Page 19

20 0 0
                                    

Clara pergi ke belakang Mak Senah yang sedang membuat air untuk Datin Suhaila iaitu mak sedara dan mak mentua tak jadi Tengku Aaron Ryan, dia juga tidak mahu dengar dirinya dicaci oleh Datin Suhaila dan anaknya.Dayang.

"Mak Senah" Sapa Clara, Mak Senah menggosok dadanya akibat terkejut dek disapa sebegitu

"Clara buat apa dekat sini?" Tanya Mak Senah yang meletakkan air di dalam dulang kaca itu

"Clara nak tanya benda dekat Mak Senah, mungkin Mak Senah tahu" Clara mengambil dulang di tangan Mak Senah lalu meletakkannya di atas meja dapur itu

"Tanya lah, kalau Mak Senah boleh jawab" Kata Mak Senah, Clara menarik nafas untuk memulakan bicara

"Mak Senah kenal Siti Marisa? Siapa dia kepada keluarga ni?" Tanya Clara, Mak Senah diam

"Yang tu Clara diwajibkan tanya keluarga T.A.R sendiri sebab Mak Senah takut tersalah cakap dan mungkin ada yang benda palsu" Jawab Mak Senah, sebenarnya Tengku Fateh memberitahunya bahawa menutup mulut semasa perjumpaan keluarga T.A.R semasa Clara berada di vila milik Tengku Aaron Ryan tempoh hari, Clara mengangguk lalu Mak Senah keluar untuk menghidangkan air kepada tetamu

Clara mengeluarkan telefon bimbit miliknya lalu nombor Syakir ditekan, Syakir ialah kawannya semasa pertama kali dia menetap di bandar dan Syakir juga yang memberitahunya tentang bandar itu. Syakir juga pandai bab mengodam

Clara:Aku nak jumpa kau petang ni pukul 3.00,jumpa di makmal kau"

Lama kelamaan akhirnya Syakir membalas dan mempersetujui perjumpaan petang ini

Clara membuka pintu makmal itu dan melihat Syakir yang menunggu kedatangannya, hanya Clara dan Syakir sahaja di dalam makmal itu

"Ada apa nak jumpa aku?" Tanya Syakir

"Aku nak minta kau cari maklumat perempuan ni, dan siapa dia kepada suami aku" Clara mengeluarkan dua keping gambar Siti Marisa dari bag tangannya lalu memberikan kepada Syakir, Syakir mengangguk sebelum berkata

"Ini mengambil masa dua hari sebab aku tak kenal dia, so agak sukar nak godam" Jawab Syakir

"Tak apa, janji maklumat dia kat tangan aku. Dah dapat beritahu aku" Ujar Clara sebelum meminta diri untuk pulang

Mr.DudaWhere stories live. Discover now