Dah jadi short story

429 48 43
                                    



kepada @Onlyirra_ , terima kasih sebab bagi paksaan untuk tulis cerita ni. gaahahaah! I really enjoy it! 

Kepada kengkawan yang lain, terima kasih sebab sudi baca Sayang Ida! Sila komen kalau suka. hehe. Boleh bagi semangat utk tulis cerita ni lagi. geegegeg

______________________________________________________________________


Muncung Khaleeda panjang sedepa. Lepas sahaja Wasim memarahi dan menyuruhnya untuk pulang ke bilik hotel, terus mood nya jatuh merundum. Keningnya terasa berat sehinggakan semua pekerja dan penginap hotel dijegilnya tanpa sebab. Tak, bukan tanpa sebab. Penyebab utama dia adalah Wasim! Suaminya!

Tangan memeluk tubuh. Kaki menghentak sambil berjalan menuju ke bilik. Bunyi kocak dari selipar basah di belakangnya tidak diendahkan. Malahan, semakin dekat bunyi itu, semakin dia menguatkan bunyi dengusannya. Dia paling benci bila Wasim melayan dia seperti tadi.

"Aik, marah nampak? Abang suruh balik hotel je, sampai berhentak kaki Ida jalan. Tak sopan," perli Wasim perlahan. Kad plastik ditekapkan ke permukaan mesin pengimbas di bawah tombol. Tombol itu kemudian dipulas dan dikuak besar. "Masuk. Lepas tu, mandi. Lepas mandi, rehat. Dah puas rehat, kita pergi cari makan tengah hari pula."

"Saya tahulah. Saya bukan budak kecik," bentak Khaleeda sambil menjeling matanya ke langit. Bilik air terus dimasuki. Pintu dihempas sekuat hati.

"Khaleeda!" Bergaung suara serupa halilintar di dalam bilik hotel itu. Wasim mula berang dengan perangai isterinya. Lagi-lagi bila dia dah mula menghempas barang. Bilik air dituju dengan cepat dan terus menolak pintu tanpa Khaleeda sempat mengunci. "Berapa juta kali abang cakap, control your anger?! Hotel ni bukan kita punya sampai Ida nak menghempas semua benda. Kalau rosak, abang yang kena ganti rugi!"

Khaleeda membengis. Riaknya sama seperti riak suaminya. Bengis dan menakutkan. Namun, berbeza pula dalam hati. Dia begitu takut dengan jeritan kuat daripada Wasim. Bukan selalu, malahan, sebelah tangan sahaja boleh dikira berapa kali Wasim meninggikan suara padanya. "Abang yang suruh saya mandi. Saya nak mandilah ni."

"Ye, memang abang suruh mandi. Tapi ada abang suruh hempas pintu? Ada?" Tangan cuba menahan pintu itu dari ditutup oleh Khaleeda. "Tolonglah Ida. Ida dah ada anak. Tunjukkanlah contoh yang baik dekat Thaqif. Kalau Ida tak hormat abang, Ida ingat Thaqif akan hormat Ida?"

Khaleeda membungkam. Mata mengerling ke tempat lain.

"Kebelakangan ni, abang rasa macam ada je yang Ida tak puas hati dengan abang. Cuba Ida cakap dekat abang, apa yang Ida tak puas hati?"

Khaleeda memeluk tubuh. Wajah berpaling ke tempat lain. Lidah pula bermain dengan pipi dari dalam mulut. Dia tidak mahu menjawab soalan Wasim.

"Ida..."

"Mana Thaqif?"

"Thaqif ada dekat waterpark. Dia tengah main dengan kawan-kawan baru dia. Nanti kawan abang tolong hantarkan dia ke bilik."

"Kenapa abang tinggalkan dia seorang diri?!" Kali ini, giliran Khaleeda pula meninggikan suaranya kepada Wasim. Mukanya semakin bengis dan kemerahan. "Abang kata jangan percaya dekat orang asing, tapi kenapa abang boleh percaya dekat orang asing yang abang baru kenal?! Kalau apa-apa jadi dekat Thaqif macam mana? Kalau Thaqif hilang, saya takkan maafkan abang!"

Wasim tersengap. Kalau ikut pengiraan, ini rasanya kali pertama Khaleeda menengkingnya. Siap pakej muka bengis serupa jembalang Jepun.

"Saya nak keluar balik. Saya nak ambil Thaqif."

Sayang Ida! [C] OneshotWhere stories live. Discover now