Raja yang bahagia

231 36 5
                                    


Khaleeda ralit termenung pada bahagian pinggang ke bawah. Ekor bibir meluyut ke bawah. Kecewa yang teramat sangat apabila kakinya tetap berubah menjadi ekor kelabu yang berlendirkan. Ingatkan lepas berkahwin dengan Raja Negeri Keranji, sumpahannya akan terbubar. Tapi lain pula jadinya.

Bukan setakat itu, dia juga risau kalau Raja negeri itu akan memarahinya kerana telah ditipu. Namun buat masa sekarang, masih tiada tanda-tanda yang raja merangkap suaminya mahu meradang. "Umm... Tuanku?"

Wasim menoleh ke tepi. Kening diangkat tinggi. "Ada apa, dinda?"

"P-patik minta ampun kerana telah menipu Tuanku. Patik langsung tidak tahu tentang cara untuk menghapuskan sumpahan itu. Ampunkan patik, Tuanku." Khaleeda menundukkan kepala dengan separuh tubuhnya turut memusing ke tepi menghadap raja itu.

"Tak mengapa. Bukan salah dinda. Yang penting sekarang, dinda kena bantu kanda untuk mencari siapa gerangan sebenar Nenek Kebayan Bongkok 12 itu. Mungkin itu satu-satunya cara untuk membebaskan dinda dari sumpahan itu," tutur Wasim dengan tenang. Langsung tidak berasa marah terhadap wanita duyung yang berada di sebelahnya.

"Tuanku..." wajah suaminya ditatap dengan mata yang penuh berharap. "M-misal kata, patik telah dibebaskan dari sumpahan ini, adakah Tuanku akan menceraikan patik?"

Wasim senyap tidak bersuara. Taman Larangan yang telah dihias dengan pelbagai jenis pokok dan tumbuhan yang cantik dihayati dalam diam. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menerpa muka turut dinikmati sambil mata memejam rapat. "Kanda berkahwin bukan untuk bercerai. Dinda tak perlu risau."

"Tapi Tuanku tak cintakan patik."

"Cinta boleh dipupuk, Khaleeda. Lambat laun, perasaan kanda akan terpaut juga pada dinda."

Khaleeda kemam mulut. Tiba-tiba dia rasa seperti mahu menangis. Ini kali pertama dalam hidupnya, dia bertemu dengan seorang manusia yang sungguh ikhlas. Kepala memaling ke hadapan semula. Tak mahu Raja Wasim melihatnya menangis. Air mata yang terhasil jatuh sebutir.

Telunjuk menyeka air mata yang terjatuh dengan selamba. "Mengapa dinda menangis?"

Lantas Khaleeda memaing wajah ke tempat lain. Segan apabila dirinya yang sedang bersedih dilihat oleh Raja Wasim. "T-tiada apa-apa, Tuanku. Mata patik dimasuki habuk." Khaleeda cuba berdalih. Belakang tangan terus menggosok mata dengan cepat. "Patik akan cuba membantu Tuanku sedaya upaya. Patik akan pastikan tiada satu pun bantuan Tuanku yang menjadi sia-sia."

Wasim tersenyum lembut. Tangan Khaleeda dicapai dan bibir terus mengucup belakang tangan mulus itu dengan lembut. Walaupun perasaan suka masih belum bertunas, namun dia yakin, sebagai seorang suami, perlu memberikan layanan baik kepada isterinya. "Kanda akan menerima bantuan dinda dengan hati terbuka."

* * *

"Lepas tu, apa jadi, umi?" tanya Thaqif dengan riak tertanya. Mata bulatnya memandang umi dengan penuh tanda tanya. "Duyung Ida dapat tak kaki dia balik? Lepas tu, Raja Wasim sayangkan Duyung Ida?"

Khaleeda mengangguk laju dengan teruja. "Lepas Duyung Ida dapat kaki dia balik, dia hidup aman bahagia dengan Raja Wasim. Lepas tu, Duyung Ida dengan Raja Wasim pun dapat anak. Tahu tak apa nama anak Raja Wasim dan Duyung Ida?"

"Apa? Apa?" Thaqif semakin teruja.

"Putera Qaid!"

"Wah, macam nama sayalah, umi!"

Khaleeda ketawa kuat. Terus tubuh kecil Thaqif yang sedang berbaring di sebelahnya ditarik, dipeluk dan digomol-gomol sekuat hati. "Memang kamulah anak Ida dengan Wasim!" Pipi Thaqif dicium berkali-kali.

"Kyaaahahahaha!" Thaqif ketawa nyaring. Suka sangat bila umi bergurau senda dengannya.

Wasim yang meninjau dari sebalik jenang pintu bilik tidur anaknya menggigit jari. Rasa cemburu semakin membuak-buak. Lagi-lagi bila melihat anak dan isterinya bergurau senda tanpa melibatkan dia bersama. Ida... Ida dah spend time dengan Thaqif for the whole day. Malam turn abang pulaklah, Ida. Nafas ditarik dalam. "Ida."

Khaleeda dan Thaqif berhenti bergurau. Serentak mereka memandang abah yang berdiri di muka pintu.

"Dah lewat. Jom tidur. Thaqif. Tidur. Esok tadika," arah Wasim dengan nada tegas dibuat-buat. Dai tak mahu melengahkan masa. Kalau tadi Khaleeda gomol Thaqif, lepas ni giliran Khaleeda pula digomol olehnya.

"Baik, abah! Goddnight umi! Goodnight, abah! Assalamualaikum!"

Salam dijawab peralahan. Bahu Khaleeda terus dikaut bersamanya menuju ke bilik tidur selepas menutup pintu bilik Thaqif. Sebaik sahaja bilik tidur mereka dimasuki, tubu Khaleeda terus dipeluk ketat dan pipinya pula terus digesek-gesekkan ke pipi Khaleeda. "Abang jealous~! Ida asyik sayang Thaqif. Bila pula Ida nak sayang abang?"

Tawa Khaleeda terburai nyaring. Geli hati dengan gelagat suaminya. "Ida nak sayang abanglah ni," katanya sambil memeluk tubuh tinggi suaminya dengan ketat. "Jom tidur."

"Jom, jom." Laju Wasim berbaring ke atas katil. "Cepat, baring. Sambung cerita Ida cepat. Abang nak tahu apa jadi dekat Raja Wasim dengan Duyung Ida."

Sekali lagi tawa Khaleede pecah. "Abang curi dengar ke~" Cepat-cepat Khaleeda baring di sebelah suaminya. Kalau Wasim dah suruh dia bercerita, dia akan terus bercerite dengan hati terbuka. Nafas ditarik dalam. Dia mula membuka cerita.

Wasim mendengar dengan setia. Tangan memeluk pinggang isterinya. Dia berharap agar dia dapat menikmati keindahan rumahtangga ini sampai bila-bila. 

__________________________

dua cerita satu malam. Hahahah. okeh, komen lerrr. geegegegegge

Sayang Ida! [C] OneshotWhere stories live. Discover now