Udara malam itu terasa tegang ketika Sofia melangkah melalui bilik yang sesak, jantungnya berdebar di setiap langkah. Dia berada dalam keadaan berjaga-jaga, pandangannya tajam saat dia memerhatikan sekeliling. Dia bertekad untuk menjauhkan Emir dan mengelak daripada sebarang interaksi yang tidak diingini.
Pandangan mata Emir menambahkan kegelisahan dalam diri Sofia. Emir seperti awam gelap mengekorinya menyebabkan dia tidak dapat menikmati keindahan majlis Elly dengan tenang.
"Terima kasih semua," ucap Datin Fauziah atau lebih dikenali Sofia dengan panggilan Mama Gee.
Usai tetamu beransur balik. Sofia kelihatan lebih tenang. Emir tidak kelihatan dimana-mana. Dia membantu Elly mengangkat barang hantarannya masuk ke dalam bilik. Kemudian, dia dan Hani membersihkan Farish dan Irina sebelum tidur. Sesudah itu, dia segera masuk ke dalam bilik yang diberikan Fauziah.
Dia membuka sangulan rambutnya. Dibiarkan rambutnya itu terurai. Dia duduk di birai katil. Kepalanya ligat memikirkan Emir. Sungguh dia tidak menyangka lelaki itu adalah abang Elly. Bagaimana kalau dia tahu? Fikirnya. Dia mengeluh panjang sambil merebahkan badannya di atas katil empuk itu.Matanya dipejam lama.
Membuntang matanya saat mendengar suara lelaki berdehem. Emir sedang memandang dia dengan senyuman. Sofia menjerit terkejut. Wajah panik Emir jelas terpancar. Usahanya hendak menutup mulut wanita itu gagal apabila Sofia membaling bantal ke arahnya.
"Kenapa ni? Sofia... Emir?" Datin Fauziah menerpa masuk ke dalam bilik.
"Entahlah ma, anak angkat mama ni dahlah suka hati masuk bilik orang. Tiba-tiba menjerit macam orang tak betul aje," Emir menjungkit bahunya.
"Bilik orang? Mama suruh saya tidur kat sini tahu tak? Awak tu yang salah masuk bilik," Sofia merengus kasar.
Matanya terfokus pada gambar konvokesyen di belakang datin Fauziah. Dia mengelipkan matanya beberapa kali. Dia melihat meja komputer gambar lelaki itu bersama seorang lagi lelaki yang seiras.
"Aduh sayang... Ini bilik abang ngah. Mama suruh tidur kat sebelah," Datin Fauziah tergelak kecil.
Dengan wajah merah seperti tomato. "Sorry..." Sofia mengambil begnya terus keluar menuju ke bilik yang dimaksudkan.
"Sofi, jangan ambil hati dengan Abang Ngah ya. Mulut dia tu memang selalu jadi punca bergaduh," Datin Fauziah mengelus rambut ikal Sofia.
"Baik mama," Sofia tersenyum manis. Usai itu, dia terus menutup pintu biliknya. Dia menekup mukanya lalu menjerit sekuat hati. Malu, geram, tertekan semua bergabung menjadi satu.
Ding!
I can hear you voice from my room sweetheart.
"Eh dia ni!" Sofia menghempaskan telefonnya di atas katil. Tidak berpuas hati.
Selang beberapa minit, Sofia terdengar bunyi dari balkoni. Dia menyelak langsir, wajah Emir sedang tersenyum menyapanya. Laju sahaja matanya mencari kunci pintu gelangsar itu. Emir cuba membuka tetapi pintu itu dikunci.
Sofia menjeling lelaki itu dan terus menutup semula langsirnya. Ketukan Emir tidak diendahkannya. Dia tidak mahu melayan karenah Emir. Pintu biliknya dibuka perlahan. Hampir sahaja dia menolak pintu itu tetapi berhenti selepas mendengar suara Irina.
"Mama?" panggilnya.
"Ya sayang..." Sofia senyum.
Irina terus memanjat katil Sofia. "Tak dapat tidur?" soal Sofia lagi.
Irina mengeleng. "Rindu ayah," jawab Irina pendek.
"Esok pagi kita balik. Kita jumpa nenek dulu ya," pujuk Sofia lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/338740922-288-k587857.jpg)
YOU ARE READING
Tak kan Pernah Ada
RomansaSebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Sofia Irdina punya rancangan sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melindungi...