Duyung yang disumpah.

269 26 19
                                    

Anggap jelah cerita ni pasal Ida dan Wasim dalam semesta lain. HAhahahaahah! Idea ni dapat dari bab Ida dan Wasim roleplaying hari tu.

Lagi satu, cerita ni free flow. Tak ada plot yang serius. Hehe.


Kalau ada nak tambah idea, DIALU-ALUKAN! Mana tahu, cerita ni akan jadi lagi unik? Gehehehhehe



____________________________________________________________

Cungapannya semakin meneruk. Kaki yang makin lama makin menghilang, berganti dengan ekor yang bersisik dan licin. Tangan pula semakin ligat mengheret tubuh, melarikan diri dari derapan kaki dan ringikan kuda-kuda yang semakin menghampiri. Dia cemas!

"Lekas! Jangan sesekali leka! Duyung itu sepatutnya masih berada berdekatan dengan kita!" Suara serupa guruh kedengaran jelas dan kuat.

Degupan jantung semakin deras. Dia semakin cuak. Mana dia nak jumpa tasik di tengah-tengah hutan begini? Anak sungai pun tidak kelihatan, apatah lagi sungai mahupun tasik. Air mata mula mengalir deras. Sambil menangis, sambil menggigihkan diri untuk melarikan diri dari manusia-manusia itu.

"Tuanku! Patik telah menemui duyung itu!"

Khaleeda pucat. Terus dia terbeku kaku di tempatnya. Tidak mampu lagi melarikan diri ke mana-mana. Dia redha. Kalau ini pengakhiran hidupnya, dia terima dengan rela hati.

* * *

Cahaya terik yang menerobos kelopak matanya membuatkan dia terjaga dari lena. Mata digosok dengan belakang tapak tangan.

"Bangun dah?"

Tangan yang menggosok mata terhenti. Laju kepala mencari tuan punya suara.

"Lena tidur?"

Darahnya terasa berderau turun dari wajah. Itu jejaka semalam! Jejaka yang paling akhir dilihatnya sebelum dia terkulai layu ke tanah. Selimut yang menyelubungi dirinya terus digenggam kuat. "A-apa yang Tuan mahukan dari patik? Patik cuma seorang manusia yang disumpah!"

"Yang disumpah? Betulkah kau cuma seorang manusia yang disumpah? Atau kau cuma seorang ahli sihir?" soalan terakhir itu kedengaran sinis. Bibirnya pula terukir senyum senget dengan mata mengerling gadis itu dari ekor mata.

Khaleeda semakin kaget. Dengan ekor yang masih kekal pada tubuhnya, dia cuba mengundur sejauh mungkin dari jejaki berwajah garang itu. Namun, jauh di sudut kecil hatinya, sempat dia memuji ketampanan lelaki yang berkumis kemas itu. Bukan setakat itu, walaupun dengan senyuman sinis, wajah itu tetap tampan dan kacak. Tubuhnya yang tadi bertinggung di sebelahnya, mula berdiri, menyerlahkan lagi susuk tubuhnya yang sihat, tinggi dan sasa. Hua~ Kenapa segak sangat Tuan ni?!

"P-patik cuma seorang rakyat marhaen. Patik disumpah oleh ahli sihir dan patik bukanlah seorang ahli sihir. S-siapakah gerangan T-tuan? A-apa yang Tuan mahukan daripada patik?"

Senyuman sinis tadi semakin melebar. Anak matanya pula gelap dan langsung tiada cahaya. Dia melangkah perlahan ke hadapan gadis itu. Sekali lagi dia bertinggung dan kali ini, sengaja merepatkan wajahnya kurang dari sejengkal ke wajah gadis itu. "Aik, Raja sendiri pun tak kena?"

Khaleeda kejung. Habislah. Matilah aku. Matanya membulat dan mula terasa panas. Sungguh, dia betul-betul mahu menangis sekarang. Dengan sedikit keberanian yang tinggal, tubuhnya terus menunduk ke depan, menyembah hormat pemimpin yang sangat disegani oleh rakyat negeri itu. Termasuklah dirinya. "A-A-A-Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun. S-s-sembah patik, h-harap diampun. P-p-patik tiada u-untuk menyakiti hati Tuanku ke-kerana patik tidak pe-pernah sesekali menyangkan yang patik a-akhirnya berpeluang untuk bersemuka dengan T-tuanku."

Sayang Ida! [C] OneshotWhere stories live. Discover now