Page 28

12 0 0
                                    

"Baby, you dah datang?" Siti Marisa memeluk Tengku Aaron Ryan dari belakang sehingga mereman bulu roma Tengku Aaron Ryan, bukan apa. Geli!

"I nak jumpa isteri i" Beritahu Tengku Aaron Ryan,Siti Marisa pergi ke hadapan Tengku Aaron Ryan sebelum berkata

"Ni isteri you" Siti Marisa menunding jari ke arahnya

Tengku Aaron Ryan membuat muka toya,

"Dah lah Marrisa, aku datang nak bawak balik bini aku. Aku dah malas berdebat dengan kau" Kata Tengku Aaron Ryan acuh tak acuh

Siti Marisa berhenti daripada bermain bahu milik bekas suaminya itu, dia berjalan lalu duduk di atas sofa single macam dirinya itu yang dijaga oleh seorang lelaki berbadan tegap. Mereka berdua berhadapan

Tengku Aaron Ryan mengeluarkan Iphone miliknya dari kocek seluar sebelum aplikasi Whattsap dibuka, nama 'Hans' ditekan

"Kau selamatkan dua orang tu, aku nak selesaikan perempuan  ni"-Ryan

"Okey, cun!"-Hans

Matanya kembali melihat Siti Marrisa yang sedang berbisik dengan pengawalnya selepas menyimpan telefon ke dalam kocek seluarnya, entah apa pula rancangan yang seterusnya itu. Tengku Aaron Ryan mengeluh.

Matanya kembali memandang Siti Marisa

"Okey, apa yang you nak daripada i kalau itu tidak melibatkan nyawa Clara?" Tanya Tengku Aaron Ryan, sempat matanya mencari kelibat Riz. Entah ke mana la si pondan itu pergi

"Dah lama i tunggu ayat ni keluar dari mulut you" Jawab Siti Marisa bersama senyuman sambl menyilangkan tangannya ke dada

"I nak you ceraikan Clara and kembali pada i"Sambungnya

Tengku Aaron Ryan memicit pelipis

"Okay, i akan ceraikan my second wife" Kata Tengku Aaron Ryan selepas berfikir sejenak. Kali ini senyuman Siti Marisa semakin lebar

"What?!Gila ke jantan tu?" Tanya Riz di sebalik dinding, dari tadi dia hanya mendengar segala perbualan mereka berdua

Hans berjalan perlahan tanpa ada sedikit pun bunyi telapak kasutnya, cepat-cepat dia menyorok di belakang kotak apabila melihat sosok Kai yang sedang menolak kepala Clara ke dinding

"Uishhh, sejahat aku pun. Aku tak pernah kasar dengan perempuan, ini dah tahap penyiksaan dah ni. Lebih dah ni" Kata Hans disebalik kotak itu, dia tidak boleh terus mara tanpa pelan. Dia perlu buat rancangan

Kai memegang dagu Clara yang separa sedar itu dengan kuat, manakala Ayra mencuba untuk membuatkan Kai menjauh dengan cara mahu menggigit tangan Kai tetapi malangnya dia dan Clara sudah berjarak

"Tak sangka aku dapat seksa kau harini Clara, kau ni... Manusia paling jahanam pernah aku kenal. Kau faham tak?!" Jerkah Kai kepada Clara walaupun dia tahu Clara dengar dan tidak sahaja. Berkali-kali wajah Clara ditampar sehingga menimbulkan kesan lebam

Klakk!

Tangkapan kamera dari telefon Hans itu membuatkan Kai memandang ke arah Hans. Mati aku, lupa nak silent phone

Masak aku, masak!

Mr.DudaWhere stories live. Discover now