💍AIR coffee yang masih berasap itu aku minum secara perlahan.
Lega.
Aku hela nafas perlahan. Penat memikir hala tuju perkahwinan kami.
Sejak aku keluar dari rumah itu, Fateh sikit pun tak hirau pasal aku. Dia nampak aku keluar rumah dengan bawa beg bagai tapi dia langsung tak halang aku.
Malah dengan berseleranya makan pagi aritu. Dia buat aku macam tiang pulak, tak nampak kewujudan aku.
Yelah kita ni tempat persinggahan je.
Jadi, aku ambil keputusan keluar dari rumah Fateh. Dia pun izin. Aku sekarang sewa dekat dengan cafe. Senang ulang alik dari sini. Dekat pun dekat.
Jauh tenang daripada duduk kat sana.
Dia pun tak kisah.
Sekarang sudah tiga hari kami tinggal asing-asing. Rindu? Mesti. Tapi dia rindu ke? Kalau rindu mesti dia akan pujuk aku aku, mesej aku. Ni semua tak. Dia buat macam tiada apa-apa berlaku.
Mesti sekarang dia sedang bahagia kan.Dan apa patut aku rasa sekarang ni.
Sedih marah campur baur belaka. Kalau ikut perasaan aku ni memang dah lenyet muka Fateh dengan Ainul tapi aku ni wanita yang bermaruah.
Orang tak hingin aku pun tak hadap. Itu prinsip aku.
Aku ketawa sinis.
Aku berpeluk tubuh seraya mata aku jatuh di luar cafe. Ramai orang lalu lalang kebanyakan dengan pasangan, yelah hari minggu. Masa ni la nak luangkan masa tapi akuu pulak luang masa dengan sorang diri je.
Ada suami pun pergi luangkan masa dengan orang lain.
Sedang ralit aku tengok luar, ada suara arah belakang menegur aku.
Dengan refleks aku paling arah si tegur. Terdiam kami seketika.
🤍🦋🤍🦋🤍🦋🤍🦋
"CEPATNYA masa berlalu kan, semua dah ada kerjaya masing-masing. Ada tu dah kahwin pun, anak pun berderet dah." Mirul mulakan perbualan.
Aku senyum saja. Kami berjalan ke kereta.
Jujur keadaan sekarang ni sangat janggal. Orang yang pernah confuse kat kau dulu ada di hadapan kau sekarang dan cakap soal kahwin. Tak ke rasa seram gitu.
"Hawa buat apa je sekarang ni?" Soal Mirul masih mengajak berbual.
"Kerja."
"Kerja apa?"
"Chef kat restoran biasa je."
"Wauu! okey la tu. Bertuah la sapa jadi suami Hawa kan. Dah la cantik pandai masak pulak tu memang cukup package orang kata."
Aku senyum janggal. Masalahnya sekarang ni dia tu tak hargai pun.
"Awak tak kahwin lagi ke?" Aku mula tukar topik.
Mirul senyum kecil.
"Dah dua tahun lepas tapi jodoh tak panjang kami bercerai dengan baik."
Aku ketap bibir. Alahh salah soalan ni.
"Sorry kalau buat awak tersinggung. "
"Is okey. Benda dah lama tak ada rasa apa pun."
"Ada anak ke?"
Mirul geleng kepala.
"Tapi sekarang saya rasa macam dah jumpa ibu kepada bakal anak-anak saya. Rasa nak naik pelamin kali kedua pulak."
Aku ketawa kecil. Tutul gelisah hati. Ha sudah dah start dah.
"Kalau naik pelamin lagi jangan lupa ajak."
"Mesti!"
"Okey ni kereta saya.Terima kasih tau teman saya, susah-susah je." Kami berhenti tepat di depan Kereta honda warna hitam.
"Alaa tak apa je la. Satu haluan jugak.Kalau nak balik pun kena guna jalan ni jugak."
