menolak akhirnya dia mengalah juga. Ayra selagi tak menang,tahu-tahulah

Keesokan harinya...

Kini dia berada di vila milik Tengku Fateh apabila mendapat tahu Tengku Aaron Ryan ada disana, selepas pulang dari klinik tadi terus dia datang ke sini. Dan ya,dia mengandung sudah tiga minggu

Clara mendengar segala perbualan Tengku Aaron Ryan dan Tengku Sharifah dari tangga ingin turun ke dapur

"Isteri Ryan masih hidup, mesti bonda tak percaya kan?" Ujar Tengku Aaron Ryan gembira tanpa dia sedar Clara sedang merenungnya
Tengku Sharifah masih blur "Maksud Ryan...Siti Marisa?" Laju Tengku Aaron Ryan mengangguk, Clara memasuki biliknya

Prang!! Bunyi kaca pecah dari biliknya, bergegas Tengku Aaron Ryan dan Tengku Sharifah ke bilik tempat Clara berada. Mereka terkejut melihat betis Clara berdarah

"Ya Allah!!! Clara, apa Clara buat ni?" Tanya Tengku Sharifah terkejut melihat Clara kelai betisnya itu lalu dia mngambil kaca itu lalu membuang di tepi dinding

"Sayang?" Tengku Aaron Ryan cuba untuk menyentuh tangan Clara tapi ditepis

"Siapa Siti Marisa?" Terkejut Tengku Sharifah dan Tengku Aaron Ryan, tiada kata yang dikeluarkan. Lantas Clara bangun

"Okay takpe, jangan menyesal kalau suatu hari nanti saya tahu sendiri.Saya nak minta izin balik kampung" Baru saja ingin membuka pintu utama itu dia mendengar Tengku Aaron Ryan berkata

"Seinci kau bergerak maka jatuh talak dekat kau" Ujar Tengku Aaron Ryan

"Jangan biadap Ryan!" Jerkah Tengku Fateh dari belakang, sengaja Clara mengambil dua langkah lagi ke hadapan dan seterusnya sehingga dia hilang dari vila itu

Mr.DudaWhere stories live. Discover now