Bab 16

1.4K 244 72
                                    

This chapter contains 5,000 words, whereas my average word count for each chapter is about 2,000 to 3,000. So, please bear with me. I cannot separate it into different chapters because this chapter is quite heavy in explaining the relationship between Zarra and Adriel.


MATANYA yang melihat figura disebalik pintu rumah agam itu dikerdipkan beberapa kali. Atas bawah dia pandang, dia tak silap pandang bukan? "Puan."

"Awalnya Puan balik," sambung Husna selaku pembantu rumah Zarra dan Adriel itu. Tanpa menghiraukan wajah hairan Husna, Zarra langsung melangkah masuk ke dalam rumah.

"Puan tak sihat ke?" tanya Husna lagi, mengekori langkah Zarra dari belakang selepas menutup pintu.

"Kenapa? Tak boleh balik awal ke?" tanya Zarra yang sudah jauh ke hadapan. Zarra pandang jam di dinding, pukul empat petang.

Iya, memang dia sengaja pulang awal. Selepas Datin Liza berjumpa dengannya, dia terus putuskan mahu balik ke rumah. Dia perlukan rehat.

Husna dibelakang dengan laju menggeleng kepala. Rentak kaki dilajukan ingin berjalan disebelah Zarra. "Eh, bukan macam tu. Pelik je." Husna sengih.

Bila lihat langkah kaki Zarra diayun ke kawasan dapur, Husna mula cuak. Dia garu kepala yang tidak gatal. "Puan, saya dengan Kak Atun belum masak makan malam lagi. Kami baru nak masak--"

"Tak apa. Harini saya masak." Zarra memotong laju, buatkan mata Husna lagi sekali meluas mendengarnya.

"Ha?"

"Ya. Saya masak," ulang Zarra semula.

Husna menggeleng, mana boleh macam tu. Tak akan dia nak biarkan majikannya yang masak sendiri. Dia dibayar untuk buat semua itu. "Serius ke Puan? Puan baru balik kerja. Tak apalah, itu kan kerja saya dan Kak--"

"Saya cakap saya masak, Husna." Zarra memandang Husna sekilas sebelum kakinya mencecah dapur.

Husna angguk. Baiklah kalau Puan sendiri yang kata begitu. "Okey... Kalau macam tu, Puan nak saya tolong apa-apa ke?"

"Tak. Awak dengan Kak Atun pergilah buat kerja lain. Biarkan saya seorang dekat dapur."

Husna angguk dan baru saja dia berpaling badan mahu pergi, bayang Kak Atun kelihatan.

"Eh Puan! Awal Puan balik," kata Kak Atun yang baru sahaja habis mengemas di tingkat atas bahagian home theater.

Rumah Zarra dan Adriel juga dilengkapkan dengan satu bilik besar yang khusus dibuat untuk menonton filem memandangkan itu juga merupakan hobi Zarra. Adriel buat bilik itu khas untuk Zarra sebelum mereka berkahwin lagi.

Namun bilik itu sudah jarang dipakai dan guna. Jadinya Kak Atun kemas apa yang patut, tidak mahu ada sebarang habuk atau kotoran kerana bilik itu juga sudah jarang digunakan. Lagi-lagi Zarra juga cerewet bab kebersihan. Tak lain dan tak bukan, perangai Dato' Emeer itu melekat sedikit padanya.

"Saja. Stres duduk ofis," balas Zarra mudah seraya itu tangannya mengeluarkan satu bekas dari peti sejuk.

"Eh, Puan nak makan ya? Maaf, Kak Atun tak sempat masak lagi," kata Kak Atun memandang Zarra sebelum matanya beralih pada Husna.

Tangannya cepat saja naik memukul bahu Husna. "Kau ni! Kenapa biarkan Puan masak sendiri?" marah Kak Atun pada Husna namun nadanya hanya biasa.

Tak akan nak biarkan Zarra pula yang masak?

"Ouch, sakitlah kak!" Husna mencebik, menggosok-gosok belakang bahunya yang dipukul Kak Atun.

Zarra yang perasan itu memandang mereka berdua. "Tak apa kak, saya yang nak masak sendiri. Kak Atun dengan Husna buatlah kerja lain, ataupun rehat je."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

What If We Love Again (Like We Used To) : Ghost Of YouWhere stories live. Discover now