Pening Wasim

353 50 28
                                    

"Ida marah abang lagi?" soal Wasim lembut. Wajah tawar isterinya ditatap dengan hati yang penuh berharap. Kalau ikutkan masa, hari ini sudah masuk hari kedua Ida masih merajuk dengannya. Kalau bercakap pun, bila perlu sahaja. Tak ada lagi bual kosong antara mereka.

"Marah," jawab Ida selamba.

Keluhan terlepas. Tangan terus mengurut tengkuk yang tiba-tiba terasa berat. At least, dia bagi tahu yang dia marah dekat kau. Tak adalah senyap macam orang bisu. "Apa abang boleh buat supaya Ida tak marahkan abang lagi?"

"Minta maaf."

Wasim tergamam. Rahang terjatuh sedikit. Ah... itu perkara yang aku tak pernah fikirkan. "Kalau macam tu... abang minta maaf. Abang betul-betul tak ada niat nak cakap macam tu dekat Ida. Mungkin sebab masa tu ramai orang, dan abang takut Ida rasa tak selesa dengan perhatian daripada orang-orang asing."

Khaleeda terus menyisir dengan sikat plastik bewarna merah jambu hadiah pemberian Wasim. Sikat itu sepatutnya sikat untuk rambut patung Barbie. Sekali tengok, dia yang ralit pakai sikat tu untuk sikat rambut sendiri. Tak apa. Asal boleh guna, tak ada masalah.

"Ida?"

"Kenapa abang baru minta maaf dekat saya lepas saya suruh abang minta maaf?" Gumum Khaleeda tanpa mengalihkan pandangannya ke arah cermin.

"Erm..." Haih... aku tak tahu nak jawab apa. Bukan sengaja. Tapi aku lupa. "... sebab... abang lupa..."

Khaleeda bungkam.

"Ida maafkan abang?"

Khaleeda angguk. Sikat plastik tadi diletakkan ke dalam bekas plastik di atas meja solek. Bibir menarik senyum comel. Terus dia menoleh ke belakang, di mana Wasim sedang duduk di birai katil. "Saya maafkan abang."

Fiuhhhh, akhirnya dia maafkan aku juga! Senyuman kelegaan tertarik kecil. "Terima kasih, Ida."

"Sama-sama."

"Ida..."

"Ye, saya?" Kepala Ida senget.

"Abang dah lama tak dengar Ida cakap, 'Saya sayang abang'. Yang abang dengar hari-hari, 'Umi sayang Thaqif' je. Ida dah tak sayang abang?" Tutur Wasim lembut. Mata memandang isterinya dengan sayu. Aih, tiba-tiba terasa nak merajuk dengan bini sendiri. How the table has turned. Haha.

Khaleeda terdiam. Mata membuntang. Bibir mengetap kuat. "Saya..."

"Nak merajuklah macam ni."

"Abang~!" rengek Khaleeda. Dia terus melompat ke katil apabila melihat Wasim telah pun berbaring membelakanginya. Belakang Wasim dipeluk sekuat hati dengan mukanya disembam ke belakang yang keras dengan otot itu. "Saya sayang abang. Abang janganlah merajuk. Saya minta maaf sebab tak cakap saya sayang abang. Maafkan saya~!"

Ekor bibir meleret ke atas. Suka pula menyakata isterinya. Akhirnya, tak ada lagi rajuk-merajuk antara mereka. Tangan kanan dibawa ke belakang, spontan menepuk belakang tubuh isterinya tanpa menoleh. "Ida..."

"Hm?"

"Malam ni Thaqif tidur bilik dia, ye? Abang dah lama tak dapat tidur berdua dengan Ida."

Khaleeda jeda.

Keluhan terus terlepas apabila merasa geseran muka Khaleeda pada belakangnya, seakan-akan dia sedang menggeleng-geleng kepalanya. Alahai, sayang... tak nak jugak lepaskan si Thaqif. Nak tak nak, kena hasut Thaqif lah pula. Suruh dia cakap dekat umi dia sendiri yang dia nak tidur bilik lain.

"Kenapa tak nak?"

"Saya tak boleh tidur kalau Thaqif tak ada dengan saya," suaranya tenggelam timbul dari mukanya yang masih disembam ke belakang Wasim.

Sayang Ida! [C] OneshotWhere stories live. Discover now