Extra [yang tak berapa nak extra]

459 44 32
                                    


Ni bukan oneshot dah. Dah jadi short story. Haha. Please read, enjoy and dont forget to leave a vote and comment and share if you like~! (macam youtuber tak, gahahahah)

__________________________________________________________________________

Thaqif yang sedang bermain kejar-kejar dengan uminya dipandang dengan senyuman ringan di bibir. Anaknya yang baru sahaja menginjak lima tahun telah menunjukkan banyak perkembangan! Contoh satu, cara percakapan. Thaqif yang sangat petah berbicara dan mempunyai kosakata yang agak luas, membuatkan rata-rata orang yang kenal dengan Thaqif mengatakan yang Thaqif adalah genius. A prodigy.

Namun kenyataan itu ditepis. Segan pula menerima pujian sebegitu rupa sedangkan hal sebenar adalah, tahap penguasaan dan pemahaman bahasa Thaqif berpunca dari uminya sendiri. I guess, apa yang umi dia kurang, dia top-up kan. Way to go anak abah!

"Abah!" Jerit Thaqif sambil berlari ke arah abahnya. Tangannya menjulang ke langit dengan memegang sesuatu. "Saya jumpa kerang! Umi pula jumpa anak ketam!"

Khaleeda yang berada di belakang kelihatan sedang berlari anak ke arah mereka. Wasim tersenyum. Comel betul umi Thaqif. Nak cubit je. "Kau orang berdua satu kepala. Janganlah bawa kerang dengan ketam tu jauh dari air. Dia orang pun nak hidup juga."

Riak Thaqif yang teruja tadi luntur. Khaleeda yang baru sahaja tiba dan baru nak berbangga dengan pencapaian dapat tangkap ketam terus panjang muncung. Bahunya pula jatuh. Sama macam Thaqif.

"Apalah abah Thaqif ni. Kita nak tunjuk je apa yang kita dapat. Dia tak bangga pun," rintih Khaleeda dengan acah-acah. Bahu anaknya ditarik bersama menuju ke pantai.

Thaqif hanya menurut. Sempat dia menoleh ke belakang sambil menjelir lidah kepada abah. "Uwek~! Saya tak suka abah."

"Jelir, jelir. Potong lidah tu karang," gumam Wasim dengan senyum kecil masih di bibir. Terhibur melihat perangai anak dan isterinya.

Suasana aman dan damai di kawasan pantai tidak berorang itu membuatkan Wasim semakin gembira. Mana taknya, hari ni hari bekerja. Yang ada di resort ini cuma dia dan keluarganya. Taman permainan air yang berada ditengah resort itu pun dapat mereka kuasai. Alang-alang dah tak ada orang, kita main puas-puas. Budak, tak budak, dewasa, tak dewasa, kita main sama-sama.

Mata melilau ke sekeliling resort, cuba melihat kalau masih ada yang berada bersama mereka. Wasim tersengih lebar. Tangan digosok-gosok, sebelum menjerit, "Umi! Thaqif! Jom! Kita main dengan waterpark!"

Khaleeda dan Thaqif serentak berhenti. Kepala memaling ke belakang dengan laju sebelum berlumba-lumba berlari ke arah Wasim dengan teruja. "Jom~!"

"Cepat, sekarang tak ada orang. Thaqif boleh main dekat kolam kanak-kanak, Ida boleh main gelongsor tu. Abang cover. Kalau ada orang nanti, abang panggil naik."

"Baik! Cepat Thaqif! Kita main sama-sama!" tangan kecil anaknya ditarik bersama menuju tempat permainan air. Tak sabar nak main gelongsor air. Mesti seronok!

"Jom, umi!"

Wasim tersenyum lebar. Tuala dan beg berkelah dibawa bersama menuju ke tempat permainan air. Namun senyuman itu terus luntur apabila telinganya dapat mendengar tawa desas-desus yang datang dari arah gerbang masuk resort. Mata mengerling ke arah sumber bunyi itu. Ekor bibirnya terus meluyut. Alaa~ kenapa kena ada orang cuti waktu weekend? Semaklah korang! Aku baru nak bagi anak dengan bini aku main-main.

Beberapa orang dewasa dan juga sebilangan kanak-kanak kelihatan dari gerbang itu. Masing-masing lengkap dengan berpakaian longgar dan selesa. Nampaknya, sudah bersedia untuk melompat ke dalam kolam dan bermandi-manda dekat tempat permainan air.

Sayang Ida! [C] OneshotWhere stories live. Discover now