Page 07

31 0 0
                                    

"Ayra? Kenapa kau datang sini?" Tanya Clara yang baru saja meletakkan beg tangannya di atas sofa rumahnya. Ayra terus memeluk Clara sambil menangis teresak-esak

"Hey, kenapa ni?" Tanya Clara sambil menggosok belakang Ayra cuba tenangkan kawan baiknya itu

"M-mak ak-ku dah ta-k de.." Jawab Ayra semakin kuat tangisannya, air mata Clara juga mengalir. Walaupun bukan mak kandungnya tetapi dia sudah menganggap mak Ayra sebagai maknya sendiri

"innalillahhiwainnailaihirajiun"

Setelah beberapa minit pun berlalu, Ayra sudah pun reda sedikit dari tangisnya itu. Clara datang mendekati Ayra yang sedang menonton televisyen itu

"Ayra, malam ni kita keluar nak tak?" Tanya Clara lembut, boleh sahaja dia keluar seorang diri tetapi apabila Ayra ada dengannya dia berasa malas untuk pergi sendiri

"Buat apa?" Soalan berbalas soalan, Ayra tidak menatap wajah Clara malah dia lebih kusyuk menonton televisyen sambil mengunyah kacang tanah

"Kau ingat tak yang aku cerita masa kau kat kampung haritu, masa purse aku tercicir dia yang belanja aku tu" Tanya Clara untuk memastikan kawan baiknya mengingatkan semula

"Ohhhh, ingat ingat. Apa pasal?" Sahut Ayra sebelum dia bertanya semula

"Minggu depan dia ada buat majlis cukur jambul cucu dia, niat aku nak beli barang baby sikit lepas tu beli lah untuk bagi dekat Tengku Sharifah tu" Jawab Clara yang mengunyah kacang tanah itu

"Kau nak beli barang baby? Pandai ke? Anak pun takde lagi" Tanya Ayra sudah ketawa kuat itu

"Aduh!!" Ayra menggosok bahagian bahunya yang ditampar oleh Clara

"Aku pandai lah!" Jawab Clara

Sekarang dia sudah berada di dalam pasaraya bersama dengan Ayra, semasa dia berjalan tiba-tiba tubuhnya terlanggar seseorang

"Hoi! Kau buta ke? Jalan tengok depan, bukan tengok kanan!" Marah Hans kepada Clara

"Masalah kau apa? Cakap betul-betullah! Tak payah marah macam tu, Aku minta maaf bagi pihak dia" Ayra mencelah, tiba tiba Kai datang

"Kau apa hal kacau tunang aku?Baik kau berambus!" Jerkah Kai kepada Hans, tanpa membuang masa Hans pergi meninggalkan tiga orang itu

"Awak okay? Ada cedera tak?" Tanya Kai dalam gelisah, Clara menggeleng

"Macam aku kenal, tu bukan ke....Kai?!" Hans pusing ke belakang untuk melihat malangnya kelibat tiga orang itu sudah hilang

Mr.DudaWhere stories live. Discover now