"Betul ni tak nak saya hantarkan?" Sekali lagi Mirul soal, nak kepastian je.
Aku menggeleng kepala. Tadi pun dia dah ajak tapi aku menolak dengan elok.
"Tak apa la Mirul, saya nak jalan kaki je. Rumah saya bukan jauh pun, belakang ni je." Ujar aku. Betul ye rumah aku memang belakang cafe ni je sebab tu aku berani je jalan kaki sorang.
"Ok la macam tu. Emmm Hawa." Telinganya digaru sekejap sebelum dia menlemparkan senyuman kepada aku. Dia macam teragak-agak untuk bertanya sesuatu.
"Ye?"
"Awak masih single ke?"
Terdiam aku. Aku ketap bibir. Nak jawab apa? Dah jadi bini orang. Kan aku cakap macam tu nanti banyak pulak dia soal. Tapi kalau aku jawab single, macam bagi harapan pulak kat dia.
"Hawa?" Panggil lagi Mirul. Pelik dia melihat Hawa. Runsing.
Kepala tidak gatal digaru aku. Ya Tuhan tolong aku.
"Macam mana eh nak cakap. Emm saya ni..."
"Dah jadi bini orang." Balas suara di arah belakang aku.
Bahu aku dipautnya. Terangkat bahu aku akibat terkejut. Dia main sergah macam tu je.
"Ouh dah ada suami rupanya." Balas Mirul perlahan.
Riaknya jelas kecewa.
"Fateh." Fateh hulur tanggan. Mereka berjabat tanggan dah selepas itu Mirul minta izin untuk gerak.
"Suka?" Soal Fateh senada. Mukanya agak tegang.
"Suka?" Soal aku balik.
Dia mendecit geram. Dia paling tak suka bila kita tanya dia jawab dengan soalan balik.
"Sebab tu nak duduk luar pun sebab ada teman baru rupanya. Dia teman lelaki awak kan! Dah tak ingat ada suami ke Hawa Humaira! " Tuduh Fateh melulu.
Aku menggeleg kepala pantas. Dia ingat aku semurah tu ke.
"Jangan sedap-sedap tuduh orang eh! Salah diri sendiri tak nampak, salah orang lain nampak je kan! Pergi cermin diri sendiri dulu, sapa ada hubungan special, saya ke awak? . " Puas aku sembur. Bahunya aku tolak dan aku mengatur langkah mahu tinggalkan Fateh.
Tak sempat beberapa langkah tanggan aku dipaut kuat. Mata hazelnya mencerun tajam ke arah aku.
Tergugat keimanan cek.
"Eiii apa ni!" Marah aku. Berkali-kali aku tumbuk tanggan Fateh untuk dilepaskan.
"Start hari ni Hawa tinggal balik dengan saya. Bila saya bagi muka, naik toncang awak ye." Keras nadanya.
"Saya tak nak! Saya tak nak tinggal dengan awak! Jangan nak paksa saha eh" Meronta aku untuk dilepaskan. Aku tak nak balik!
"Hawa Humaira!" Tenggang suara Fateh. Terdiam aku.
"Jangan nak mengada. Kalau awak tak nak berlaku bad something, you listen me. Faham." Ugut Fateh. Genggaman Fateh ditanggan aku dikuat lagi. Mendesis perlahan aku.
Kejam.
"Naik kereta dengan saya."
"Tak apa saya nak naik kereta saya sendiri je."
"No excuse!"
Aku buat muka menyampah.
Tanggan aku digengam kemas, macam la aku nak lari.
Selawat dk agiih tuu 🤨
✨❤️ *۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞❤️
22 | 6 | 24🦋

ANDA SEDANG MEMBACA
CO | HAWA ✅
Любовные романы2 BOOK : HAWA AL FATEH UTHMAN |HAWA HUMAIRA sinopsisi dalam yee hehehehhe no plagiat❌ START : 5/1/24 END : 4/5/25