5 tahun kemudian
"Boss, ada sesi penggambaran pukul 3 petang ni." Ujar Emma iaitu personal assistant kepada Tulip.
"Okay, thanks emma." Tulip memberikan senyuman nipis pada gadis itu.
"Kalau tak ada apa, saya keluar lunch dulu ye boss." Emma meminta izin untuk pergi sebelum dia meninggalkan bilik itu.
Ringg!
Iphone milik Tulip berbunyi menandakan seseorang menelefonnya. Selepas melihat kontak nama, Tulip terus mengangkat panggilan itu.
"Hello?" Tulip bersuara terlebih dahulu.
"Hoi mana kau ni, cepat lah sikit turun." Marah seseorang di sebalik telefon.
"Turun?" Tulip kedengaran bingung.
"Turun lunch, kau kata nak lunch dengan aku hari ni." Balas gadis di sebalik telefon itu.
"Ohh, uhm... Aku..." Bukannya dia tidak mahu, cumanya hari ini dia ada banyak client yang perlu diuruskan.
"Biar aku teka, kerja kau belum settle?"
"Sorry, ada banyak client yang aku kena uruskan hari ni." Jujur Tulip.
"Aku dah agak, kau tunggu je situ aku naik." Panggilan terus dimatikan.
"Hah? Naik?" Tulip mengerutkan keningnya apabila panggilan dimatikan begitu sahaja.
"Wassup!" Kejutan diberikan apabila seseorang menghempas pintu bilik officenya.
"Juju! Terkejut aku!" Tulip memegang jantungnya yang berdegup laju.
"Hehehe, maaf." Julianna merapatkan kedua tapak seperti meminta ampun.
"Buat apa sini?" Soal Tulip.
"Nah!" Julianna meletakkan bag kertas yang berbungkuskan makanan di atas meja kerja Tulip.
"Apa ni?"
"Makanan lah takkan biawak pula." Balas Julianna sebelum dia mengambil tempat di kerusi hadapan meja kerja Tulip.
"Thanks." Tulip mengukir senyuman manis pada gadis itu.
"Ha makan cepat, tunggu apa lagi." Julianna mengeluarkan bekas makanan dari bag kertas itu sebelum diletakkan di hadapan Tulip dan mengambil makanannya sendiri.
"Nasi goreng? Sejak bila kau makan makanan 'kampung' ni?" Perli Tulip memandang Julianna tidak gemar dengan makanan sebegini.
"Hey! Aku cakap aku tak gemar, bukan benci." Julianna membetulkan ayat Tulip.
"Whatever." Tulip mengambil sudu sebelum dia mula menjamu selera.
"Kau ni tak penat ke asyik dengan kerja?" Soal Julianna apabila dia melihat bertimbun kertas di atas meja kerja Tulip.
"Tak payah sibuk hal aku, yang kau tu asyik tak datang meeting." Balas Tulip dalam nada perli.
"Eh eh, mana kau tahu ni, kau stalk aku ke?" Julianna mengecilkan matanya sambil merenung ke arah Tulip.
"Tak ada masa aku nak stalk kau, dah makan cepat supaya kau boleh berambus cepat." Bidas Tulip sebelum dia sambung mengunyah makanannya.
"Emma, I'm done." Tegur Tulip seusai dia habis sesi penggambaran.
Tulip ialah seorang model dan juga fashion designer yang agak terkenal di serata dunia. Banyak orang yang telah mengambilnya menjadi duta produk mereka dan menempah pakaian daripadanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tulip [OG]
Romance"Kita putus, Aku dah ada yang lebih baik dari kau." Apa yang dirasakan apabila kita putus dengan orang yang kita sayang? Sakit? Benci? Sedih? "Keluar dari rumah ni, aku tak nak tengok muka kau lagi!" Atau lebih sakit apabila diusir oleh keluargany...