Page 20

25 0 0
                                    

"Tengku nak pergi mana dengan beg ni?" Tanya Clara yang melihat bagasi di sebelah Tengku Aaron Ryan

"Suka hati aku lah" Sahut Tengku Aaron Ryan yang menarik bagasi ke luar pintu utama itu

"Saya tak izinkan Tengku keluar" Kata Clara, terhenti langkah Tengku Aaron Ryan

"Apa dia? Ulang sekali lagi, aku tak dengar" Tengku Aaron Ryan meletakkan tangan di telingannya acah-acah tak dengar

"Saya.Tak.Izin.Tengku.Keluar" Ulang Clara satu persatu

"Ooo,izin. Lepastu petang tadi kau keluar ada minta izin aku? Ye la, tak ada alasan nak bagitahu yang kau tu nak check-in hotel dengan jantan lain kan?" Sinis Tengku Aaron Ryan

Pang!! Kepala Tengku Aaron Ryan tertoleh ke kiri akibat ditampar

"Clara!!" Panggil Tengku Sharifah dari belakang

"Bonda pun tak pernah naik tangan dekat Ryan tau? Clara berani tampar dia?" Tanya Tengku Sharifah, Tengku Fateh hanya melihat pertengkaran itu sebelum meneruskan membaca akhbar

"Patutlah Ryan jauh dari Clara rupanya sebab Clara ni jenis tak hormat suami!" Jerkah Tengku Sharifah, Tengku Aaron Ryan hanya menayangkan wajah tidak bersalah.Dalam hatinya beriak gembira

"Bonda, Clara cuma nak bagitahu satu perkara saja dan mungkin ini kali terakhir Clara kat sini" Ketiga-ketiga itu terkejut apa yang dimaksudkan oleh Clara

"Bonda terlampau manjakan anak bonda, sampai bonda tak nampak apa yang pernah dia buat. Maaflah kalau Clara ni terlampau biadap dengan bonda,Clara minta diri dulu.Asalamualaikum" Satu sahaja anak tangga yang Clara pijak dan langkahnya terhenti

"Ryan..." Dia memusingkan badannya di belakang dan menghadap mereka sempat matanya melihat Tengku Amelia Ryana yang baru muncul

"...Dengan penuh harap saya menunggu,seperti gedung pencakar langit yang tak mampu menembus indahnya awan. Tetapi saya sedar, bahawa saya menunggu sesuatu yang tak pasti dan tak akan tercapai, halalkan makan minum saya kat sini ye. Semoga berbahagia dengan isteri awak" Clara meneruskan berjalan ke kereta dengan air mata di pipi, dia masuk ke dalam kereta lalu sterengnya jadi tempat dia melepaskan geram

"Ryan, kejar Clara please.." Rayu Tengku Sharifah kepada anaknya

"Benda dah jadi, tak perlu awak nak suruh Ryan kejar. Dia dah tinggalkan korang" Sinis sahaja Tengku Fateh berkata

Ting!! Telefon milik Clara berbunyi

Syakir:Aku dah dapat maklumat

Clara: Cepatnya,nanti aku datang

Sehabis rapat Clara menekan pedal minyak,riuh di jalan raya itu dengan hon kereta apabila kereta milik Clara jatuh ke dalam gaung. Tetapi Clara tidak menjerit, dia berharap nyawanya ditarik hari ini juga!!

Mr.DudaWhere stories live. Discover now