Naluri.

161 30 6
                                    

"Hm..." tekak berdeham panjang. Ralit melihat serpihan-serpihan kertas keras kecil yang bersepah di atas meja lipat Jepun di hadapannya. Janggut rapinya dikuis-kuis. "Pening aku buat benda ni."

"Benda apa, abang?" Suara lunak milik Khaleeda menyoal lembut. Dia bersimpuh rapat kepada suaminya sehingga tubuh mereka bersentuhan.

"Puzzle ni... abang rasa macam ada yang tak kena," omel Wasim tanpa mengalihkan pandangannya dari bendalah yang bersepah di atas meja lipat itu.

"Ohhh..." Khaleeda melopong, mengiakan sahaja apa yang baru sahaja diungkapkan suaminya. "Abang suka permainan ni?"

"Suka. Dia mencabar minda abang. Ida patut main permainan yang menggunakan otak
macam ni." Satu serpihan susun suai gambar diambil dan disusun ke satu penjuru.

"Kenapa kena main mainan yang gunakan otak?"

"Sebab dapat elakkan kita jadi nyanyuk di hari tua nanti," jawab Wasim tanpa berfikir panjang.

"Iya ke?" Kepala Khaleeda senget, dengan keningnya berkerut kecil, seakan-akan dia ragu dengan kenyataan suaminya.

Wasim jengket bahu dua kali. "Entah, abang cakap je. Siapa suruh Ida percaya?"

"Hmf!" Khaleeda mendengus. Tangan terus memeluk tubuh. "Abang jahat."

"Abang tak jahat..." Ungkap Wasim sambil menyambungkan serpihan susun suai gambar di satu tempat. "Abang cakap je. It is up to Ida nak percaya ke tidak."

"Macam mana saya nak tahu kalau abang menipu atau tak? Bukannya saya tahu pun."

"Sebab tu Ida kena percaya naluri Ida."

"Naluri tu apa?"

Wasim kaku. Hmm... naluri tu apa, eh? "Gerak hati."

"Gerak hati tu macam mana?"

"Abang tak tahu."

"Abang~!" Khaleeda merengek panjang. "Saya tanya betul-betul ni!"

Nafas terkeluh panjang. Dah satu hal pula kena jelaskan pada Khaleeda pasal apa itu naluri. "Naluri tu,apa yang Ida rasa tentang sesuatu perkara. Ida pernah tak rasa tak selesa bila Ida berdepan dengan sesuatu?"

"Um..." Khaleeda memandang ke atas sambil telunjuk mengusik bibir. "Pernah..."

"Bila? Lepas Ida rasa macam tu, apa Ida buat?"

"Saya berdepan dengan rasa tak selesa tu."

Hah? Wasim langsung bingung. Tergamam seketika mendengar jawapan Khaleeda. Kalau
orang normal, selalunya bila rasa tak sedap hati, perkara pertama yang dilakukan adalah menjauhkan diri dari sumber yang menyusahkan hati itu. Tapi lain pula ceritanya dengan isterinya. "Contoh?"

"Macam hari tu," cerita dibuka. Kaki bersila di sebelah Wasim. "Saya pergi ke kedai runcit. Lepas tu, ada seorang lelaki tu selalu pandang saya bila saya pergi kedai tu."

"Ha?"

"Setiap kali saya pergi situ mesti dia ada."

Wasim mendengar dengan sabar.

"Dia pandang saya lama sambil tersenyum-senyum. Saya tak rasa tak selesa."

Jegilan membunuh Wasim muncul tanpa sedar. "Lepas tu?"

"Saya pergi jumpa dia."

Kening Wasim berkerut sejuta. Bibir mengemam ketat, menahan diri dari menghamburkan
marahnya kepada Khaleeda. Nampaknya terpaksalah dia mengajar Khaleeda tentang naluri dan paling penting, tentang keselamatan diri. Sabar Wasim. Dengar penjelasan Ida.

Sayang Ida! [C] OneshotWhere stories live. Discover now