Rupanya dah ada lama

328 33 13
                                    

Perjalanan menuju Gunung Rambai diteruskan dengan Khaleeda digendong di belakangnya. Sama seperti keadaan mereka sebelum ini. Sebelum terang tanah lagi mereka sudah beredar dari rumah nenek itu. Alasan yang diberikan Raja Wasim kepada nenek itu ketika hendak beransur keluar adalah, mereka tidak mahu meneruskan perjalanan ketika matahari sudah tegak di atas kepala. Lebih elok mereka berkembara dalam keadaan dingin pagi. Baru badan terasa segar.

Nenek tua itu tidak berkata apa-apa. Malahan, bekalan makanan juga turut diberikan kepada pasangan itu untuk dibuat bersantap ketika tengah hari nanti. Tangan turut melambai ke arah pasangan yang sudah pun berada di luar perkarangan rumahnya.

"Kanda..." panggil Khaleeda dengan lembut.

"Ya, dinda?"

"Tidakkanh kanda berasa penat menggendong dinda ketika mendaki gunung untuk sampai ke puncak?"

Wasim menggeleng. Tidak pernah sedikitpun berasa lelah ketika membawa Khaleeda di belakangnya. "Tubuh dinda seakan-akan angin yang tiada jisim. Tak usah risau." Mata mengerling wajah Khaleeda yang sedang merehatkan dagu pada bahunya. Senyuman kecil terukir. "Kanda lebih kuat dari apa yang dinda sangkakan."

Khaleeda tersenyum kecil. Pelukanya pada leher suaminya semakin erat. Dia berasa begitu selamat apabila berda bersama suaminya. Malahan, perasaan sayang juga semakin membuak-buak. Benarlah khabar angin yang dia dengari dahulu. Raja Wasim bukanlah seorang raja yang bongkak. Raja Wasim lebih baik dari itu. Seorang raja yang sangat menyantuni orang-orang yang berada di sekelilingnya. Tak kiralah dari kasta bawahan, mahupun bangsawan.

Pendakian di Gunung Rambai diteruskan tanpa Wasim menghentikan langkah buat sekali pun. Pendakian yang jelas menunjukkan bahawa dialah orang pertama mendaki gunung itu kerana tiada satu pun denai mahupun jejak yang ditinggalkan sewaktu dia tiba di situ. Ternyata, ia adalah gunung yang masih belum diterokai oleh mana-mana orang.

Wasim berdiri tegak. Nafas dihela dalam. Mata melilau ke arah sekeliling.

"Kanda?"

Wasim tidak beriak. Matanya semakin tajam memerhati kawasan itu. Empat ekor. Kelihatan empat batang pokok yang kecil batangnya seakan-akan mengepung mereka. Setiap batang pokok itu terdapat ular sawa yang besar dan ganas berlilit di batang pokok itu.

"K-Kanda..." Khaleeda tergagap perlahan. Pucat mukanya apabila meilhat makhluk tidak berkaki itu. "A-ada ular."

"Kanda tahu," jawab Wasim perlahan. "Kita sudah berada di puncak Gunung Rambai. Kanda rasa, ular-ular ini adalah penjaganya."

"Apa yang manusia kerdil ini mahu sehingga berani menjejakkan kaki ke Gunung suci ini?" suara serupa deruman kedengaran. Ayat itu disoal dengan hujungnya jelas dengan bunyi desiran panjang. Seekor ular yang kepalanya bertatahkan berlian merapatkan kepalanya kepada Wasim. "Adakah tuan hamba Raja Wasim yang tersohor itu?"

"Patik cuma manusia biasa yang mahu bertemu dengan Nenek Kebayan Bongkok 12. Bukan sebagai seorang raja. Tetapi sebagai seorang suami," jawanb Wasim tegas dengan matanya tepat pada mata tirus bewarna hijau terang itu.

Khaleeda tersengap. Dirinya diselubungi satu perasaan yang cukup menenangkan walaupun dalam keadaan genting begini.

"Nyatakan niatmu terlebih dahulu, wahai tuan hamba. Sekiranya niat mu tidak mendatangkan sebarang keburukan kepada kami, barulah tuan hamba diizinkan untuk bertemu dengan Nenek Kebayan Bongkok 12," arah ular kedua.

"Niat kami cumalah untuk meminta Nenek Kebayan Bongkok 12 untuk meleraikan sihirnya daripada isteriku. Itu sahaja."

"Maksud kau, duyung ini?"

Wasim mengangguk tegas.

"Ah!" Khaleeda menjerit kecil. Terkejut apabila terasa ekornya seperti dililit oleh sesuatu. Pelukannya pada Wasim semakin ketat.

Sayang Ida! [C] OneshotWhere stories live. Discover now