Sayang Wasim!

404 51 40
                                    

"Amacam? Do you like this place?" Khaleeda dipandang dengan kening diangkat tinggi. "Abang tempat khas untuk kita berdua."

Khaleeda teruja dengan tubuh terloncat-loncat. Sudah tentulah dia seronok! Bukan selalu dapat meluangkan masa bersama dengan suami tersayang.

"Tahu tak apa yang lagi best?"

"Apa? Apa?" seringainya makin lebar kelihatan.

Wasim berjalan ke arah pintu lungsur yang ditutupi langsir. Terus kain langsir itu diselak ke tepi. "Ta-dah! Private pool! Ida boleh jadi dugong puas-puas!"

Rahang Khaleeda terjatuh ke lantai. "Private pool?! Maksudnya kita je yang boleh mandi dekat sini?!"

"Iye." Wasim tersenyum. "Ida boleh mandi kolam tak pakai tudung. Tak ada orang nampak."

"Betul ke ni, abang?" Lengan Wasim digenggam kuat. Wajah Wasim dan kolam dipandang bersilih ganti. Ikutkan hati, mahu dia terus melompat ke dalam kolam tanpa menukar pakaian.

"Betul, betul. Kolam ni Ida punya. Go ahead. Nak terjun sekarang pun boleh."

"Nak!" jerit Khaleeda nyaring seraya menanggalkan tudungnya. Tudung terus dicampakkan ke katil dan tanpa berlengah, kaki melangkah laju dan berdekam sebelum melompat tinggi dan terus terjun ke dalam kolam tanpa menukar pakaian. "Yahoo~!"

Gelak kecil terlepas. Geleng kepala melihat gelagat isterinya aoabila melihat kolam. Beromantik dengan isteri ketika berbulan madu? Jauh sama sekali. Bila Khaleeda dah jumpa apa yang mahu atau nak buat, terus Wasim dilupakan.

Tudung Khaleeda diambil dan disangkut ke atas penyandar kerusi dengan tertib. Kemudian kerusi kayu itu ditarik ke luar, bersebelahan dengan kolam dan terus melabuhkan punggungnya di situ. Khaleeda diperhati lama. Senang hati melihat isterinya bergembira di dalam kolam.

"Oi, puteri mandi," selamba Wasim memanggil. "Beta mahu menyaksikan sendiri dengan dua bola mata beta bagaimana cara Tuanku Puteri Mandi bersiram."

Khaleeda tercengang. Suaminya yang sedang duduk di atas kerusi kayu itu kelihatan sungguh gah. Bagaikan seorang raja yang sedang bersemayan di atas takhtanya. Raja yang cuma berseluar jean dan berkemeja T hitam.

"Ei, Tuanku mata keranjang!" teriak Khaleeda dengan suar anyaring yang dibuat-buat. Tangan memeluk tubuh, berlakon seperti tubuhnya terdedaj tanpa pakaian.

Tergelak Wasim. Tak sangka Khaleeda akan menurut serta dalam lakonannya. "Beta di sini kerana beta mahu mencari seorang wanita yang sudi untuk sehidup semati dengan beta." Lakonan diteruskan. Lantaklah ayat kekok pun. Haha. Asalkan dia faham apa yang aku cuba sampai.

"Patik sanggup!" Khaleeda mengankat tangan tinggi sambil melompat tinggi. "Tapi apakan daya, patik cuma seorang manusia yang telah disumpah menjadi seekor duyung. Patik tidak akan mendapat semula kaki patik melainkan ada manusia yang sanggup menikahi patik, Tuanku."

Wasim terkesima. Lakonan Khaleeda lain macam keberkesanannya. Nampak sangat 'real'. Tak kekok. Lagi-lagi apabila Khaleeda turut mencorakkan wajahnya dengan riak sedih dan sayu. Seperti dia adalah manusia yang betul-betul telah disumpah. Entah mengapa, kakinya bergerak sendiri ke arah Khaleeda yang masih berasa di dalam kolam. Dia mula bertelut, tidak peduli jika seluarnya basah. "Khaleeda..."

"Tuanku?" Matanya yang bulat dan jelas bagaikan gelas memandang Wasim dengan tekun.

Telunjuk mendongakkan dagu Khaleeda dengan perlahan. Kenapa... kenapa dia nampak cantik sangat? "Beta mahu memperisterikan Tuan Puteri."

Khaleeda senyum. "Patik terima lamaran Tuanku." Tangan dihulur ke arah Wasim. "Tapi sebelum itu, Tuanku perlu memenuhi satu syarat sebelum Tuanku menikahi patik."

Sayang Ida! [C] OneshotWhere stories live. Discover now